Thursday, May 7, 2015

Hobi MEMBACA

Salam sayang semua

Minggu ni minggu bercuti buat kami warga negeri Perak...Bermula dengan 1 Mei (Hari Pekerja) kemudian 3 Mei (diganti 4 Mei - Hari Wesak) dan 6 Mei (Pertabalan Sultan Perak).. mood nak bekerja agak lemau lah jugak tapi walaubagaimanapun...tugas hakiki perlu dilaksanakan dengan penuh amanah

Hari ni nak buat entry ala-ala "throwback" gitu...

Teringat masa kak long kecik-kecik dulu ala masa zaman sekolah rendah... Setiap bulan tak sabar menunggu orang menghantar majalah... Bambino..Bujal..Kuntum antara bahan bacaan kami. Malah adakalanya kami bergaduh sesama sendiri sebab nak berlumba siapa dapat baca dulu..kelakar bila diingat semula... Malah setiap kali majlis penghargaan sekolah..hadiah yang diberi oleh mak dan papa mahupun guru sekolah ketika itu...BUKU CERITA..

Ada satu buku yang dihadiahkan tu agak tebal dan menjadi buku kegemaran kak long sehingga lunyai buku tu dek terlalu kerap dibaca hehe

Papa kak long sangat mendorong kami membaca pelbagai jenis buku. Berset-set buku dibelikan buat kami..Ensiklopedia..Kamus Dewan..Activator..dibelikan dan digalakkan kami membaca.. Ada ke orang baca kamus? Ada..kak long salah seorang antara mereka hehehe...

Kebanyakan masa kak long habiskan dengan bahan bacaan berbahasa Melayu.. Antara buku bersiri adalah terjemahan dari Enid Blyton, Nancy Drew, Alfred Hitchcock... Oh memang rindu saat-saat  itu...

Korang pulak masa kecik-kecik suka tak membaca? Seronok sebenarnya membaca ni...sebab sambil kita membaca, fikiran kita akan berimaginasi...membayangkan jalan cerita dan kak long sendiri akan memasukkan salah satu watak dalam cerita tu ke dalam diri kak long... Kalau nak ikutkan boleh je habis baca 1 set buku-buku tu....tapi sebagai kakak sulung..kenalah tolong mak dan papa jaga kedai..jaga adik semua kan... Biasa 1 buku sehari hingga 3 hari untuk kak long habiskan.

Sekarang ni kak long tengah mencari semula buku-buku yang lama- lama ni...nak wariskan buat anak cucu kak long... Buku-buku lama kak long mak dah agihkan pada sedara mara lain malah ada yang hanyut ketika banjir dulu (sedihnye..)

Jom kita budayakan semula SIKAP SUKA MEMBACA... Tak rugi malah banyak pengetahuan dan pengalaman yang kita perolehi dengan membaca... 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970