Friday, November 21, 2014

Kenali BENTUK BADAN ANDA

Salam sayang 

Kebiasaannya bila kita sebut bentuk badan...mesti ramai yang terbayang pinggang ramping bagai ala ala gitar itu

Secara asasnya terdapat beberapa jenis bentuk badan namun secara umumnya yang banyak terdapat ialah bentuk Epal dan bentuk Pear


Nisbah ukur lilit pinggang dan pinggul ni dapat membantu kita mengenalpasti jenis bentuk badan kita. Selain itu, ia juga membantu sejauhmana penambahan berat badan kita kerana lazimnya penambahan berat badan ketara di dua bahagian ini, pinggang dan pinggul

Di bawah ini adalah formula pengiraan Nisbah ukurlilit pinggang dan pinggul:


WHR = Ukur Lilit Pinggang / Ukur Lilit Punggung


Gambar menunjukkan kawasan pinggang dan pinggul lelaki dan wanita

Nisbah ukuran pinggang dan punggung (WHR) adalah kaedah penentu untuk mengetahui bentuk badan baik dan ideal bagi setiap orang.

Caranya ialah membahagikan ukuran pinggang dengan punggung yang mana bagi wanita, ukurannya mestilah tidak melebihi 0.8 dan 1.0 bagi lelaki. Sekiranya nisbah WHR melebihi tahap ditentukan di atas, bermakna bentuk badan kurang cantik walaupun BMI anda dalam lingkungan normal".

* Jika Nisbahnya melebihi 0.8, badan anda berbentuk epal, lebih berisiko utuk sakit kerana lemak banyak terkumpul dibahagian perut@pertengahan badan.

* Jika Nisbah kurang dari 0.8, badan anda berbentuk pear, kurang risiko untuk dapat penyakit kerana berat berlebihan pada pinggul dan peha.

Sebarang pembelian produk Shaklee dari kak long layak mendapat konsultasi perucma hanya dari rahsiasihat.com

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970