Thursday, May 29, 2014

PHYTOCOL-ST - Produk FITOSTEROL dari Shaklee

Salam sayang

Hari ni kak long nak perkenalkan pada korang semua satu lagi ahli keluarga terbaru Shaklee iaitu PHYTOCOL-ST.




Apa tu PHYTOCOL-ST?

Ia adalah rumusan proprietari yang berunsurkan tumbuhan seperti sayuran, buah-buahan dan bijirin. Ia adalah gabungan beberapa FITOSTEROL asli yang aktif.

PHYTOCOL-ST membekalkan sehingga 2000mg fitosterol

FITOSTEROL tu apa?

Fitosterol atau juga dikenali sebagai STEROL TUMBUHAN

Fitosterol adalah kolesterol rantai pendek yang berfungsi sebagai penghadang kolesterol jahat. Ia biasa disebut dengan kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) atau kolesterol baik. Sama dengan kolesterol jahat (kolesterol LDL), ia juga merupakan turunan dari ‘keluarga’ lemak.

Mengapa ia disebut kolesterol baik? Ini kerana ia berfungsi mengikis dan membuang kolesterol jahat yang menyumbat pembuluh darah, dan membawanya kembali ke hati untuk diproses dan dimusnahkan. Ia juga berfungsi sebagai penghadang di pembuluh darah yang mencegah kolesterol jahat mengendap, serta melindunginya dari aterosklerosis (terbentuknya plak pada dinding pembuluh darah).

PHYTOCOL-ST sangat dicadangkan untuk mereka yang berKOLESTEROL TINGGI!


 
 Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!
019-7987970

Tuesday, May 20, 2014

Kerusi Urut OGAWA

Salam sayang

Korang semua sihat hari ni? Bila baca tajuk kat atas mesti masing-masing dok terbayang alangkah heavennya dapat duduk di kerusi yang empuk dan diurut satu badan...perghhh memang terlena la jawabnya...

Kerusi urut ni merupakan salah satu item yang memang menjadi impian kak long... 
especially model di bawah ni.. Target kak long nak beli selepas berpindah ke rumah sendiri nanti (almaklum masa tu dah jadi WAHM kan... amin amin amin)


Namun alkisah hari Sabtu yang lepas, sebaik sahaja selepas menghantar Anas ke kelas membaca, kami bertiga (kak long, suami dan Muaz; Hanis di rumah pengasuh) mengatur langkah ke AEON Manjung pula
Hajat di hati nak membeli sedikit keperluan dapur. 

Rupa-rupanya OGAWA ada membuat promosi sempena Hari Ibu... Pelbagai model kerusi urut dipamerkan, bukan sahaja kerusi urut, malah alatan senaman dan pengrusan berat badan turut ada promosi.
Antara yang menarik perhatian kami adalah portable kerusi urut (sukahati kak long je bagi nama), sebenarnya ia adalah MOBILE SEAT XE, ia bukan sahaja boleh diletak di sofa di rumah malah boleh digunakan di dalam kereta... En suami nampak teruja sebab kami kan travel jauh untuk pulang ke  kampung (minima 8 jam perjalanan), jadi MOBILE SEAT XE ni sangat memberi manfaat.


Inilah dia MOBILE SEAT XE OGAWA

Ia didatangkan dengan pakej khas mesin urut refleksologi (boleh tengok gambar di bawah) dan yang bestnya untuk mesin refleksologi ni diskaun 50%. 
Ni model lama - kak long dapat model baru
Kak long ni memang penggeli dan sebenarnya agak trauma sikit dengan refleksologi. Sebabnya setiap kali kak long ke taman rekreasi untuk memijak batu refleksologi tu, macam-macam perasaan ada dan sangat jarang kak long dapat menghabiskan satu laluan tu... Berpeluh sakan sampai keluar peluh jantan pun ada (nampak sangat agak bertoksin badan ni kan)

En suami bersetuju untuk membeli pakej ni dan kami dapat free gift lagi... nak tau apa?

Jeng jeng jeng... Hand held massager
OGAWA S-300 Hand-held Massager

Jadi, inilah hasil rembatan berserta hadiah yang kami sempat rembat masa gi shopping-shopping hari Sabtu...
Thank you ye En Suami tolong belikan alat urut mengurut ni (lepas ni tekan je mesin...)

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!

Monday, May 19, 2014

Fakta berkaitan VITAMIN E

JOM KITA BACA FAKTA BERKAITAN VITAMIN E
  1. Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. 
  2. Vitamin E memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. 
  3. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
  4. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. 
  5. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
  6. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
  7. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. 
  8. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. 
  9. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
Wahhh...banyak sungguh kebaikan VITAMIN E ni kan... Jika korang nak tahu, Shaklee pun ada mengeluarkan produk VITAMIN E COMPLEX.
Vitamin E complex Shaklee kini dengan ekstrak biji anggur
Seronok bila dapat amalkan Vitamin E ni, bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan dalaman kita malah ia juga jelas terserlah pada kesihatan kulit.

Siapa-siapa yang nak kulit yang flawless maka sebaiknya amalkan VITAMIN E COMPLEX ni setiap hari sekurang-kurangnya 3 bulan.


Jika anda mahu mencuba vitamin Shaklee & mendapat harga istimewa dari saya? Boleh email saya di nuradhamansor@yahoo.com atau sms di 019-7987970. Konsultasi dan panduan pemakanan dan kesihatan akan diberikan percuma.

Monday, May 5, 2014

MEALSHAKES kegemaran ANAS ZIKRY

Salam sayang

Bulan ni merupakan BULAN MEALSHAKES... Maka promo macam ni sangat-sangat dinantikan oleh ibu-ibu terutamanya... masa inilah pun nak memborong Mealshakes buat simanja mereka.

Anak-anak kak long terutamanya Anas sangat menggemari Mealshakes... Rasanya yang lemak berkrim ala ala aiskrim vanila memang menjadi kesukaan Anas. Pernah juga dia tertangkap ketika meratah Mealshakes hehehe...

Anas bukannya seorang yang mudah untuk makan vitamin mahupun ubat (walaupun ketika sakit) namun sejak kak long memperkenalkan Omega dan Mealshakes dalam diet hariannya, Anas tak pernah culas mengambil Mealshakes walau sehari... Semenjak bersekolah ni, Anas semakin rajin membancuh Mealshakes sendiri...

Resipi mudah buat Anas... 

Susu Dutch Lady atau Magnolia (Susu Segar atau berperisa)
+
1 sudu besar Mealshakes
Dan shake shake shake 

Alhamdulillah Anas nampak ceria dan bertenaga untuk ke sekolah setiap pagi...


Jadi ibu-ibu di luar sana, jom bertukar ke Mealshake... Minuman kesihatan terbaik untuk si manja anda

Nota: Mealshake hanya sesuai diambil untuk kanak-kanak berusia 1 tahun ke atas. 


   
Pengedar Sah Shaklee Manjung
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com