Wednesday, June 18, 2014

Bila DEMAM & ASMA bersatu ~ NUTRITIONAL HEALING

Salam sayang dari kak long sekeluarga

Apa khabar kalian??? Syukur, kak long memperolehi semula sedikit kesihatan dan kekuatan untuk kembali menulis di ruangan rahsiasihat.com ini.

Bermula dari minggu terakhir cuti sekolah, En Demam mula menziarahi kami sekeluarga...bermula dari en suami kemudian anak-anak dan ahli keluarga yang terakhir adalah kak long (penutup yang agak lama).

Mungkin keadaan cuaca dan sedikit penat fizikal kerana berulang alik Sitiawan-Seremban menjadi punca namun sakitkan antara tanda kita disayangi Tuhan :)

Sepanjang sakit ni selain ke klinik (untuk mengambil MC hehehe) kak long menggunakan kaedah NUTRITIONAL HEALING.

Macamana NUTRITIONAL HEALING ni? Mudah sahaja iaitu dengan menggunakan set suplemen Shaklee.

Apa yang kak long ambil sepanjang kak long Demam & diserang Asma? Ni senarainye ye (mungkin boleh jadi panduan buat kalian)

i) ESP - pentingnya protein kerana badan kita memerlukan sel yang sihat. Pengambilan ESP dari hasil protein tulen mempercepatkan pembaikpulihan sel (biasanya kak long amik 1-2 sudu sehari, namun ketika sakit kak long amik maksimum 3 sudu sehari)

ii) Performance Drink - ia bagus untuk mengelakkan dehidrasi. Memang jadi minuman rasmi sepanjang demam sebab tak lalu nak minum air kosong. Sangat membantu kak long dalam penyusuan dan menyelesaikan kerja rumah yang ringan

iii) Omega - suplemen WAJIB untuk asma...sebelum ni kak long amik berselang dengan lecithin namun sepanjang sakit ni, setiap hari 3 biji selepas lunch. Dada rasa kurang ketat, kahak cair dan mudah bernafas

iv) Vitamin C 500mg - antara yang membantu meningkatkan imuniti, kak long amik 6 biji sehari, 2 biji setiap lepas makan...macam banyak tapi bila sakit, vitamin C sangat mudah dimusnahkan oleh kepanasan suhu badan kita.

v) Garlic - sangat suka dengan Garlic sebab ia memudahkan kak long membuang kahak keluar. Si hanis yang turut demam, cepat sembuh dari selesema selepas kak long mengambil Garlic 2biji sehari

vi) Nutriferon - yang ni setiap kali demam memang makan dia dulu... Untuk anak-anak kak long berikan 1 sachet setiap hari sehingga sembuh, namun untuk kak long sendiri, 4 sachet sehari...nak kena berkongsi dengan hanis pula sebab dia masih menyusu

vii) Vivix - kak long amik setiap hari sebaik sahaja asma menyerang (hanya 1 sudu KFC yang kecil tu). Bagus untuk memanaskan badan (Ibu menyusu tidak digalakkan ye tapi jika nak mencuba atas risiko sendiri).

viii) B complex & Ostematrix - yang ni memang wajib amik seperti biasa. 

Alhamdulillah, menampakkan kesan yang semakin positif. Kak long nak mengurangkan kebergantungan pada ubat-ubatan moden jadi alternatifnya adalah dengan suplemen. Tapi pada masa yang sama Madu dan Kurma adalah menu wajib kak long sepanjang kak long demam.

p/s: Ni tengah mencari Madu Sidir yang dari Yemen tu...korang ada kenal sesape yang jual ke...boleh bagi contact number??





Berminat nak mencuba produk Shaklee? Hubungi saya Pengedar Sah Shaklee Anda ~ Nur Adha Mansor ~ Shaklee ID: 852417 ~ sms|whatsapp: 019-7987970 ~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com