Tuesday, October 14, 2014

Overnight Oat.. Apakah itu?


Kat newsfeed FB kak long dah ramai terjangkit dengan OVERNIGHT OAT... Selama ni kak long dok memerhati je...tapi entah macamana boleh terasa nak menjoinkan diri pulak dengan trend baru ni (trend la sangat kan)

Sebenarnya macam-macam resipi yang kak long jumpa...google je overnight oat maka banyaklah blog-blog resipi mahupun blog-blog kesihatan yang memaparkan resipi mereka.

Secara asasnya Overnight Oat ni hanyalah oat yang direndam semalaman dengan sebarang jenis cecair (spesifik minuman ye...cecair selain minuman, kak long tak gerenti =) ) biasanya susu segar ataupun yogurt

Kenapa ia jadi trend? Sebab ia mudah dan rasanya memang sedap namun bergantung pada resipi korang lah.. Dan yang bestnya..ia sangat bagus diambil untuk mereka yang nak berdiet...

So korang boleh je cuba ikut resipi korang...kat bawah ni kak long cuba dengan resipi kak long sendiri...guna je apa yang ada kat dapur tu...

Resipi simple Overnight Oat kak long

Oat segera
Susu segar
ESP
Cinch Chocolate


Campurkan mengikut selera masing-masing dan biarkan semalaman dalam peti sejuk.

Keluarkan keesokan harinya dan boleh nikmati terus... 
Boleh juga kalau korang nak tambah topping kat atas tu


psst...kak long taerlupa nak snap gambar jadi kak long pinjam gambar dari google ye...
IMG_4108-2Blog
Gambar ihsan Google



Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970