Tuesday, September 22, 2015

BASIC H yang SUPERB!!!

Salam sayang 

Cerita BASIC H ni tak habis lagi...

Kalau semalam kak long kongsikan testimoni BASIC H ni...hari ni kak long nak kongsikan pula apa sebenarnya produk BASIC H ni...

BASIC H ni adalah pencuci yang boleh dibiodegradasi dan tidak bertoksik yang pertama dikeluarkan oleh Shaklee pada tahun 1960. Perghhh...memang produk otai la senang cakap BASIC H ni..


Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 

Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai.

 Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.


Secara personal, bagi kak long  Basic H adalah pencuci serbaguna yang wajib ada. Memang lah sekarang ni ada macam-macam pencuci serbaguna tapi  kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. 

Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Dengan BASIC H...korang lebih SELAMAT! Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak dan kepekatan berganda.

 Kat bawah ni pula jadual penggunaan BASIC H...korang boleh amik jadual ni sebagai rujukan ye...


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee
Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970