Posts

Showing posts from September, 2015

Jalan-jalan Raya Haji

Image
Salam sayang 

Alhamdulillah selesai sudah merayakan Hari Raya AidilAdha...

Seronok kali ni balik kampung....Dapat bertemu muka dengan bidadari syurga kesayangan kami merupakan nikmat terindah dalam kehidupan..

Kak long sekeluarga pulang ke Mersing dan Seremban kali ni malah sempat singgah ke Batu Pahat meraikan perkahwinan sepupu kak long... Izzudin dan Erin...

Sementara tengah memanaskan keyboard untuk membuat kerja-kerja dan laporan untuk bulan ni.... Jom layan dulu gambar-gambar gelagat anak-anak bersama pengantin 2 sejoli... (Maaf ye gambar kak long takde pun sebab Mek Nis bizi nak tidur masa sesi bergambar ni)





Belanja sikit gambar Mek Nis sebelum dia beradu...


Hari ni Mek Nis demam selesema... Mana taknye masa majlis tu kebetulan makcik kak long menyediakan booth aiskim...budak-budak ni sakan la makan airskrim free... Mek Nis sahaja 3 calong...Takpelah ye...buat ubat... Ibu doakan Mek Nis sembuh hendaknya hari ni...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Korang…

Salam AIDILADHA!

Image
Salam sayang

Semoga kita dapat sama-sama memaknai ERTI PENGORBANAN ini


 Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

VITAMIN UNTUK MAK ABAH

Image
Salam sayang 

Esok dah Hari Raya Aidil Adha... atau orang sebut Raya Haji aka Raya Korban

Ada yang pulang ke kampung? In shaa Allah petang ni kak long sekeluarga akan bertolak balik ke Seremban terlebih dahulu...Kemudian lepas solat raya gerak ke Mersing pula...Dan selepas Jumaat, kami ke Batu Pahat...

Kebetulan sepupu kak long ada majlis perkahwinan hari Sabtu tu.. Jadi dapatlah kami ke Batu Pahat semalam dua.. Batu Pahat ni syurga makan kalau nak tau...kami adik-beradik kalau balik Batu Pahat memang dah siap sedia list panjang nak ke mana untuk JJCM (jalan-jalan cari makan)...

Okay..kita lupakan sebentar kisah makan di atas tu...

Apa buah tangan korang bila pulang ke kampung jumpa mak dan abah ye... Ada yang kata bawa balik kek, biskut dan pelbagai makanan...Ada yang kata bawa balik kain pasang, baju baru atau pakaian baru buat orang tua...

Apa kata untuk tahun ni..korang belikan VITAMIN untuk mak abah korang tu... vitamin paling sesuai buat mereka adalah ADVANCED JOINT HEALTH TABL…

BASIC H yang SUPERB!!!

Image
Salam sayang 

Cerita BASIC H ni tak habis lagi...

Kalau semalam kak long kongsikan testimoni BASIC H ni...hari ni kak long nak kongsikan pula apa sebenarnya produk BASIC H ni...

BASIC H ni adalah pencuci yang boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Perghhh...memang produk otai la senang cakap BASIC H ni..

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 
Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.
 Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Secara personal, bagi kak long  Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi  kebanyakan bahan pencuci serba…

Baju lama & Basic H

Image
Salam sayang buat pembaca setia kak long...

Sebenarnya ada beberapa draft entry yang telah siap kak long tuliskan...Ia berkaitan dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga sejak Mei 2015...

Tapi tu lah masalahnya...bila dah siap...hati pula berat nak publish...masih tak sampai rasanya di hati ni nak ceritakan....tunggu lah ye...jika hati dah ringan nanti kak long publishkan..

Minggu ni minggu yang agak santai buat kak long...ye lah sebelum ni jadual agak ketat dengan audit luaran dan dalaman (sejak beberapa bulan lepas)...jadi minggu ni memang dinanti-nanti...apatah lagi minggu ni ada school break dan Khamis akan datang ni adalah Hari Raya Haji maka memang terasa sungguh santainya tu...

Beberapa hari lepas kak long dah mula packing baju anak-anak nak balik beraya nanti kan...(excited sungguh ni..). Sambil packing tu, packing sekali baju lama-lama yang nak dibawa balik untuk program FREE MARKET. Program ni bertujuan untuk memberikan pakaian atau barangan terpakai yang masi…