Wednesday, April 23, 2014

KONSISTEN DENGAN VITAMIN

Salam sayang

Dah lama tak berbicara berkaitan suplemen... Ramai yang pm/wassap kak long baru-baru ni gara-gara entry yg lepas (hehehe entry jiwang untuk encik suami).. Tak salahkan untuk kita sebagai isteri ni nak memuliakan dan memuji suami... Sebab tanpa redha suami, maka takdelah kak long bergiat dalam biz Shaklee ni.

Okay pada hari ni, kak long nak kongsikan sedikit mengapa mereka yang mengambil vitamin perlu konsisten. Kak long percaya ramai yang di antara kita ni sebenarnya suka mencuba-cuba... Nak-nak bila brand sesuatu barang tu tengah meletops...contohnya Shaklee ni lah...kebelakangan ni nama Shaklee memang meletops...ramai yang berminat nak membeli. Namun adakah mereka terus mengamalkan Shaklee atau selepas habis je terus tukar ke jenama lain...

Sel merupakan unit asas untuk semua hidupan. Dalam kehidupan sel-sel ini akan terus sihat, mengalami kecederaan atau rosak malah ada sel yang mempunyai jangka hayat seperti sel darah merah yang mempunyai jangka hayat 120 hari sahaja.

Pengambilan vitamin membantu untuk memastikan sel-sel kita diberi nutrien yang diperlukan. Selain itu, ia membantu kemandirian sel tersebut dalam memastikan sistem atau organ badan kita berfungsi dengan efisien.

Pengambilan vitamin yang tidak konsisten tidak membantu proses pemeliharaan dan pemulihan sel yang rosak. Malah ia mungkin menyebabkan proses tersebut terbantut. Sebaik-baiknya untuk mendapat kesan yang optimum hasil dari pengambilan vitamin, 90-120 hari adalah jangka waktu yang terbaik.

Jadi pastikan anda mengambil vitamin mengikut kesesuaian dan ambil mengikut jadual dengan konsisten.

p/s: kak long dah mengamalkan Shaklee hampir 5 tahun dan berpuas hati dengan hasil yang kak long perolehi.

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!

Monday, April 21, 2014

TERIMA KASIH CINTA ~ TERIMA KASIH PEMILIK TULANG RUSUKKU

Salam sayang

Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan.. pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya

Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
(Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi ft Marsha)



Melankolik kan lirik lagu di atas, tapi itulah sebenarnya bait-bait yang sememangnya dinukilkan khusus buat suami kak long, En Redzuan Tukiran. Mengenalinya lantas mengahwini beliau merupakan antara anugerah terindah yang pernah terjadi dalam kamus kehidupan kak long. 

Sepanjang perkahwinan kami, beliau sangat menyokong apa jua yang kak long lakukan. Pengorbanan terbesar yang kak long masih tak dapat nak balas adalah apabila beliau sanggup berhijrah dari Johor untuk bersama-sama kak long di Perak ni memulakan kehidupan baru kami walaupun seluruh ahli keluarganya menetap di Johor.

Dalam Shaklee beliaulah suami paling bergaya, despatch boy paling macho, posmen paling rajin, driver yang handsome yang sentiasa berada di sisi... malah selalu bertanya, "Hari ni takde nak hantar barang ke?" - salah satu motivasi untuk kak long terus memastikan yang setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 1 barang untuk dipos dan dihantar.

Masih teringat bagaimana kak long mengenali upline kak long iaitu Kak Norita dan Abg Naquib (dari www.anakkuwiraku.com) 


Masa mula-mula tu beli vitamin untuk diri sendiri...selepas setahun tengok Kak N menulis di blog macam best je nak join Shaklee.. dan bermula dari tarikh 25 Februari 2011 maka kak long sah bergelar Shaklee Independent Distributor. Seronok berbiz Shaklee ni...semuanya hanya di hujung jari malah kami hanya bermeeting secara online... Bila ada webinar, maka kak long sekeluarga akan duduk menekuni apa yang sifu kami ni ajarkan... Anak-anak pun dah pandai berbiz tau heheh

So kalau korang nak join grup WAS kak long boleh je contact no di atas blog ni ye...


   Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!

Thursday, April 17, 2014

WAHM SATU IMPIAN

Salam sayang

Ada yang bertanya pada kak long apa sebenarnya yang kak long nak dalam hidup, nak duit banyak ke sebab sibuk je buat side income walaupun dah bekerja di salah sebuah konglomerat terkemuka di Malaysia ni.

Duit banyak atau harta banyak tak bererti jika kita masih tiada pilihan dalam hidup.

Pilihan yang kak long maksudkan di sini adalah pilihan untuk sentiasa di samping anak-anak dan suami tanpa perlu pening-pening memikirkan bila nak amik cuti, tiada orang cover bila cuti, tak boleh amik cuti panjang...hmmm tu baru masuk bab cuti.

Tak masuk lagi bab anak-anak sakit... memang kebebasan waktu sangat terbatas jika masih terus makan gaji.

Sebab itulah kenapa kak long menceburkan diri dalam biz MLM ni, syukur dipertemukan dengan Shaklee yang boleh dibuat secara online dan offline. Ini merupakan titik tolak untuk kak long mencapai impian untuk menjaga anak-anak di rumah di samping menjana ekonomi membantu suami.

Bila tu ye.. In shaa Allah sebenarnya kak long sedang menuju ke arah itu... Tengah menunggu rumah yang dibeli siap (sebab ini syarat utama en suami). Jika ikut perancangan, akhir 2015 in shaa Allah rumah tu sudah boleh diduduki dan bolehlah kak long menghantar surat ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!

Wednesday, April 16, 2014

BILA GIGI GERAHAM SAKIT

Salam sayang

Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana... Lama kak long tinggalkan blog ni bersawang kan..

Banyak betul yang nak diceritakan... dah masuk senarai untuk ditulis ni hehehhe..tapi untuk kali ni kak long nak cerita pasal CABUT GIGI GERAHAM

Mesti korang ada pelbagai rasa bila sebut pasal doktor gigi kan.. Rasanya itu lah tempat terakhir yang akan dijejak itupun sebab dah tiada pilihan lain.

Begitulah jua empunya diri ni. Nak dijadikan cerita, ada di satu hari tu kira-kira sebulan yang lalu, tengah sedap-sedap mengunyah kuih, tetiba rasa macam tergigit batu..bila ditengok, rupa-rupanya serpihan amalgam (bahan tampalan gigi) kak long telah tercabut

Maka bermulalah episod kesakitan yang mendalam...yang paling ketara adalah seminggu selepas bekas tampalan tu tercabut. En suami bila tengok kak long dah semakin teruk, terus dibawa ke klinik gigi. Bila diperiksa, gusi kak long dah membengkak dan tiada apa yang boleh dilakukan selain memberi MC dan antibiotik serta ubat bengkak.

Ubat yang diberi cuma larat untuk diambil sehari dua je, hari-hari lain kak long cuma makan Nutriferon, b complex,vitamin C dan ostematrix...

Alhamdulillah dalam seminggu tu bengkak reda dan boleh bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya...

Nantikan next entry bila rawatan gigi dilakukan...

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!

Tuesday, April 1, 2014

PROMO OSTEMATRIX SEPANJANG APRIL 2014

Salam sayang

Alhamdulillah, hari ini, bumi Sitiawan disiarami hujan. Syukur atas segala kurnianNya.

Bulan baru menjelma lagi, selepas penat berclosing Shaklee semalam, maka hari ni kembali berjuang untuk Bulan April 2014.

Apa yang menarik untuk bulan April 2014 ni? 

Jika bulan lepas PROMOSI ESP berlangsung, 
untuk APRIL 2014, PROMOSI OSTEMATRIX pula mengambil tempat



Dengan pembelian 6 botol OSTEMATRIX anda layak mendapat 1 botol percuma.

Harga mampu milik RM366 untuk satu set (Nak beli sebotol pun boleh; hanya RM61 sahaja)



  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!