Tuesday, December 9, 2014

Audit & Shaklee

Salam sayang 

Tajuk macam takde kaitan kan... Sebenarnya memang banyak kaitannya

Kak long bertindak sebagai Document Controller (ni salah satu task yang diberikan) di tempat kerja hakiki kak long... Jadi selain dari mengadap operasi setiap hari, antara tugasan nya adalah mengadap para auditor pula. Kami di sini memandangkan tempat pemprosesan makanan, maka terdapat beberapa sistem yang WAJIB kami patuhi. Antara sistem persijilan yang ada termasuklah ISO9001:2008, FSSC 22000 dan HALAL.

Dengan adanya sistem-sistem ini, maka secara langsung AUDIT perlu dilakukan. Bila cakap je Audit...mesti ramai yang mengeluh. Maklumlah bila cakap mengenai audit, ramai yang menyangka ia adalah salah satu cara cari salah... Sebenarnya fahaman macam tu sangat tidak benar. Audit banyak membantu syarikat kak long dalam memastikan semua prosedur dipatuhi. Kalau tiada audit, lebih banyak ketidakpatuhan yang mungkin kita sedari atau tidak.





Kebiasaannya, ketika audit memang akan ada tekanan. Baik oleh pengaudit mahupun yang diaudit. Bulan November dan Disember memang bulan audit kak long. Jadi untuk menangani rasa ketidakstabilan emosi serta tekanan luaran dan dalaman, kak long akan mengambil B COMPLEX. Dan pilihan kak long pastinya B COMPLEX SHAKLEE.


Kenapa B COMPLEX? 

B COMPLEX Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Antara kandungan vitamin B yang ada termasuklah B5 yang dikenali sebagai PANTOTHENATE.
B5 ini memang sangat dikenali sebagai VITAMIN ANTI STRESS

Kebiasaannya...kak long akan mengambil 1-2 biji sehari namun jika ada audit, extra dose sehingga 4 biji sehari. Jangan risau sebab B complex adalah vitamin larut air. Pengambilan perlu disertai dengan minum air kosong sekurangnya 3 Liter sehari untuk memastikan penyerapan adalah optimum.

Jika korang di luar sana sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah yang menyebabkan korang STRESS... maka sangat elok pengambilan B Complex dimulakan.

Nak mencuba B COMPLEX Shaklee? Roger sahaja nombor di bawah


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970