Friday, February 6, 2015

Tips Menangani Anak-anak Nakal

Salam sayang 


Biasakan dengan "ANAK NAKAL".

Pada kak long, kanak-kanak yang nakal adalah mereka yang kreatif dan bijak. Tapi adakala kenakalan mereka menyebabkan ibu atau ayah mula "naik angin". Jadi Kak long nak kongsikan beberapa tips untuk menangani anak-anak yang nakal ni

Sumber

Tips 1 ~ Pergi ke arah mereka

Biasanya kita cenderung untuk menjerit jika kita ternampak mereka melakukan perkara yang salah. Apa kata kita ubah dengan bergerak ke arah mereka, bercakap-cakap dengan lembut dan memberitahu perkara yang mereka lakukan adalah satu kesalaha

Tips 2 ~ Selalu mengulang nasihat

Lazimnya kita beri nasihat jika dah buat salah... Bila jadi macam ni, ia disalah anggap sebagai membebel. Jadi selepas ini, sentiasa menasihati mereka walaupun ketika mereka sedang bergembira. Malah ia lebih baik kerana lebih mudah diterima dan dipatuhi

Tips 3 ~ Bercerita

Selalu bercerita dengan anak-anak, terutamanya kisah-kisah teladan mampu membuat mereka berfikir dan mengurangkan darjah kenakalan mereka

Tips 4 ~ Sentiasa berwudhuk dan berdoa

Ajar anak-anak agar sentiasa dekat dengan Allah, Maha Pencipta. Ibu bapa haru sentiasa berdoa agar diberi kemudahan dalam mendidik anak-anak

Tips 5 ~ Mohon bantuan pihak ketiga

Jika di sekolah, mintalah bantuan dari guru. Jika di rumah dan kemarahan tidak dapat dikawal, mohon bantuan suami atau pembantu rumah. Jika tiada, ambil masa untuk menyejukkan diri.

Jadi harapnya dengan perubahan yang kita ibu bapa ni lakukan, akan mengurangkan kenakalan anak-anak kita semua

#screamingfreeparenting

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970