Monday, June 30, 2014

Berpuasa dan menyusukan

Salam sayang

Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti mucul jua.. Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa... Bagaimana hari pertama berpuasa semalam?

Kak long dah melalui beberaapa fasa berpuasa sehingga ke hari ini. Ini termasuklah fasa hamil ketika berpuasa, berpantang dan berpuasa serta menyusukan dan berpuasa.

Antara yang sangat mencabar adalah apabila melalui fasa penyusuan dan berpuasa (pada pengalaman kak long). Seorang ibu perlu menyediakan bukan setakat persediaan dirinya namun untuk bayi yang bakal disusukan.

Setiap bayi mempunyai pola penyusuan yang berbeza. Berdasarkan pengalaman kak long ketika menyusukan Muaz dan Hanis, kedua-dua mereka sangat berbeza. Muaz biasanya akan menyusu setiap 3 jam sekali atau sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Senang sebab jadual Muaz lebih teratur dan sebagai ibu kak long lebih bersedia.

Namun sebaliknya untuk Hanis. Hanis menyusu dengan lebih kerap.. Boleh dikatakan setiap jam pasti akan datang dan menyusu 10-15 minit setiap sesi. Pertama kali kak long melalui jadual penyusuan yang berterabur namun Alhamdulillah, kak long masih diberi kekuatan untuk meneruskan puasa semalam.

Jadi hari ni kak long nak kongsikan sedikit tips bagaimana kak long menghadapi penyusuan ketika berpuasa

1) Pastikan malam sebelum puasa dah mula minum air secukupnya iaitu lebih kurang 3 Liter sehari semalam. Kak long memang standby 1 bekas air di bilik tidur jadi ia memudahkan.


2) Ketika bersahur, ambil makanan berat. Menu wajib kak long adalah nasi. Selain tu, boleh top up dengan segelas minuman oat dan yang pasti TRIPPLE GEM memang minuman wajib ketika bersahur.


3) Makan kurma sekurang-kurangnya 3 biji ketika sahur dan 3 biji ketika berbuka. Tenaga yang sangat luarbiasa. Biasanya kurma ni jadi kudapan kak long... 3 biji tu sikit sangat.


4) Kak long berbuka dengan kurma dan minuman manis. Dan selepas solat, WAJIB MAKAN NASI. Jika hari biasa, kak long memang kurangkan makan nasi namun tidak ketika berpuasa. Jangan risau sebab sebelum tidur, memang kak long amalkan OMEGA.


5) Pengambilan vitamin asas seperti Vitalea, Vitamin C, B complex, Ostematrix, Alfalfa dan Vitamin E masih diteruskan cuma kak long pecahkan ikut masa iaitu selepas bebuka, sebelum tidur dan selepas bersahur. Jangan pernah miss makan vitamin sebab ibu menyusu sangat perlukan vitamin tambahan.

**semua gambar di atas ihsan dari Google Image

Lepas ni kak long nak share bagaimana jadual pengepaman kak long pula ye... (tengah cuba-cuba tukar jadual heheh)


 
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970