Friday, December 5, 2014

HANIS dan HFMD

Beberapa hari yang lepas, kak long ada memuatnaik status di FB kak long berkaitan si comel HANIS


Ada yang pm bertanyakan apa itu HFMD dan bagaimana kak long menanganinya.

Jadi petang ni akk long nak kongsikan dengan kalian apa itu HFMD atau nama panjangnya Hand, Foot & Mouth disease (penyakit Kaki, tangan dan mulut)


Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71)
Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 
Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. 
HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri
Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

dipetik dari lama web rasmi www.moh.gov.my

Kak long turut membawa Hanis ke pakar kanak-kanak untuk memastikan tahap kesihatannya...menurut doktor tersebut tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan jika selepas 3 hari, demam Hanis tidak kebah, Hanis perlu dibawa sekali lagi ke klinik.
Pakar tersebut sekadar memberi lotion untuk mengurangkan kegatalan dan krim untuk mengelakkan luka.

Lazimnya, untuk pesakit HFMD ini, hanya pastikan mereka mengambil air yang cukup untuk mengelakkan mereka dehidrasi, dan sangat digalakkan memberi makan makanan/ minuman yang sejuk seperti aiskrim vanila dan jus buah.

HFMD sangat mudah berjangkit terutamanya kepada kanak-kanak di bawah 8 tahun. 
Oleh sebab itu, sebaik sahaja kak long mengetahui yang Hanis kena jangkitan HFMD, semua cadar dan alat permainan kak long rendamkan di dalam Basic H. Lantai dimop 2 kali sehari menggunakan Basic H (sebelum ni kak long mop berselang hari). Basic H ni bagus sebab ia dihasilkan dari bahan organik dan tidak bertoksik.


Selain dari itu, kak long turut memberikan Hanis sebiji OMEGA GUARD setiap hari ketika dia tidak sihat. Pada kebiasaannya, seminggu 2-3 biji sudah memadai. Omega membantu meningkatkan imuniti Hanis di samping agen antiinflamasi. Bintik-bintik merah yang tumbuh di seleuruh badan Hanis sememangnya gatal namun dengan mengambil Omega, kak long nampak Hnais kurang menggaru. Malah selepas 3 hari, bintik-bintik yang tumbuh tu semkain berkurang dan mengering.


Dan hari ini, hari kelima Hanis dijangkiti HFMD, kesihatan Hanis semakin pulih dan Hanis semakin bijak... (Orang tua-tua kata...budak-budak demam nak dapat akal...) 



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970