Tuesday, October 28, 2014

ESP - KESAN KETARA BUAT KAK LONG

Salam sayang


Apa khabar semua pembaca setia rahsiasihat.com. Kak long harap korang semua sentiasa sihat dan ceria


Malam ni kak long bersiaran dari Bandar Salak Tinggi, Sepang. Esok kak long ada training sehari di Brahims' Airline Catering, pembekal makanan dan minuman buat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).


Kak long nak cerita sikit dengan korang apa kesan yang ketara selepas kak long mengambil ESP Shaklee.


Kesan yang pertama adalah dari segi penghasilan susu badan. Ia sangat jelas terutamanya jika pengambilan ESP diambil mengikut tips rahsia penyusuan. Kesan bukan sahaja dari segi jumlah susu tetapi kepekatan susu turut berbeza.


Selain itu, kak long merasakan apabila kak long minum ESP sebagai sarapan, rasa lapar di tengahari agak kurang dan kak long masih bertenaga seakan-akan di awal hari.


Kulit kasar terutama di kawasan siku dan tumit juga jelas perubahan. Kulit lebih lembut dan lembap. Encik suami turut memuji perubahan pada kelembapan kulit kak long.


Sejak mengambil ESP juga kak long perasan yang tiada kesan stretch mark sepanjang mengandung Hanis. Siapa yang tak gembira kan...


Sebab itulah kenapa kak long tak pernah lupa dengan ESP. Ia antara vitamin wajib ambil setiap hari.


Nak mencuba? Hubungi kak long di nombor telefon di bawah


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Ostematrix Penguat Tulang

Salam sayang buat semua pembaca kak long...

Jumaat lepas sempena cuti Maal Hijrah, ibu dan ayah kak long turun ke Manjung nak menjenguk anak sulung mereka ni...

Jadi pada hari Sabtu tu, kak long bawalah mereka meronda-ronda sekitar Manjung.. Kebetulan ada barang dapur yang nak dibeli, kami singgah ke AEON Jusco Manjung

Tak tersangka Anlene sedang mengadakan prmosi dan pada masa yang sama membuat pemeriksaan percuma ketumpatan tulang. Tanpa melengahkan masa, kak long serta ibu dan ayah pun turut serta..

Keputusannya... Ibu kak long mempunyai ketumpatan tulang yang paling bagus dan berada di Zon Rendah Risiko Osteoporosis. Kak long? Kak long pula berada pada Zon Risiko Sederhana Osteoporosis (peringatan buat diri sendir: Jangan culas makan Ostematrix ye kak long hehehe)

Apa rahsianya?

Sejak beliau muda lagi, ibu kak long adalah peminum setia susu sekurang-kurangnya 1 gelas sehari..Malah sehingga kini, ibu kak long masih mengamalkan minum 1 gelas susu Omega Plus setiap pagi. Malah sejak kak long mengenali Shaklee... OSTEMATRIX merupakan produk paling konsisten diambil oleh ibu kak long walaupun beliau masih minum susu, namun pengambilan Ostematrix setiap hari sebelum tidur adalah perkara wa

Ingat ye.. Osteoporosis datang dengan senyap tanpa ada tanda-tanda.. Justeru, kitalah yang kena sentiasa beringat sedari muda untuk memastikan bekalan kalsium mencukupi bukan sahaja untuk tulang malah gigi dan otot juga.

Ostematrix sesuai untuk mereka yang alah pada susu dan merupakan alternatif terbaik kerana ia lengkap dengan Magnesium dan Vitamin D.





Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, October 27, 2014

Kembara ke TURKI ~ Impian 2015 Kami

Bila bercakap mengenai percutian... TURKI adalah salah satu negara yang kak long sangat teringin nak pergi

Turki ialah sebuah negara Eurasia di Timur Tengah yang terletak di antara benua Eropah dan Asia

Turki antara tempat lahirnya peradaban moden seperti Empayar Turki Uthmaniyyah

Bukan sahaja hebat dari segi peradaban serta sejarah namun keindahan tempat serta seni binanya sangat mengagumkan...

Sebelum kak long dapat tangkap gambar yang real, apa kata u olls cuci mata dengan melihat gambar di bawah... ihsan dari Google.com

Melihat keindahan Pamukkale

Pamukkale


Melihat keindahan binaan Istana Topkapi, Hagia Sophia dan Masjid Biru


Masjid Biru
#1 of Tourist Attractions In Turkey
Hagia Sophia
Bersiar-siar di taman tulip


Melihat sendiri kesan Tamadun Greek di Gunung Nemrut

Mount Nemrut


Menikmati keagungan ciptaan Tuhan di Caapdocia

Goreme Fairy Chimneys

Inilah antara tempat-tempat yang menggamit rasa dan naluri kak long untuk terbang ke Turki

Turki bumi yang bertuah kerana adanya Sultan yang Agung iaitu Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan yang menawan kembali kota Konstantinople... Mengembara ke bumi Turki bukan sekadar untuk berwisata tapi menelusuri kembali semangat perjuangan tokoh-tokoh Islam terdahulu.

Semoga IMPIAN ini menjadi kenyataan... 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, October 15, 2014

Kelulusan bukan syarat berjaya dalam Shaklee

Salam sayang

Alhamdulillah malam tadi berlangsungnya satu event Shaklee buat pertama kalinya di daerah Manjung ni...


Antara sesi yang diadakan adalah Sesi Health & Wellness, Mini Business Opportunity Meeting (BOM) dan Motivation Sharing

Sesi Health & Wellness Talk malam tadi berkisar mengenai Kesihatan Wanita serta produk yang sesuai... Banyak juga ilmu baru yang kak long cedok semasa sesi ini... (yang ini akakn kak long sharekan kemudian)

Namun yang paling menarik hati dan membuatkan kak long lebih bersemangat adalah apabila seorang pakcik ni membuat sesi perkongsian...

Beliau asalnya hanya pemandu lori..lulusan darjah 6...memulakan Shaklee dengan niat untuk menambah pendapatan keluarga... Beliau berbangsa India dan kurang fasih berbahasa Melayu namun berkat usaha gigih beliau...kini beliau telahpun mencapai taraf Senior Coordinator dengan pendapatan bulanan mencecah lebih RM5000 sebulan...Beliau tidak lagi membawa lori dan membuat Shaklee secara sepenuh masa sejak beliau naik pangkat Supervisor.... Kebanyakan downline beliau adalah dari bangsa India dan Melayu... menarik kan...

Sebenarnya...sepanjang pembabitan kak long bersama Shaklee... TIADA YANG MUSTAHIL!!!


Sesiapa sahaja boleh berjaya di dalam Shaklee yang penting NAK... Berbeza dengan mereka yang tak nak... Mereka yang NAK sanggup berkorban apa sahaja..(masa tidur, masa makan, masa berhibur) semata-mata nak mencari sebuah kejayaan... Mereka yang berjaya biasanya menundakan sedikit masa kegembiraan kerana mereka tahu yang mereka akan lebih gembira dan bahagia setelah mereka mengecapi kejaayan...


Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kak long beberapa bulan kebelakangan ni...dan ia mungkin satu turning point untuk kak long lebih berusaha memecut untuk mencapai kejayaan di dalam Shaklee.. Kak long mohon doa kalian agar kita sama-sama menuju ke puncak kejayaan!

p/s: Kak long masih menerima kehadiran ahli-ahli baru yang nak bersama-sama kak long menikmati kejayaan di dalam Shaklee

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, October 14, 2014

Overnight Oat.. Apakah itu?


Kat newsfeed FB kak long dah ramai terjangkit dengan OVERNIGHT OAT... Selama ni kak long dok memerhati je...tapi entah macamana boleh terasa nak menjoinkan diri pulak dengan trend baru ni (trend la sangat kan)

Sebenarnya macam-macam resipi yang kak long jumpa...google je overnight oat maka banyaklah blog-blog resipi mahupun blog-blog kesihatan yang memaparkan resipi mereka.

Secara asasnya Overnight Oat ni hanyalah oat yang direndam semalaman dengan sebarang jenis cecair (spesifik minuman ye...cecair selain minuman, kak long tak gerenti =) ) biasanya susu segar ataupun yogurt

Kenapa ia jadi trend? Sebab ia mudah dan rasanya memang sedap namun bergantung pada resipi korang lah.. Dan yang bestnya..ia sangat bagus diambil untuk mereka yang nak berdiet...

So korang boleh je cuba ikut resipi korang...kat bawah ni kak long cuba dengan resipi kak long sendiri...guna je apa yang ada kat dapur tu...

Resipi simple Overnight Oat kak long

Oat segera
Susu segar
ESP
Cinch Chocolate


Campurkan mengikut selera masing-masing dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.

Keluarkan keesokan harinya dan boleh nikmati terus... 
Boleh juga kalau korang nak tambah topping kat atas tu


psst...kak long taerlupa nak snap gambar jadi kak long pinjam gambar dari google ye...
IMG_4108-2Blog
Gambar ihsan Google



Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, October 2, 2014

PROMOSI OKTOBER







Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970