Wednesday, September 24, 2014

PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL

Salam sayang 

Hari ni kak long nak cerita sikit masalah PCOS. PCOS ni antara masalah yang sering mengganggu kesuburan seseoarang wanita

´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. 

Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. 

Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.

Siapa yang sering menghadapi masalah PCOS?
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
------------------------------------------------

1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.

2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, September 17, 2014

Herbal Blend Multi Purpose Cream pengganti Losyen

Salam sayang 

Korang ada tak mengalami kekeringan kulit terutamanya di tumit, buku lali dan siku.

Itu antara tempat-tempat biasa kulit kering... Sebelum mengenali Shaklee, kak long memang akan standby sebotol losyen (biasanya losyen bayi lah) untuk pastikan yang kulit kak long sentiasa lembap.

Setiap pagi dan malam memang kak long tak pernah gagal meletak losyen..maklum nak kulit selembut bayi katanya...

Tapi sekarang ni kak long tak bergantung pada losyen lagi... Alternatifnya, kak long gunakan Herbal Blend Multipurpose Cream (macam gambar kat bawah ni). Produk ini sangat hot item sehingga bila ia dibuka untuk jualan, tak sampai sehari dah pun habis stok..

So jika korang di luar sana mencari-cari produk yang berasaskan tumbuhan dan semulajadi tanpa paraben... Apa kata korang semua cuba Herbal Blend Multi Purpose Cream dari Shaklee ni... Pasti tidak menyesal

Kak long masih ada beberapa tiub krim ni...kalau nak cuba hubungi je nombor di bawah tu.. Cepat sebelum terlambat







Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tips KETIKA SELESEMA

Salam sayang 

Beberapa hari ni mungkin kerana keletihan travel ditambah dengan beban kerja di pejabat yang agak menimbun serta cuaca yang tidak menentu di Sitiawan... menyebabkan kak long ditimpa SELESEMA

Mujur hanya kak long seorang yang kena.. Oleh kerana stok nutriferon sangat terhad di rumah ni (tinggal beberapa stick - spare untuk anak-anak) maka kak long menggunakan alternatif lain.

Jom kak long kongsikan apa tips yang kak long buat bila kena SELESEMA

i) Pastikan minum air kosong lebih dari biasa - jika biasanya ambil 2 liter maka tambah lagi 1 liter... Selesema ni disebabkan perubahan suhu dalam badan (selain dari jangkitan), maka untuk menstabilkan suhu, sebaiknya minum air lebih.


ii) Lebihkan pengambilan makanan berunsur sitrus... kenapa? Sebab makanan sitrus ni banyak mengandungi VITAMIN C. Macam kak long biasanya kak long ambil terus SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS. Berapa banyak nak kena ambil? Bergantung pada tahap selesema namun biasnaya 2 biji minimum sehari. Jika sihat 1 biji sehari dah memadai

Photo: Have you had Shaklee’s Sustained Release Vita-C Plus™ today? Contact your distributor to get your bottle!

iii) Untuk kanak-kanak atau bayi, kak long suka sapukan kunyit di batang atau pangkal hidung mereka. Dipercayai ia membantu pengeringan selesema dengan lebih cepat. Caranya dengan menggosokkan kunyit hidup (hanya kunyit hidup dibenarkan ye) di belakang lesung dan ambil kunyit tersebut untuk disapu di pangkal hidung.


iv) Ketika memasak, gunakan bawang putih dengan amaun yang lebih... Ini memang kak long suka...bau bawang putih semerbak dalam makanan. Kenapa bawang putih? Sebab bawang putih ada unsur allicin yang membantu meningkatkan imuniti


Jika anda memang bukan penggemar bawang putih, apa kata gantikannya dengan pengambilan GARLIC COMPLEX SHAKLEE


Harap-harap tips di atas dapat membantu korang ketika korang menghadapi selesema. Perubatan alternatif lebih mudah, lebih semulajadi dan lebih selamat berbanding pengambilan ubat-ubatan.

Selamat mencuba!!

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, September 16, 2014

Apa Milk Booster Anda

Salam sayang 

Tengok tajuk pun dah tahu apa topik kak long hari ni kan

Korang semua tahu ke apa itu MILK BOOSTER? 
Secara ringkasnya...milk booster adalah penggalak susu... 

Penting ke milk booster ni sebenarnya... Biasanya ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka pasti mempunyai milk booster mereka sendiri. 


Milk booster ni boleh berunsur ubatan atau vitamin mahupun makanan biasa... 

Kenapa kak long kata makanan biasa? 

Contohnya...kak long suka makan durian..setiap kali kak long makan durian, mesti susu akan banyak terhasil... Maka milk booster kak long adalah DURIAN
Tetapi kak long tak suka manggis, katakan en suami beli dan paksa kak long makan....kak long makan tapi susu yang terhasil macam biasa je...Jadi manggis bukan milk booster kak long

Korang tahu tak yang penyusuan ni bukan sahaja berkaitan susu banyak atau sikit tetapi ia berkaitan dengan 2 jenis hormon iaitu hormon Oksitosin & Prolaktin. Nak tahu hubungkait keduanya...boleh rujuk gambar di bawah... Kredit buat cik Tuty




Jadi sebenarnya yang menjadikan sesuatu produk makanan itu milk booster kita atau tak adalah sama ada kita SUKA atau TERPAKSA. Perkara atau makanan yang buat kita gembira in shaa Allah akan membantu penghasilan susu dengan lebih cepat dan banyak

Ibu-ibu di luar sana tak perlu risau jika sesuatu makanan atau produk itu bukan milk booster anda sebab setiap dari kita mempunyai kegemaran masing-masing.
Jangan berhenti mencari milk booster anda!

Nak mencuba MILK BOOSTER SHAKLEE... Carilah kak long

Selamat Menyusukan Bayi Anda





Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, September 15, 2014

Peraturan Asas Diet

Salam sayang 

Semalam seorang rakan fb kak long berkongsi 1 poster berkaitan dengan KURUS... 

Kebelakangan ni ramai sangat yang sms atau wassap kak long bagaimana nak kurus dengan cepat... Ada yang nak kak long tolong turunkan berat badan dia 10kg dalam masa 1 bulan...Perghh...

Maaf ye..kak long memang ada menjual suplemen yang membantu dalam pembakaran lemak namun pengambilan vitamin tersebut MESTILAH konsisten dan mematuhi PERATURAN DIET.


Apa PERATURAN DIET tu ye... 
Secara asasnya, untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan, WAJIB:

i) Minum air kosong 3-4 Liter sehari
ii) Bersenam sebaik-baiknya setiap hari (10-20 minit 1 sesi)
iii) Banyakkan makan buah atau sayur-sayuran
iv) Kurangkan makanan berlemak dan berminyak

Jika anda di luar mengamalkan Peraturan Asas Diet ni dan mengambil vitamin mengikut jadual konsultasi, in shaa Allah proses pengurangan inci dan berat akan lebih mudah dilakukan.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Milk Booster dalam Penyusuan

Salam sayang 

Begitu lama kak long tak bercerita tentang penyusuan ye... Takpe hari  ni kita buat throwback sikit zaman penyusuan Muaz 


Setiap pagi inilah rutin kak long.. Menyusun botol-botol susu yang berisi 4oz setiap satu buat bekalan si comel Muaz ke rumah pengasuh 

Penyusuan bukan perjalanan yang mudah namun ia boleh dijayakan oleh setiap ibu asalkan punya iltizam dan semangat yang kuat

Penyusuan susu ibu buat diri kak long bermula dari anak kedua iaitu Muaz... Letih lesu, rasa dingin dengan suami serta lelah mengepam tapi hasilnya sedikit sangat mengecewakan kak long... 

Join grup sokongan di FB membuka sedikit cahaya dan bermulalah episod mencari MILK BOOSTER.. Pelbagai makanan dan produk dicuba...namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Perjalanan penyusuan kak long bersama Shaklee bermula dengan bertemunya kak long dengan www.anakkuwiraku.com milik kak Norita Idris. 

Letih mencuba pelbagai produk milk booster, kak long nekad mencuba VITAMIN aka SUPLEMEN. Bermula dengan SET B dan kemudian diupgrade ke SET 3 M ternyata banyak membantu memulihkan semula semangat dan harapan seorang ibu untuk terus menyusukan anaknya... 

Kak N bukan sahaja menjual suplemen Shaklee malah blog beliau menjadi tempat rujukan kak long menuntut ilmu penyusuan.

Susu banyak hingga melimpah-limpah? Sangat mustahil jika 3 KONSEP ASAS PENYUSUAN tidak dipatuhi. Ambillah sebanyak mana MILK BOOSTER tapi jika tiada jadual pengepaman/ feeding yang konsisten, minum air kosong hanya segelas dua.. ia sekadar mimpi.

Alhamdulillah, SET 3M Shaklee bukan sahaja membantu kak long BERJAYA menyusukan MUAZ sehingga 3 tahun malah taraf kesihatan semakin bertambah.

TERIMA KASIH KAK N & SHAKLEE KERANA MEMBANTU KAK LONG MENCAPAI TARGET PENYUSUAN KAK LONG

Anda Ibu menyusu? Berminat nak tahu bagaimana kak long berjaya?

Hubungi 
Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970


Sesi Recharge - EKSKLUSIF untuk kami

Salam sayang 

Masih dalam kelelahan... Sitiawan-Seremban-Sri Petaling-Sitiawan dalam masa 2 hari

Namun inilah antara momen yang indah untuk terus diingati...

Antara tanggungjawab sebagai anak dan menantu, sebagai isteri dan ibu malah sebagai Independent Distributor Shaklee...Syukur ia mampu dilunaskan...

*********************************************************

Alhamdulillah semalam sekali lagi kak long dan organisasi kak long diberi kelapangan masa dan keizinanNya untuk menghadiri sesi recharge bersama bonda tersayang... Kak Norita Idris

Sesi 3R - Central Region

ReEnergize
ReIgnite
ReOrganize


Sesi yang dapat mengumpulkan organisasi Euphoria sendiri.. 
Rasanya lebih dari 100 ahli yang hadir


Selain berseminar, dapat juga kami berkenal-kenalan dengan "adik-beradik", anak cucu dalam organisasi masing-masing..maklumlah biasanya berjumpa di alam maya je

Ni kak rin - adik beradik kak long dalam Shaklee

Bersama "cucu" - Eiyda dan suami

Syukur kerana di hari-hari cuti begini, kami dilorongkan untuk menghadiri majlis ilmu yang bukan sahaja untuk kehidupan dunia malah untuk bekalan ukhrawi juga

Semoga kita terus DEDIKASI dengan segala tindakan dan pilihan yang kita buat

Jumpa di PUNCAK KEJAYAAN in shaa Allah



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, September 8, 2014

Shaklee Collagen Powder

Salam sayang 

Photo: Collagen is the most abundant type of protein found in the human body. Learn more at http://bit.ly/1ogKIEm

Kolagen merupakan salah satu protein yang terbanyak terdapat dalam tubuh badan kita


Photo: For healthy skin, collagen is key! Is collagen a part of your regimen?

Apa terjadi jika tubuh kita kekurangan kolagen?

ihsan dari www.ariefasha.com 

Jadi untuk mengelakkan masalah di atas berlaku... 

Photo: Have you tried Shaklee’s Collagen Powder?


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, September 4, 2014

FIBER TU APA?

Salam sayang

Seperti yang dijanjikan, hari ni entry kak long adalah berkaitan FIBER.

Apa itu FIBER?

Fiber adalah sejenis karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh sistem badan. Ia tidak dapat dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil malah ia akan dikeluarkan kembali tanpa dicerna.

Nampak macam fiber ni takde gunanya kan... Tapi fiber ni membantu menstabilkan kandungan gula dan garam dalam badan kita selain dari memberi rasa kenyang pada perut

Secara umunya, kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan 20-30grams fiber dalam sehari

Sumber utama fiber adalah dari sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin


Terdapat 2 jenis fiber yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita

i) Fiber terlarut - ia larut dalam air. Fiber jenis ini membantu dalam mengurangkan paras glukosa dan paras kolesterol dalam darah kita. Antara sumbernya adalah oatmeal, kekacang dan beri

ii) Fiber tidak terlarut - berfungsi dalam melancarkan sistem pencernaan. Sangat bagus untuk mengelakkan sembelit dan pembuangan berjalan dengan lebih lancar. Bijirin seperti gandum, jagung, kuskus, berasa perang adalah antara sumber fiber jenis ini



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, September 3, 2014

MEALSHAKES & SEMBELIT

Salam sayang

Antara perkara yang sering menjadi kerisauan ibu-ibu adalah apabila anak mengalami sembelit. Bagaimana sembelit boleh berlaku? Salah satu sebabnya adalah kekurangan air dan fiber dalam menu harian anak-anak kita

Jadi solusinya yang kak long buat adalah dengan menyediakan botol air masak khusus untuk anak-anak dan sediakan buah-buahan untuk mereka ambil setiap hari.

Namun begitu, kak long pasti ada juga anak-anak yang tidak suka buah (macam Anas)... Sayur jauh sekali.. maka alternatif kak long adalah dengan memberikan Anas MEAL SHAKES


Setiap pagi sebelum ke sekolah, kak long akan bancuhkan Anas segelas MEAL SHAKES bersama-sama susu berperisa atau Tamar Cocoa.

Alhamdulillah, Anas lebih cergas dan tiada masalah sembelit dengan MEAL SHAKES.

Bagaimana MEAL SHAKES membantu mengelakkan sembelit?
MEAL SHAKES mengandungi dietary fiber dan fiber terlarut yang membantu memastikan sistem pelawasan dalam keadaan baik.

Nak tahu lebih lanjut tentang fiber... Jumpa di entry selanjutnya...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970