Wednesday, April 16, 2014

BILA GIGI GERAHAM SAKIT

Salam sayang

Apa khabar sahabat-sahabat di luar sana... Lama kak long tinggalkan blog ni bersawang kan..

Banyak betul yang nak diceritakan... dah masuk senarai untuk ditulis ni hehehhe..tapi untuk kali ni kak long nak cerita pasal CABUT GIGI GERAHAM

Mesti korang ada pelbagai rasa bila sebut pasal doktor gigi kan.. Rasanya itu lah tempat terakhir yang akan dijejak itupun sebab dah tiada pilihan lain.

Begitulah jua empunya diri ni. Nak dijadikan cerita, ada di satu hari tu kira-kira sebulan yang lalu, tengah sedap-sedap mengunyah kuih, tetiba rasa macam tergigit batu..bila ditengok, rupa-rupanya serpihan amalgam (bahan tampalan gigi) kak long telah tercabut

Maka bermulalah episod kesakitan yang mendalam...yang paling ketara adalah seminggu selepas bekas tampalan tu tercabut. En suami bila tengok kak long dah semakin teruk, terus dibawa ke klinik gigi. Bila diperiksa, gusi kak long dah membengkak dan tiada apa yang boleh dilakukan selain memberi MC dan antibiotik serta ubat bengkak.

Ubat yang diberi cuma larat untuk diambil sehari dua je, hari-hari lain kak long cuma makan Nutriferon, b complex,vitamin C dan ostematrix...

Alhamdulillah dalam seminggu tu bengkak reda dan boleh bertemu doktor untuk rawatan selanjutnya...

Nantikan next entry bila rawatan gigi dilakukan...

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!