Tuesday, November 11, 2014

KESAN AMBIL VITAMIN KETIKA HAMIL

Salam sayang buat semua pembaca setia kak long

Kak long percaya masih ada lagi ibu-ibu hamil yang di luar sana sekadar mengambil vitamin klinik ketika pemeriksaan rutin namun vitamin tersebut tidak dimakan. Antara alasan-alasan yang biasa diberikan adalah VITAMIN PENYEBAB BAYI BESAR.

Benarkah?


Sebenarnya, saiz bayi tidak dipengaruhi oleh pengambilan vitamin namun ia lebih dipengaruhi oleh tabiat pemakanan si ibu serta faktor keturunan.

Alhamdulillah, dalam keempat-empat kehamilan (satu keguguran), kak long memastikan yang kak long mengambil vitamin yang dibekalkan. Sebelum mengenali Shaklee, vitamin percuma yang diberikan oleh pihak klinik tetap kak long ambil.

Sebenarnya banyak kesan buruk jika si ibu yang hamil tadi tidak cukup nutrien untuk dibekalkan kepada anak-anak. Sebagai contoh, jika kandungan asid folik ibu tidak dapat menampung keperluan asid folik bayi, kecacatan spina bifida mungkin sekali terjadi. Asid folik penting dalam pembentukan saraf dan neuron bayi dalam kandungan,

Selain itu, sumber kalsium bayi sememangnya diperolehi dari ibu. Ibu-ibu yang tidak mengambil susu dalam menu seharian mereka wajib mengambil alternatif selain susu sebagai sumber kalsium. Kesannya bukan pada bayi namun si ibu yang menghadapinya. Teringat kak long selepas melahirkan Anas, sakit pinggang dan sakit badan silih berganti. Bila badan dah sakit, maka tanggungjawab sebagai ibu dan isteri kadangkala terabai. Apabila ke klinik, doktor memberi pil kalsium dan b complex untuk menangani masalah ini. Kebetulan, klinik panel kak long memang menggunakan produk Shaklee...jadi di sinilah detik pertama kak long berkenalan dengan SHAKLEE.

Sehingga sekarang, kak long masih lagi mengambil VITAMIN untuk kesihatan kak long apatah lagi kini kak long sedang menyusukan si comel Hanis pula. Keperluan setiap ibu pada setiap peringkat mungkin berbeza-beza namun Shaklee sememangnya menyediakan VITAMIN TERBAIK untuk setiap dari kita,

Untuk ibu-ibu atau bakal ibu, di bawah ini adalah antara set yang sesuai untuk kalian. Ia boleh disesuaikan mengikut kondisi serta bajet kalian. 



Untuk yang berada di sekitar Sitiawan, Manjung & Lumut, kita boleh bertemu muka untuk lebih penjelasan.... Manakala mereka yang di luar kawasan kak long, boleh hubungi kak long di nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970