Thursday, September 4, 2014

FIBER TU APA?

Salam sayang

Seperti yang dijanjikan, hari ni entry kak long adalah berkaitan FIBER.

Apa itu FIBER?

Fiber adalah sejenis karbohidrat yang tidak boleh dicernakan oleh sistem badan. Ia tidak dapat dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil malah ia akan dikeluarkan kembali tanpa dicerna.

Nampak macam fiber ni takde gunanya kan... Tapi fiber ni membantu menstabilkan kandungan gula dan garam dalam badan kita selain dari memberi rasa kenyang pada perut

Secara umunya, kanak-kanak dan orang dewasa memerlukan 20-30grams fiber dalam sehari

Sumber utama fiber adalah dari sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin


Terdapat 2 jenis fiber yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita

i) Fiber terlarut - ia larut dalam air. Fiber jenis ini membantu dalam mengurangkan paras glukosa dan paras kolesterol dalam darah kita. Antara sumbernya adalah oatmeal, kekacang dan beri

ii) Fiber tidak terlarut - berfungsi dalam melancarkan sistem pencernaan. Sangat bagus untuk mengelakkan sembelit dan pembuangan berjalan dengan lebih lancar. Bijirin seperti gandum, jagung, kuskus, berasa perang adalah antara sumber fiber jenis ini



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970