Tuesday, May 20, 2014

Kerusi Urut OGAWA

Salam sayang

Korang semua sihat hari ni? Bila baca tajuk kat atas mesti masing-masing dok terbayang alangkah heavennya dapat duduk di kerusi yang empuk dan diurut satu badan...perghhh memang terlena la jawabnya...

Kerusi urut ni merupakan salah satu item yang memang menjadi impian kak long... 
especially model di bawah ni.. Target kak long nak beli selepas berpindah ke rumah sendiri nanti (almaklum masa tu dah jadi WAHM kan... amin amin amin)


Namun alkisah hari Sabtu yang lepas, sebaik sahaja selepas menghantar Anas ke kelas membaca, kami bertiga (kak long, suami dan Muaz; Hanis di rumah pengasuh) mengatur langkah ke AEON Manjung pula
Hajat di hati nak membeli sedikit keperluan dapur. 

Rupa-rupanya OGAWA ada membuat promosi sempena Hari Ibu... Pelbagai model kerusi urut dipamerkan, bukan sahaja kerusi urut, malah alatan senaman dan pengrusan berat badan turut ada promosi.
Antara yang menarik perhatian kami adalah portable kerusi urut (sukahati kak long je bagi nama), sebenarnya ia adalah MOBILE SEAT XE, ia bukan sahaja boleh diletak di sofa di rumah malah boleh digunakan di dalam kereta... En suami nampak teruja sebab kami kan travel jauh untuk pulang ke  kampung (minima 8 jam perjalanan), jadi MOBILE SEAT XE ni sangat memberi manfaat.


Inilah dia MOBILE SEAT XE OGAWA

Ia didatangkan dengan pakej khas mesin urut refleksologi (boleh tengok gambar di bawah) dan yang bestnya untuk mesin refleksologi ni diskaun 50%. 
Ni model lama - kak long dapat model baru
Kak long ni memang penggeli dan sebenarnya agak trauma sikit dengan refleksologi. Sebabnya setiap kali kak long ke taman rekreasi untuk memijak batu refleksologi tu, macam-macam perasaan ada dan sangat jarang kak long dapat menghabiskan satu laluan tu... Berpeluh sakan sampai keluar peluh jantan pun ada (nampak sangat agak bertoksin badan ni kan)

En suami bersetuju untuk membeli pakej ni dan kami dapat free gift lagi... nak tau apa?

Jeng jeng jeng... Hand held massager
OGAWA S-300 Hand-held Massager

Jadi, inilah hasil rembatan berserta hadiah yang kami sempat rembat masa gi shopping-shopping hari Sabtu...
Thank you ye En Suami tolong belikan alat urut mengurut ni (lepas ni tekan je mesin...)

  Perunding Kesihatan Shaklee Anda!!