Friday, March 21, 2014

VITAMIN CANTIK ; VITAMIN E COMPLEX

Salam sayang

Sahabat-sahabat di luar sana, apa khabar anda ye... Cuti sekolah dah hampir bermula, tentu ibu bapa di luar sana dah merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak. Untuk kak long, in shaa Allah kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman di Johor (Mersing dan Batu Pahat) pada hari Rabu depan (anak-anak dah dok menghitung hari je ni).

Hujung minggu depan, akan bertambah seorang lagi ahli keluarga Wak Lan dan Mak Wok (nama manja ayah & ibu kak long). In shaa ALlah, adik bongsu kak long akan menamatkan zaman bujang beliau dengan gadis pilihan hati. Semoga majlis berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.

Okay kembali kepada biznes asal blog ni heheheh... Dah lama kak long tak share kan dengan korang tentang satu suplemen berkaitan kecantikan kan...

VITAMIN E COMPLEX


Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu vitamin yang dikenali untuk membantu kecantikan dan kesihatan kulit kerana ia merupakan salah satu vitamin anti-oksidan.

1 kapsul Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 400iu vitamin E. Untuk mendapatkan jumlah sebanyak ini, seseorang perlu mengambil kira-kira 1kg gandum atau 500mL minyak safflower atau 500gm badam sehari. Namun dengan adanya Vitamin E Complex ni, dengan hanya 1 kapsul anda telah memperolehi manfaat sebanyak itu.

Vitamin E Complex Shaklee dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak gandum yang memang kaya dengan vitamin E iaitu d-alpha tocopherol yang kemudiannya digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta). Vitamin E Complex Shaklee mengandungi 10mg unsur Selenium. Mengapa Selenium penting? Selenium merupakan unsur yang membantu penyerapan vitamin E ke dalam sel. Untuk jangka masa panjang, jika vitamin E diambil tanpa unsur Selenium, ia boleh menjadi toksik kepada badan kerana fungsi vitamin E yang tidak diserap sepenuhnya.

Jika anda perhatikan di botol Vitamin E Complex Shaklee, ada terdapat huruf "d" di pangkal. Huruf "d" ini menunjukkan yang ia dihasilkan dari sumber semulajadi, manakala huruf "l" pula menunjukkan yang vitamin itu dihasilkan secara sintetik.

Secara umumnya, Vitamin E bertindak 
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Kak long suka bermasker dengan vitamin E terutamanya jika ada jerawat-jerawat halus yang baru nak memunculkan diri. Jika malam ni kak long bermasker, in shaa Allah esok pagi, jerawat-jerawat tu pasti akan lenyap.


Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!