Posts

Showing posts from January, 2015

Pembuka 2015 yang Cemerlang

Image
Salam sayang 

Alhamdulillah hari ni genap seminggu pertama di bulan Januari 2015.

Bila bercakap tahun baru ramai yang bercakap tentang AZAM baru hakikatnya berapa ramai di luar sana yang benar-benar istiqamah dengan azam dan impian yang dilafaz di awal tahun.

Tahun 2014 menutup tirainya... Buat diri kak long Alhamdulillah sedikit sebanyak, ada beberapa azam yang tertunai antaranya nak membeli rumah sendiri dan bebas hutang kad kredit.

Dan buat tahun 2015 ini, masih meneruskan azam untuk terus BEBAS HUTANG untuk mendapatkan KEBEBASAN KEWANGAN serta menaiktaraf kehidupan keluarga sendiri serta orang lain.

Syukur kerana hasil menabung bersama UNIT TRUST, hari ni mencatat sejarah penting dalam hidup kak long... Nak tahu apa dia?

Hari ini dengan rasminya kak long telah berjaya melangsaikan HUTANG PTPTN yang dah sekian lama menghantui kehidupan hehehe... Rasanya siapa yang pinjam PTPTN tahu bagaimana azabnya ye... Alhamdulillah, layak juga untuk rebat 20%.


Kak long sangat-sangat menyeru me…