Wednesday, April 23, 2014

KONSISTEN DENGAN VITAMIN

Salam sayang

Dah lama tak berbicara berkaitan suplemen... Ramai yang pm/wassap kak long baru-baru ni gara-gara entry yg lepas (hehehe entry jiwang untuk encik suami).. Tak salahkan untuk kita sebagai isteri ni nak memuliakan dan memuji suami... Sebab tanpa redha suami, maka takdelah kak long bergiat dalam biz Shaklee ni.

Okay pada hari ni, kak long nak kongsikan sedikit mengapa mereka yang mengambil vitamin perlu konsisten. Kak long percaya ramai yang di antara kita ni sebenarnya suka mencuba-cuba... Nak-nak bila brand sesuatu barang tu tengah meletops...contohnya Shaklee ni lah...kebelakangan ni nama Shaklee memang meletops...ramai yang berminat nak membeli. Namun adakah mereka terus mengamalkan Shaklee atau selepas habis je terus tukar ke jenama lain...

Sel merupakan unit asas untuk semua hidupan. Dalam kehidupan sel-sel ini akan terus sihat, mengalami kecederaan atau rosak malah ada sel yang mempunyai jangka hayat seperti sel darah merah yang mempunyai jangka hayat 120 hari sahaja.

Pengambilan vitamin membantu untuk memastikan sel-sel kita diberi nutrien yang diperlukan. Selain itu, ia membantu kemandirian sel tersebut dalam memastikan sistem atau organ badan kita berfungsi dengan efisien.

Pengambilan vitamin yang tidak konsisten tidak membantu proses pemeliharaan dan pemulihan sel yang rosak. Malah ia mungkin menyebabkan proses tersebut terbantut. Sebaik-baiknya untuk mendapat kesan yang optimum hasil dari pengambilan vitamin, 90-120 hari adalah jangka waktu yang terbaik.

Jadi pastikan anda mengambil vitamin mengikut kesesuaian dan ambil mengikut jadual dengan konsisten.

p/s: kak long dah mengamalkan Shaklee hampir 5 tahun dan berpuas hati dengan hasil yang kak long perolehi.

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!