Tuesday, August 5, 2014

Salam Sayang

Salam sayang

Lama kita tak bersiaran..maaf banyak-banyak...bulan puasa dan raya yang agak menyibukkan...dengan urusan kerja dan pindah rumah bonda ayahanda hinggalah ke urusan Syawal

Alhamdulillah walau tidak bersiaran lama, syukur kerana blog yang setia ni masih terus membuahkan hasil....

Lepas ni kena usaha kuat lagi untuk terus berhasil malah membuahkan hasil yang lebih lumayan..

Bagaimana denga sambutan Syawal kalian...hari ni dah hari ke-9... Alhamdulillah tahun ni dapat kak long bercuti panjang...jika tahun lepas beraya di hujung-hujung pantang, tahun ni kiranya dapat kak long menebus semula raya tahun lepas...

Kebiasaannya menyambut raya di dua tempat sahaja namun bermula tahun ini ada 3 tempat pula...Seremban, Batu Pahat & Mersing...jangan salah sangka ye, Seremban tempat hijrah terkini ayahbonda kak long, Batu Pahat tempat bermastautin nenda dan sanak saudara kak long serta en suami manakala Mersing adalah tempat tinggal bonda mertua kak long...Maka lebih jauhlah perjalanan raya kami...

Di kesempatan ini juga, kak long sekeluarga menyusun sepuluh jari memohon maaf jika kami ada tersalah laku, terlepas bicara, terhiris emosi tatkala kita berhubungan. Semoga ukhuwah yang terjalin walau di alamaya ini terus berkembang mekar.

Lupakan seketika hal ehwal raya... Apakata Syawal kali ni kita lebihkan untuk orang lain yang lebih memerlukan...Jika sebelum ini kita sibuk dengan membuat rumah terbuka, apa kata kali ni kurangkan belanja rumah terbuka dan lebihkan bersedekah untuk saudara-saudara kita di Palestin teruatamanya..

Jadikan Syawal kali ni sebagai bulan mujahadah buat kita, jika Ramadhan berjaya mentarbiyyahkan nafsu moga ia berterusan...


Salam lebaran, Salam Syawal


   
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970