Monday, April 21, 2014

TERIMA KASIH CINTA ~ TERIMA KASIH PEMILIK TULANG RUSUKKU

Salam sayang

Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu

Kau tiada habisnya
Menyayangi aku sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan.. pada dirimu

Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya

Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
(Cinta Sesungguhnya – Sabhi Saddi ft Marsha)



Melankolik kan lirik lagu di atas, tapi itulah sebenarnya bait-bait yang sememangnya dinukilkan khusus buat suami kak long, En Redzuan Tukiran. Mengenalinya lantas mengahwini beliau merupakan antara anugerah terindah yang pernah terjadi dalam kamus kehidupan kak long. 

Sepanjang perkahwinan kami, beliau sangat menyokong apa jua yang kak long lakukan. Pengorbanan terbesar yang kak long masih tak dapat nak balas adalah apabila beliau sanggup berhijrah dari Johor untuk bersama-sama kak long di Perak ni memulakan kehidupan baru kami walaupun seluruh ahli keluarganya menetap di Johor.

Dalam Shaklee beliaulah suami paling bergaya, despatch boy paling macho, posmen paling rajin, driver yang handsome yang sentiasa berada di sisi... malah selalu bertanya, "Hari ni takde nak hantar barang ke?" - salah satu motivasi untuk kak long terus memastikan yang setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 1 barang untuk dipos dan dihantar.

Masih teringat bagaimana kak long mengenali upline kak long iaitu Kak Norita dan Abg Naquib (dari www.anakkuwiraku.com) 


Masa mula-mula tu beli vitamin untuk diri sendiri...selepas setahun tengok Kak N menulis di blog macam best je nak join Shaklee.. dan bermula dari tarikh 25 Februari 2011 maka kak long sah bergelar Shaklee Independent Distributor. Seronok berbiz Shaklee ni...semuanya hanya di hujung jari malah kami hanya bermeeting secara online... Bila ada webinar, maka kak long sekeluarga akan duduk menekuni apa yang sifu kami ni ajarkan... Anak-anak pun dah pandai berbiz tau heheh

So kalau korang nak join grup WAS kak long boleh je contact no di atas blog ni ye...


   Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!