Monday, September 28, 2015

Jalan-jalan Raya Haji

Salam sayang 

Alhamdulillah selesai sudah merayakan Hari Raya AidilAdha...

Seronok kali ni balik kampung....Dapat bertemu muka dengan bidadari syurga kesayangan kami merupakan nikmat terindah dalam kehidupan..

Kak long sekeluarga pulang ke Mersing dan Seremban kali ni malah sempat singgah ke Batu Pahat meraikan perkahwinan sepupu kak long... Izzudin dan Erin...

Sementara tengah memanaskan keyboard untuk membuat kerja-kerja dan laporan untuk bulan ni.... Jom layan dulu gambar-gambar gelagat anak-anak bersama pengantin 2 sejoli... (Maaf ye gambar kak long takde pun sebab Mek Nis bizi nak tidur masa sesi bergambar ni)

Anak-anak hijack pelamin pengantin

Free style bersama pengantin

Adik dan adik ipar kak long

Bertukar ke ULTRAMAN!

Belanja sikit gambar Mek Nis sebelum dia beradu...

Malu-malu alah...

Tersenyum bila ada mamat mengorat hehehe...

Hari ni Mek Nis demam selesema... Mana taknye masa majlis tu kebetulan makcik kak long menyediakan booth aiskim...budak-budak ni sakan la makan airskrim free... Mek Nis sahaja 3 calong...Takpelah ye...buat ubat... Ibu doakan Mek Nis sembuh hendaknya hari ni...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Korang... Jangan lupa ye.. PROMOSI ESP masih berlangsung sehingga 30 hb ni... Cepat dapatkan sebelum terlambat







Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, September 24, 2015

Salam AIDILADHA!

Salam sayang

Semoga kita dapat sama-sama memaknai ERTI PENGORBANAN ini



 Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, September 23, 2015

VITAMIN UNTUK MAK ABAH

Salam sayang 

Esok dah Hari Raya Aidil Adha... atau orang sebut Raya Haji aka Raya Korban

Ada yang pulang ke kampung? In shaa Allah petang ni kak long sekeluarga akan bertolak balik ke Seremban terlebih dahulu...Kemudian lepas solat raya gerak ke Mersing pula...Dan selepas Jumaat, kami ke Batu Pahat...

Kebetulan sepupu kak long ada majlis perkahwinan hari Sabtu tu.. Jadi dapatlah kami ke Batu Pahat semalam dua.. Batu Pahat ni syurga makan kalau nak tau...kami adik-beradik kalau balik Batu Pahat memang dah siap sedia list panjang nak ke mana untuk JJCM (jalan-jalan cari makan)...

Okay..kita lupakan sebentar kisah makan di atas tu...

Apa buah tangan korang bila pulang ke kampung jumpa mak dan abah ye... Ada yang kata bawa balik kek, biskut dan pelbagai makanan...Ada yang kata bawa balik kain pasang, baju baru atau pakaian baru buat orang tua...

Apa kata untuk tahun ni..korang belikan VITAMIN untuk mak abah korang tu... vitamin paling sesuai buat mereka adalah ADVANCED JOINT HEALTH TABLET.


Kenapa kak long kata sesuai? Sebab, bila umur dah makin meningkat, bendalir sinovia pada sendi-sendi kita mula berkurang...senang cakap, sendi kita mula haus..sendi yang paling mudah terasa adalah SENDI LUTUT... Kita memang banyak menggunakan sendi lutut..untuk berjalan, melangkah, melompat, duduk malah aktiviti dalam solat turut melibatkan sendi lutut...

Kadang-kadang kita yang muda pun terasa lenguhnya kan... Apatah lagi orang tua kita...ye tak? AJHT bertindak dengan 3 cara (boleh rujuk gambar di bawah ni)




Betul-betul berkesan ke? 
Shaklee sememangnya akan membuat UJIAN KLINIKAL 
sebelum apa-apa produk diluluskan untuk jualan


Harga ADVANCED JOINT HEALTH TABLET @ AJHT hanyalah RM124 dan mempunyai 60 biji


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, September 22, 2015

BASIC H yang SUPERB!!!

Salam sayang 

Cerita BASIC H ni tak habis lagi...

Kalau semalam kak long kongsikan testimoni BASIC H ni...hari ni kak long nak kongsikan pula apa sebenarnya produk BASIC H ni...

BASIC H ni adalah pencuci yang boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Perghhh...memang produk otai la senang cakap BASIC H ni..


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.

 Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Secara personal, bagi kak long  Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi  kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. 

Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Dengan BASIC H...korang lebih SELAMAT! Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak dan kepekatan berganda.

 Kat bawah ni pula jadual penggunaan BASIC H...korang boleh amik jadual ni sebagai rujukan ye...


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, September 21, 2015

Baju lama & Basic H

Salam sayang buat pembaca setia kak long...

Sebenarnya ada beberapa draft entry yang telah siap kak long tuliskan...Ia berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga sejak Mei 2015...

Tapi tu lah masalahnya...bila dah siap...hati pula berat nak publish...masih tak sampai rasanya di hati ni nak ceritakan....tunggu lah ye...jika hati dah ringan nanti kak long publishkan..

Minggu ni minggu yang agak santai buat kak long...ye lah sebelum ni jadual agak ketat dengan audit luaran dan dalaman (sejak beberapa bulan lepas)...jadi minggu ni memang dinanti-nanti...apatah lagi minggu ni ada school break dan Khamis akan datang ni adalah Hari Raya Haji maka memang terasa sungguh santainya tu...

Beberapa hari lepas kak long dah mula packing baju anak-anak nak balik beraya nanti kan...(excited sungguh ni..). Sambil packing tu, packing sekali baju lama-lama yang nak dibawa balik untuk program FREE MARKET. Program ni bertujuan untuk memberikan pakaian atau barangan terpakai yang masih elok kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Biasalah kan...baju-baju lama ni bila dah simpan lama, warnanya boleh berubah ke kekuning-kuningan... Biasanya korang guna sabun apa? Atau korang guna peluntur? Untuk baju-baju lama ni hatta baju sekolah anak-anak..pilihan kak long adalah BASIC H...

Tak susah mana....sekadar rendamkan baju-baju tersebut dan titiskan beberapa titis BASIC H... Kak long rendamkan dalam 15 minit dan basuh...Kak long tak amik gambar tapi kak long pinjam gambar di bawah sebagai testimoni ye

sumber: www.jurnalmama.com

BASIC H ni bukan sahaja boleh digunakan untuk pakaian malah kasut sekolah, barangan dapur seperti kuali, membersihkan lantai dan tandas... Kiranya BASIC H ni multipurpose cleaner .... Yang bestnya lagi...ia bebas dari fosfat.. Kita guna bahan pencuci pada masa yang sama menjaga alam sekitar... Memang TERBAIK!!



Sebotol BASIC H ni harganya RM46 dan mengandungi 16 oz = 470mL... 
Sepanjang kak long guna BASIC H ni boleh bertahan 4-5 bulan untuk sebotol...
Nilai yang sungguh berbaloi-baloi..


Kak Long Shaklee
Nur Adha Mansor
019-798-7970
COD: Sitiawan, Manjung & Lumut

Wednesday, May 27, 2015

LANGKAH KESELAMATAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO PANAHAN KILAT

Assalamualaikum semua

Hari ni kak long nak share sesuatu yang kak long dapat dari FB.

Moga ia bermanfaat buat kita semua

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tahukah anda bahawa negara kita Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo.

Namun negara kita tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa.

Bak kata seorang jurutera perunding dan pakar kilat Encik Hartono Zainal Abidin dalam artikel akhbar The Star, “We shouldn’t wait until lightning strikes a VIP before we take strong action.”

Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-

LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)
1). Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

2). Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.

LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah)

1). Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.

2). Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.

3). Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.

4). Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.

5). Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.

6). Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).

7). Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.

8). Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.

9). Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.

10). Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.

LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)
1). Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.

2). Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.

3). Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.

4). Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.

5). Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970
nuradhamansor@yahoo.com

Thursday, May 21, 2015

Aneurysm - Bengkak Salur Darah

Salam sayang 

Beberapa ketika dahulu, heboh seketika di media sosial dan blog mengenai kematian seorang pelajar KKSB yang dikatakan mengambil beberapa suplemen serentak. Malangnya salah satu suplemen yang diambil adalah Shaklee

Namun Alhamdulillah, kebenaran terbongkar... Suplemen bukanlah penyebabnya... Penyebab utama kematian beliau adalah kerana ANEURYSM. (Al-Fatihah buat Allahyarhamah... Moga diletakkan di kalangan mereka yang beriman)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi hari ni kak long nak kongsikan dengan korang berkaitan ANEURYSM ni...


ANEURYSM adalah satu keadaan di mana terdapat pebezaan pada salur darah sama ada ia mengalami pembengkakan atau menggelembung. Lazimnya ia terjadi sejak dari lahir lagi. 
Aneurysm boleh terjadi pada satu salur dara (single aneurysm) atau banyak salur darah (multiple aneurysm).

Aneurysm boleh terjadi pada mana-mana bahagian badan namun lazimnya di kepala dan dada. Ia boleh terjadi pada sesiapa sahaja.

Pembengkakan salur darah ini boleh menjadi lebih teruk jika mengalami tekanan darah tinggi yang mana ia menyebabkan kulit salur darah makin menipis dan merening lalu menyebabkan ia "pecah" (ruptured aneurysm)




Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, May 20, 2015

ALFALFA SHAKLEE

Salam sayang 

Sekarang ni dah macam-macam benda nak diviralkan. Banyak-banyak suplemen.. Kak long rasa SHAKLEE antara produk yang HOT dan selalu jadi mangsa VIRAL

Takpe...macam yang selalu orang kata.. Produk yang bagus dan berkesan memang selalu jadi mangsa... Yang penting Pengedar Shaklee harus menambah lagi ilmu mereka supaya dapat memberi konsultasi kepada pelanggan dengan lebih baik

Mengenai kes yang viral baru-baru ni berkaitan ALFALFA... Pihak Pengurusan Shaklee telahpun mengeluarkan satu MEMO berkaitannya... 

Ini part yang paling kak long suka..sebab Shaklee merupakan syarikat yang mementingkan KESELAMATAN PRODUK serta KEBERKESANAN PRODUK. 

Pelaburan jutaan ringgit diberikan khusus untuk bahagian R&D Shaklee bagi memastikan produk yang dihasilkan SENTIASA SELAMAT dan SENTIASA BERKESAN. 

Jadi jika ada di antara korang yang mengalami simptom yang pelik-pelik lepas mengambil produk Shaklee... hubungi je nombor di atas... Tak perlu nak viralkan lagi ye...

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Thursday, May 7, 2015

Hobi MEMBACA

Salam sayang semua

Minggu ni minggu bercuti buat kami warga negeri Perak...Bermula dengan 1 Mei (Hari Pekerja) kemudian 3 Mei (diganti 4 Mei - Hari Wesak) dan 6 Mei (Pertabalan Sultan Perak).. mood nak bekerja agak lemau lah jugak tapi walaubagaimanapun...tugas hakiki perlu dilaksanakan dengan penuh amanah

Hari ni nak buat entry ala-ala "throwback" gitu...

Teringat masa kak long kecik-kecik dulu ala masa zaman sekolah rendah... Setiap bulan tak sabar menunggu orang menghantar majalah... Bambino..Bujal..Kuntum antara bahan bacaan kami. Malah adakalanya kami bergaduh sesama sendiri sebab nak berlumba siapa dapat baca dulu..kelakar bila diingat semula... Malah setiap kali majlis penghargaan sekolah..hadiah yang diberi oleh mak dan papa mahupun guru sekolah ketika itu...BUKU CERITA..

Ada satu buku yang dihadiahkan tu agak tebal dan menjadi buku kegemaran kak long sehingga lunyai buku tu dek terlalu kerap dibaca hehe

Papa kak long sangat mendorong kami membaca pelbagai jenis buku. Berset-set buku dibelikan buat kami..Ensiklopedia..Kamus Dewan..Activator..dibelikan dan digalakkan kami membaca.. Ada ke orang baca kamus? Ada..kak long salah seorang antara mereka hehehe...

Kebanyakan masa kak long habiskan dengan bahan bacaan berbahasa Melayu.. Antara buku bersiri adalah terjemahan dari Enid Blyton, Nancy Drew, Alfred Hitchcock... Oh memang rindu saat-saat  itu...

Korang pulak masa kecik-kecik suka tak membaca? Seronok sebenarnya membaca ni...sebab sambil kita membaca, fikiran kita akan berimaginasi...membayangkan jalan cerita dan kak long sendiri akan memasukkan salah satu watak dalam cerita tu ke dalam diri kak long... Kalau nak ikutkan boleh je habis baca 1 set buku-buku tu....tapi sebagai kakak sulung..kenalah tolong mak dan papa jaga kedai..jaga adik semua kan... Biasa 1 buku sehari hingga 3 hari untuk kak long habiskan.

Sekarang ni kak long tengah mencari semula buku-buku yang lama- lama ni...nak wariskan buat anak cucu kak long... Buku-buku lama kak long mak dah agihkan pada sedara mara lain malah ada yang hanyut ketika banjir dulu (sedihnye..)

Jom kita budayakan semula SIKAP SUKA MEMBACA... Tak rugi malah banyak pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi dengan membaca... 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, April 15, 2015

Krim Pelbagai Guna - HERBAL BLEND CREAM

Assalamualaikum

Apa khabar anda semua hari ni? Alhamdulillah..syukur kami sekeluarga diberi rezeki kesihatan yang baik...semoga kalian juga begitu

Kak long nak tanyalah..khusus untuk mereka yang berada di dapur, selalu tak tangan korang kering dan menggelupas selepas mencuci pinggan mangkuk periuk belanga bagai...

Tangan kak long ni boleh dikategorikan sebagai sensitif..bila tersilap sabun pencuci, boleh jadi gatal-gatal atau kering dan luka-luka... Macam gambar kat bawah ni la...
Jadi setiap kali lepas kerja mencuci siap...losyen tangan wajib kak long pakai untuk elak ia menjadi lebih teruk.

Ihsan google

Sebelum mengenali Shaklee, kak long gunakan aje losyen bayi yang biasa di pasaran tu. Nampak kesan positif...Namun selepas mengenali Shaklee, kak long mencuba pula HERBAL BLEND CREAM yang pada asasnya adalah dari bahan semulajadi dan herba...ye ianya terbukti bagus untuk melembapkan kulit dan sangat bagus untuk ruam

Kak long pakai setiap kali lepas mencuci pinggan dan sebelum tidur. Ianya tak berminyak dan kulit terasa ringan..berbanding dengan losyen lain yang agak "berat & berminyak", Herbal Blend Cream memang best bila kita memakainya..

Antara kebaikan Herbal Blend Cream

Bila dah mula gunakan Herbal Blend Cream ni,.memang tak tengok ke belakang dah....Setiap hari tanpa culas krim ni lah peneman setia...

Sekarang ni bukan kak long je yang pakai.. En suami pun pakai juga...bukan nak licinkan kulit tapi ia mampu memberi kelegaan pada otot yang lenguh atau badan yang sakit-sakit... Setiap kali selepas bersukan, en suami pasti menyapu krim ni di bahagian kaki dan tangan beliau, ia lebih menyegarkan.

Anak-anak kak long pun tak terlepas dari menggunakan krim ni...Gigitan nyamuk dan semut bukan masalah buat mereka...Sekadar sapukan nipis di bahagian yang terkena gigitan, ia pasti lega dengan cepat...

HERBAL BLEND CREAM ~ TEMAN KAMI SEISI KELUARGA

Teman anda?

Hubungi saya

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, April 7, 2015

Pengambilan SET KURUS SHAKLEE

Salam sayang 

Sebelum ni kak long dah kongsikan SET KURUS SHAKLEE kan...

Ada yang bertanya, perlukah ambil setiap satu seperti yang dicadangkan.... Secara personal kak long akan katakan ia perlu. Kenapa?

Sebab setiap langkah yang ditunjukkan adalah bertujuan untuk memastikan produk yang diambil berkesan.

Di bawah ni kak long berikan cara PENGAMBILAN SET KURUS SHAKLEE 


Hari 1 - Hari 3

Langkah detox perlu dilakukan. Ini untuk memastikan selepas ini, proses penyingkiran lemak dan penyerapan vitamin berlaku dengan efisien
Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
atau Ambil 4 biji herblax sebelum tidur

Hari 4 dan seterusnya

Ambil 3 biji Alfalfa sebelum sarapan (peringatan: Maksimum Alfalfa boleh diambil 10 biji namaun untuk peringkat awal mulakan dengan dos yang rendah)
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan tengahari
Ambil Lecithin 3 biji selepas makan malam
** Jika anda mengambil Cinch Shake; Sarapan dan Makan Malam anda boleh diganti dengan pengambilan 2 scoop Cinch Shake
Cinch Shake bertindak sebagai meal replacer

Setiap hujung minggu

Ambil 4 biji herblax sebelum tidur


Diharapkan cara-cara di atas membantu anda dalam menjalani diet dengan lebih berkesan.

Ada yang nak mencuba SET KURUS SHAKLE???

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Saturday, April 4, 2015

KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE

Salam sayang 

Kak long mula mengamalkan Zinc selepas melahirkan Hanis...hehe baru je sebelum ni ambil tak kisah pasal Zinc. Sepanjang berpantang tu memang tak pernah culas amik Zinc. Alhamdulillah luka bersalin dalam seminggu dah sembuh (jika sebelum ni 2-3 minggu) dan yang seronoknya... Rambut kak long sangat kurang gugur... mungkin kesan makan Zinc & amalkan ESP juga

Sehingga sekarang kak long masih mengamalkan Zinc almaklum, hormon semasa menyusukan agar berterabur dan menyebabkan jerawat kembali muncul...Jadi Zinc sangat membantu mengurangkan jerawat di samping memulihkan kulit yang berjerawat tu

Sebenarnya Zinc bukan sahaja terhad untuk luka dan rambut malah Zinc antara mikronutrien yang penting dalam memastikan aktiviti sel kita berjalan dengan lancar...

Jom kak long kongsikan apa kebaikan ZINC COMPLEX SHAKLEE ni

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim
Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen
Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties
Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku
Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem ImunMembantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka
Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat

Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki
Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita
Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit

Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau
Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).

Banyakkan FUNGSI ZINC sebenarnya...

Mahal ke ZINC COMPLEX SHAKLEE ni?

Dengan hanya RM33.75 anda memperolehi 
sehingga 120 biji Zinc &
 boleh dikonsumsi sehingga 4 bulan... 

Image result for zinc shaklee 

Berminat nak mencuba?

Roger sahaja nombor di bawah

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
 019-7987970

Friday, April 3, 2015

KOLIN dalam LECITHIN

Salam sayang 

Selama ni kita kenal LECITHIN sebagai PENGEMULSI LEMAK...maksudnya ia bagus untuk MISI KURUS... Tapi hari ni kak long nak share yang LECITHIN sangat bagus untuk KESIHATAN OTAK

Kenapa?

Dalam LECITHIN, salah satu unsur yang ada adalah KOLIN.

Jom kita kenal KOLIN tu apa...

Apa itu KOLIN?

Kolin adalah nutrien yang mempunyai struktur menyerupai vitamin B. Ia adalah sejenis asid lemak dan boleh dijumpai di dalam LECITHIN. Tubuh kita boleh menghasilkan KOLIN namun keperluan KOLIN perlu diambil dari sumber luar bagi memenuhi jumlah yang perlu


Kolin adalah nutrien yang larut dalam air sehingga tidak dapat disimpan lama di dalam tubuh. Kelebihan kolin dalam tubuh akan dikeluarkan dari tubuh melalui urine. Oleh karena itu memenuhi keperluan harian kolin sangat disarankan bagi setiap orang.


Contoh bahan makanan yang banyak mengandungi kolin seperti telur, daging ayam, remis, udang, daging lembu, ikan sardin, asparagus, tomato, kacang soya


Image result for kolin dan otak


Untuk fungsi otak

KOLIN berfungsi untuk mengaktifkan neurotransmitter dalam otak sekaligus meningkatkan keupayaan otak.



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, April 2, 2015

MISI KURUS 2015 ~ SET KURUS YANG MANTOP!!!

Salam sayang 

Alhamdulillah... Dah masuk hari kedua bulan April...bagi SID Shaklee, ia merupakan bulan kedua dalam cycle baru.

Semalam kak long dah umumkan apa promo terbaru bulan ni...yang pasti SET KURUS pasti mengungguli carta.... Shaklee ada produk kuruskan badan ke?... Eh mestilah ada... Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca

3 langkah bagaimana Shaklee membantu MISI KURUS ANDA!

Image result for cinch shaklee


Pertama: Detox

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Kenapa perlu detox? 
Detox perlu kerana usus merupakan tempat di mana nutrien diserap pada masa yang sama, kotoran atau sisa nutrien yang tidak diserap oleh badan akan tertinggal di dinding usus. Sebab itulah, perlunya kita mencuci usus. Usus bersih, nutrien dapat diserap secara optimum

Produk detox yang sesuai adalah Herb-lax atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Herb-lax pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit kerana ia dihasilkan dari daun senna yang memang dikenali sebagai julap semulajadi

Kedua: Pemecahan lemak

Terdapat dua produk di Shaklee yang membantu proses pemecahan molekul lemak. Salah satunya adalah Lecithin. Lecithin merupakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak itu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak daripada melekat pada dinding membran. Lecithin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Ketiga: Membina Otot dengan Protein

Kenapa perlu mengambil protein? Apabila kita mengambil produk yang memecahkan lemak, pasti ada ruang kosong yang tertinggal. Otot yang dihasilkan dari protein membantu mengisi ruang kosong tersebut. Ia sekaligus menjadikan bentuk badan lebih solid dan risiko kulit menggeleber tiada. Kulit lebih tegang dan lebih sihat.

Kandungan LEUCINE yang tinggi dalam Cinch Shake sangat membantu dalam membina otot.
Berbanding ESP, kandungan kalori dalam Cinch Shake lebih rendah dan sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet


Jika anda berminat dengan PROGRAM SHAPE UP SHAKLEE boleh terus hubungi nombor di bawah ye


Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970