Wednesday, November 2, 2016

Tabung untuk Sesi Persekolahan Baru

Salam sayang 

Masuk bulan November, maka ibu dan ayah dah mula mencari-cari dana tambahan sempena musim persekolahan baru tahun hadapan.

Untuk kak long, biasanya tabung sekolah dah dibuka seawal Januari lagi, ini untuk mengelakkan kak long dan encik suami pening...sama juga dengan tabung raya...sebaik sahaja habis raya, maka tabung raya tahun hadapan terus dibuka dan belanja ikut jumlah tabungan.

Pada kak long, penting untuk kita sediakan tabung-tabung ni awal-awal terutamanya tabung sekolah anak-anak. Sekurang-kurangnya hasil tabungan tu dapat menampung yuran sekolah, uniform serta yuran tambahan lain. Malah hasil tabungan tu boleh membnatu membeli peralatan sekolah yang lain seerti kasut, beg serta alatulis.

Untuk anak-anak, biasanya jika beg sekolah serta alat tulis masih ada, maka tak perlulah beli yang baru...guna sahaja semula sehingga barang-barang tersebut rosak atau tidak boleh dipakai. Secara tak langsung, ia membantu anak-anak erti berjimat cermat

Lazimnya, setiap tahun kasut dan uniform akan bertukar. Maklumlah, anak-anak kan mudah membesar lagi-lagi anak lelaki, mereka lebih lasak. Kasut bila hujung tahun tu pasti dah koyak serta lusuh.

Berapa banyak yang nak disimpan? Itu bergantung kepada berapa anggaran perbelanjaan persekolahan untuk keluarga tersebut. Macam kak long, memandangkan kedua-dua anak ni bersekolah di sekolah ABIM, yuran lebih tinggi berbanding sekolah kerajaan. Anggaran kasar untuk seorang anak RM1000. Itu tak termasuk beg dan peralatan sekolah yang lain. Jadi lebih kurang hampir RM2000 juga kami perlukan untuk persiapan anak bila buka sekolah nanti. Kalau tak menabung, tentu perit kan :)

Banyak manfaatnya jika kita rajin menabung.

Jom menabung!


Nur Adha @ Kak Long Pengedar
Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, October 21, 2016

Nak Tahu Cara Pilih B Complex?


Kak long dari zaman muda-muda memang amal vitamin (macam tua sangat sekarang ni ye...) maksud kak long sejak zaman belajar, kak long dah biasa amik vitamin. Salah satunya B complex ni lah sebabnya B complex ni sangat membantu kak long untuk terus fokus semasa kuliah sedang berjalan.

Tapi dulu main beli je vitamin kat farmasi, tak tengok brand yang penting murah. Tapi bila dah mula kenal dan belajar pasal vitamin ni, rupanya kita kena tahu dan bijak memilih vitamin mana yang terbaik.

Macam B complex ni kan, antara ciri-ciri yang menunjukkan ia B complex yang bagus adalah seperti di bawah:

🌻 Harus mengandungi kesemua unsur vitamin B - Vitamin B ada 8 unsur iaitu B1, B2, B3, B5, B6, asid folik dan biotin (ini merujuk kepada piawaian RDA) yang mana kelapan-lapan unsur perlu diambil bersama-sama
🌻 Harus mengandungi 100% RDA bagi unsur asid folik dan biotin
🌻 Perbezaan peratusan (%) Nilai Harian bagi B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
🌻 Jangan sekali-kali ambil B complex yang menawarkan pembebasan berterusan (sustained release)

Jadi, kak long dah bagi tips kan bagaimana nak pilih B Complex terbaik...

Pilihan kak long tentulah B COMPLEX SHAKLEE 😘

Image result for b complex shaklee

Harga sebotol B complex Shaklee adalah RM53.75 dan ia mengandungi 120 biji

Berminat untuk mencuba produk Shaklee?

Hubungi
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Wednesday, October 19, 2016

Nak kurus kena makan lemak?

Salam sayang 

MAKAN LEMAK UNTUK BAKAR LEMAK 😱

"Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can’t make them."

Bagaimana Lemak Omega-3 boleh membakar lemak?

1. Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis)

2. Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan

3. Leptin meningkatkan metabolisme anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda)

4. Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak untuk tenaga

5. Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku: Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak --> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda
Bulan ni ada PROMOSI OMEGA GUARD.. Jangan lepaskan peluang ye 😍

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Teknologi Makanan Belajar Apa?

Salam sayang 

Sejak berkenalan dengan DIET EAT CLEAN ni, memang bermacam-macam istilah zaman belajar tu didengar balik 😁. Maklumlah akak kan dulu belajar teknologi makanan jadi banyak istilah dalam makanan tu kita boleh jumpa di label-label makanan.

Image result for food technology

Memang kitorang belajar pasal gluten, pasal hydrogented oil, pasal parboiled rice, pasal blast freezing, pasal IQF...cumanya kitorang lebih fokus pada teknik pemprosesan serta sifat makanan itu sendiri.

Kitorang belajar Akta Makanan sebab untuk makanan terproses, setiap bahan tambah/ food additive termasuk pengawet, perisa dan pewarna yang digunakan ada sukatan tertentu yang dibenarkan... Tak boleh letak sesuka hati...yang ada nombor siri E tu, kitorang ada buku khusu untuk nombor E tu... jadi mudah untuk kita rujuk (sangat berguna untuk kak long tau masa bekerja ni)

Kitorang belajar macamana nak buat sosej, nak buat aiskrim, macamana nak buat makanan terperam macam tempe, teh kombucha. Ada juga belajar bioteknologi, yang mana kalau masuk makmal biotek ni macam masuk hospital...bau lysol (pembasmi kuman) memang kuat...kitorang diajar ekstrak enzim dan guna alat berteknologi tinggi macam HPLC

Image result for food technology

Tentang nutrisi makanan, memang bukan kepakaran kami di bidang teknologi makanan ni. Tapi kami belajar tentang functional food. Iaitu bagaimana nak hasilkan makanan berfungsi yang bagus untuk kesihatan contohnya makanan tambahan untuk kanak-kanak berasaskan soya. Selain tu, kami turut mempelajari perkara asas dalam pelabelan makanan, sistem keselamatan dan kebersihan makanan untuk kilang. Kami turut membuat analisis untuk sample-sampel makanan untuk mengetahui nutrisi sesuatu makanan itu.

Kesimpulannya, seronok belajar teknologi makanan ni sebab kita belajar tentang apa yang kita makan. Cuma, makanan terproses ni sebenarnya kurang berkhasiat bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta teknik pemprosesannya.


Kalau korang berminat nak mencuba produk Shaklee....

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, October 3, 2016

Vitamin untuk Anak-anak

Salam sayang 


Anak-anak saya akan bersarapan bancuhan Meal Shake, ESP dan Performance sebelum mereka ke sekolah. Minuman ini juga saya berikan kalau tiada minum petang seperti goreng pisang atau roti.

Mereka dah biasa dengan campuran 3 ini yang kami panggil Tripple Gems.So kalau travel ni la penyelamat kami kalau makanan lambat atau sedang tercari-cari tempat makan.

Tahukah kita anak-anak yang makan tak berhenti-henti dikatakan kerana badan mereka tidak mendapat zat vitamin dan nutrien sebenar yang diperlukan oleh badan. Maka kanak-kanak ini boleh diberikan Meal Shake dalam minuman harian mereka. InsyaALLAH selera mereka akan terkawal.

Berminat untuk dapatkan set vitamin ini?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, September 22, 2016

Vitamin Tu Apa?



Vitamin

Vitamin adalah nutrien tertentu yang diekstrak dan dikonsetratkan mengikut dos-dos tertentu. Sumber vitamin boleh diperolehi sama ada dari bahan semulajadi (haiwan dan tumbuhan) ataupun diproses secara sintetik menggunakan formula kimia.

Vitamin pada asasnya bertindak dari dalam, iaitu dengan memperbaiki kembali sel dan struktur sel kita.Untuk sel tu kembali pulih, tempoh masa 90 sehingga 120 hari diperlukan. Jadi sepanjang tempoh tersebut sel yang bakal dibnina dan dibentuk perlu mendapat makanan atau sumber yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien baru lah sel tu terbina dengan cantik. Bila unit terkecil iaitu sel dalam badan kita dah sihat, secara tidak langsung ia akan terbias pada keadaan kulit. Kulit yang sihat tentu nampak lebih cantik, bukan?

Ingat ye kawan-kawan, kita kena amalkan vitamin tu sekurang-kurangnya 3 bulan dengan konsisten bukan sekjap makan sekejap tinggal dan  bukan setakat  2 minggu lepas tu nak nampak hasil yang cepat.

Nak dapatkan konsultasi penuh tentang vitamin yang sesuai untuk anda?
Hubungi 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970


Wednesday, September 21, 2016

ESP untuk Ibu Hamil

Salam sayang 

Ada yang bertanya.. ESP ni sesuai ke untuk ibu hamil dan menyusu?

SANGAT SESUAI dik.... Alhamdulillah kak long dah melalui 3 tempoh penyusuan (sehingga extended breastfeeding) serta 2 kehamilan... ESP memang bg feel lain macam...

Apa yang lain macam tu? Kita rasa lebih cergas, lebih bertenaga, berat badan terkawal dan yg lebih best...baby lahir dgn kulit yg bersih dan gebu...


Kak long memang ada GDM bagi kesemua kehamilan namun doktor hanya meminta buat kawalan diet. Bila ada GDM ni pengambilan karbohidrat kena dikurangkan jadi kenalah ada pengganti... ESP adalah pengganti terbaik buat kak long.

Kenapa? Sebab ESP ada GI (Glisemix Index) yang rendah iaitu 39 sahaja

GI tu apa ye?

GI - penunjuk atau penanda aras untuk mengukur berapa cepat makanan yang kita makan ditukarkan menjadi glukosa (tenaga).
Skala yang digunakan : 1-100

Makanan yang ada GI RENDAH akan ditukarkan kepada tenaga secara perlahan-lahan berbanding jika GI TINGGI. Contohnya, jika kita makan nasi sewaktu lunch, tak lama lepas tu kita mula rasa mengantuk dan lebih cepat lapar kan....Itu bermaksud yang nasi tu ada GI yang tinggi (GI nasi antara 72-74). Dan yang lebih memburukkan, makanan yang GI tinggi ni meningkatkan paras gula dalam darah dengan lebih cepat.

Skala ni sebenarnya sesuai kita guna utk pilih makanan. Paras GI boleh dikelaskan seperti:

- Rendah jika GI <55 br="">- Sederhana jika GI = 56-69
- Tinggi jika GI > 69

Siapa yang patut pilih makanan rendah GI?

- orang yang nak kurangkan lemak badan
- orang yang nak kawal paras glukosa dalam badan
- orang yang nak tenaga berpanjangan
- orang yang nak jaga paras kolesterol dan trigliserida

Bulan ni..Beli 2 tong ESP diskaun 5% tau... 

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, September 6, 2016

Diet Ibu Hamil

Salam sayang 

Ibu hamil dan menyusu lazimnya dimomokkan dengan kata-kata...
Kena makan lebih sebab nak bagi pada baby tu

Sebenarnya untuk ibu hamil dan menyusu, penambahan kalori sehari adalah antara 300-500 kalori sahaja, tak banyak mana pun. Namun dek kerana kata-kata kat atas tu, maka kita pun beria lah makan lebih... Kadang-kadang yang kita makan tu tak ada banyak nutrisi pun.

Tu yang bahayanya sebab kita kena ingat apa jua yang dimakan oleh ibu yang hamil dan menyusu akan diserap oleh baby. Ibu yang bijak pasti memilih makanan yang baik-baik untuk bayi mereka.

Pengambilan makanan yang tidak seimbang turut menyumbang kepada risiko kesihatan baik untuk ibu malah juga baby. Kencing manis ketika hamil, tekanan darah tinggi serta bacaan hemoglobin darah rendah antara penyakit yang kerap kali ditempuhi oleh ibu hamil.




Gambar kat atas ni adalah sebagai panduan untuk ibu-ibu hamil di luar sana nak merancang menu mereka. Ini sebenarnya untuk tumbesaran baby dalam kandungan juga. Jadi ibu-ibu, jangan fokus kepada makanan yang sedap je ye, ambil kira sekali nutrien apa yang patut kita beri pada baby kita. In shaa Allah ibu dan baby akan sihat jika pemakanan sihat diamalkan

Selain dari itu, biasanya para doktor turut membekalkan vitamin untuk ibu hamil. Vitamin ni wajib diambil untuk mengelakkan kekurangan nutrein tertentu. Alternatif kepada vitamin percuma tu adalah VITAMIN SHAKLEE. Shaklee turut menyediakan SET PRENATAL khusus untuk ibu hamil.

Nak tau apa kandungan SET PRENATAL SHAKLEE, nantikan entry kak long esok ye

Berminat untuk membuat pesanan?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Monday, September 5, 2016

VIVIX untuk SUAMI

Salam sayang 

Buat apa hari ni. Hari ni hari pertama untuk anak-anak yang mengambil UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)...Kak long doakan agar anak-anak ini diberi kemudahan dan kelancaran dalam menjawab peperiksaan ini ye... In shaa Allah jika dah ulangkaji dan berusaha pasti pertolongan ALLAH sampai jua.

Sebelum ni kak long pernah kongsikan pasal VIVIX untuk orang merokok kan... Alkisahnya, dalam sebulan dua ni kak long mula konsisten memberi VIVIX pada encik suami. Sebelum ni, ambil celup-celup... Vivix tu pun dah nak masuk botol kedua...

Encik suami dah berhenti merokok? Belum lagi namun ada beberapa perkara yang kak long perasan ada perubahan.

Encik suami lebih cergas dan bertenaga... Nak tau kenapa kak long cakap macam tu, sebab sebelum ni encik suami mudah tertidur terutamanya ketika memandu.. Paling lama pun beliau cuma bertahan 1-2 jam...kiranya kalau balik kampung tu banyak kali juga lah kami berhenti sama ada untuk tidur sekejap atau beliau berhenti merokok. Namun sejak amalkan Vivix, beliau boleh memandu berterusan 3-4 jam tanpa mengantuk, jadinya masa perjalanan dapat dipendekkan dan kuranglah kuantiti beliau merokok kan... Tu kesan pertama yang kak long nampak

Kesan kedua... Tiada lagi "bau busuk" bila encik suami bersin. Orang merokok ni biasanya bila bersin ada satu bau yang sangat tidak menyenangkan...Setiap kali bersin, kitorang (kak long dan anak-anak) mesti buka tingkap nak bagi bau tu hilang... Tapi semenjak dua menjak ni, takde lah pula bau tu bila encik suami bersin..

Nampak kan kesan walaupun sedikit yang Vivix sedang merawat dalaman encik suami. Untuk berhenti merokok total, kak long percaya ia perlukan masa memandangkan encik suami ni perokok tegar sejak sekolah menengah lagi.

In shaa Allah, dengan doa serta usaha melalui VIVIX kak long yakin encik suami akan berhenti merokok juga.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, September 2, 2016

VIVX dan TELOMERE

Salam sayang 

VIVIX dan Telomere

Ramai dah tahu kan yang VIVIX antara hot produk Shaklee yang mampu "memudakan" seseorang sehingga 25 tahun :)

Bagaimana VIVIX ni berfungsi ye... Okay sebelum tu kita kenal dulu dengan TELOMERE.

Telomeres adalah "pelindung" yang berada dihujung kromosom kita. Telomeres mempunyai tugas sangat penting iaitu MELINDUNGI DNA DARI KEROSAKAN.

Apabila kita lahir, Telomeres kita panjang. TELOMERES INI TERDAPAT DALAM KROMOSOM BADAN KITA. Namun, telomere ini akan memendek dan semakin pendek dengan pertambahan usia.


Apabila telomere ni memendek maka sel-sel tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sel tersebut mati

Shaklee telah bekerjasama dengan Dr.Elizabeth Blackburn pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase. 

Kajian telomere ini telah menguji kepanjangan telomeres. 

Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan supplemen yang konsisten (Vitalizer, Vivix and Cinch) setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40% ! 

kajian telomeres

Wah memang mengagunmkan! 40 tahun lebih muda tu. Ini bukti yang VIVIX membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat. 

Telomere mengandungi KOD usia kita berdasarkan tahap usia sel kita secara saintifik (namun ajal kita hanya Allah swt sahaja yang tahu) 

Sudah terbukti vivix ni mampu membantu merendahkan kadar pemendekan telomere dan sekaligus memperbaiki sel DNA manusia.

Berminat nak mencuba VIVIX?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Sunday, August 7, 2016

Make Up Remover Shaklee

Salam sayang 

Sejujurnya kak long memang tak pakai apa-apa alat solek kecuali bedak bayi sahaja. Jadi kak long rasa macam tak pelulah nak beli make-up remover bagai kan.


Tapi semasa kelas Shaklee , Nutritionist ada bagi tahu Nutriwhite Make Up remover juga boleh berfungsi sebagai scrub. Sangat unik sebab takde biji2 halus mcm scrub biasa.

Kalau scrub biasa, ia tak sesuai diambil semasa kulit naik jerawat kerana khuatir jerawat akan merebak. Tapi Shaklee Make Up remover sesuai dan paling best jerawat pun mengecut!

So ia sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau scrub biasa, kalau kerap guna boleh lukakan sel kulit muka tapi dengan Shaklee make up remover kulit lebih sihat dan bebas minyak.


Nak cuba? Boleh dapatkan daripada

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Saturday, August 6, 2016

Kebah Demam Lebih Cepat?

Salam sayang 

Kebiasaannya orang akan mengaitkan GLA Complex Shaklee dengan kecantikan dan kesuburan. Tapi ada satu perkongsian dari upline kak long yang menyatakan pengambilan GLA Complex turun membantu demam lebih cepat kebah.

Jom baca perkongsian beliau:

Ni cerita saya :-

Kalau rasa badan lemah dan ada tanda nak demam, saya akan standby GLA Complex siap2. Baru ni masa raya, suami bagi tahu badan dia dah mula panas nak demam... So saya terus ambilkan air dan bagi 2 biji GLA Complex Shaklee.

Alhamdulillah malam tu tak jadi demam dengan izin Allah.

Mengapa saya berikan GLA? Kerana GLA menstabilkan prostagladin dalam tubuh.

Apa pula prostaglandin?

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Sumber GLA daripada makanan agak terhad dan hanya boleh dijumpai dengan jumlah yang kecil dalam oat dan juga daging organ. Untuk memperolehi sejumlah GLA yang lebih tinggi atas alasan kesihatan tertentu, minyak yang diekstrak daripada biji bunga evening primrose, iaitu dalam bentuk suplemen merupakan alternatif yang lebih mudah dan menyenangkan.

GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.


Bestkan GLA? Dah dapatkan sebotol? Jika belum boleh order dari kami :
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, August 5, 2016

Cergas Bertenaga Selepas Ceasarean dengan Ostematrix

Salam sayang 

Kak long nak kongsikan sikit pengalaman bersalin kak long baru-baru ni.

Hari ni masuk hari ke 24 kak long berpantang...kejap je kan..tak terasa sangat berpantang pun mungkin dah terbiasa (kak long memang kena berpantang semasa mengandung sebab ada GDM). Jadi ia bukanlah benda yang menyusahkan pun.

Untuk sesi bersalin kali ni, kak long membuat opsyen untuk bersalin secara pembedahan sebabnya mek Hana Awatif ni saiznya dah mencecah 4.3 kg semasa kali terakhir ultrasound dibuat. Walaupun ujian tersebut mempunyai ralat dalam pengiraan berat, namun kak long tak nak mengambil apa-apa risiko yang boleh menjejaskan mek Hana. Jadi kak long membuat keputusan untuk dibedah.

Satu pengalaman baru buat kak long dan tak menyangka ia sangat menakutkan dan menyakitkan (terutama selepas bius hilang). Hari pertama tu, kak long sekadar mengambil vitamin asas berpantang dan kak long masih terasa sakit dan letih. Nak bergerak banyak tu memang taklah, nak menangis dibuatnya.

Malam kedua selepas bersalin, kak long mengambil 4 biji OSTEMATRIX dan 1 biji B COMPLEX. Alhamdulillah, keesokan paginya, rasa sakit-sakit tu semakin menghilang dan kak long boleh bergerak dan berjalan. Dah boleh merayau-rayau keliling wad lagi :) Bersyukur sangat rasa ditemukan dengan produk Shaklee ni. Mek Hana pun kak long dah boleh uruskan sendiri walaupun rasa pedih pada tempat pembedahan masih terasa namun tidaklah sampai kak long terbaring sahaja.

Memang best lah bila ambil SET BERPANTANG + OSTEMATRIX. Sangat dicadangkan!

Berminat dengan produk Shaklee?

Hubungi
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, August 4, 2016

Doakan yang terbaik untuk Anas

Salam sayang 

Hari Selasa lepas, Anas ada jadual untuk echocardiogram di Hospital Ipoh. Hasil dari pemeriksaan tersebut, tiada tanda jantung Anas semakin pulih. Ada sedikit bengkak dan injap yang terkoyak itu masih begitu jua keadaannya.

Ubat yang sama masih diteruskan dan sekarang kak long menambah jumlah vitamin yang perlu Anas ambil. Ye, usaha dan doa perlu seiring.

Semoga hanya yang baik-baik sahaja untuk Anas Zikry, putera sulung kak long

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, August 2, 2016

Keputihan - Penyelesaian dengan Shaklee

Salam sayang 

Masalah keputihan selalu menyerabutkan kepala dan fikiran kita orang perempuan ni kan..

Dah macam-macam cara digunakan...

Minum air masak banyak = Dah buat
Gunakan pencuci mengikut pH = Dah buat
Makan alfalfa = Dah juga

Tapi kenapa masih ada keputihan? Kak long suka nak kongsikan pengalaman seorang customer yang dah mencuba perkara-perkara di atas tetapi hasilnya menghampakan.

Namun selepas beliau mencuba amalan pengambilan GLA Complex 2 biji sehari. Alhamdulillah tiada lagi keputihan dan tak perlu lagi panty liners seperti sebelum ini!

Alhamdulillah seronok dengar!

Mengapa GLA Complex? Ia menstabilkan hormon dalam badan kita. Sebab itu wanita perlu ambil terutama mereka yang melalui pre monopause atau yang dah monopause supaya hormon kita stabil.

Ada adik beradik, kakak, adik atau kawan yang mengalami keputihan boleh cuba GLA Complex Shaklee!



Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Monday, August 1, 2016

Jom kenal NUTRIFERON ~ IMMUNE BOOSTER Anda!

Salam sayang 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

TESTIMONI






Berminat untuk mencuba?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Sunday, July 31, 2016

Nak Tingkatkan Imun Sistem dengan Bahan Semulajadi?

Salam sayang 

Anas Zikry, anak kak long yang sulung sememangnya sekarang ni sedang bergantung dengan antibiotik...setiap hari tanpa gagal Anas WAJIB mengambil 4 biji Penicillin..Ini adalah sebagai langkah perlindungan untuk mengelakkan penyakitnya menyerang kembali.

Namun selain dari pengambilan antibiotik dari hopital, kak long turut berikhtiar untuk meningkatkan sistem antibodi Anas dengan suplemen,

Sejak mengenali Shaklee, kak long memang jatuh cinta dengan NUTRIFERON.




Nutriferon adalah ekstrak tumbuhan iaitu

1. Biji labu
2. Biji Plantago
3. Bunga Japanese Honey Suckle
4. Bunga Safflower

Setiap ekstrak memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan imun sistem kita.

Jika anda sering sakit saya sarankan mencuba Nutriferon Shaklee. Anda akan dapat lihat perbezaan pada taraf kesihatan anda!

Berminat nak dapatkannya?

Boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, June 7, 2016

Hari Pertama Berpuasa di 2016

Salam Ramadhan untuk semua pembaca setia RahsiaSihat.com

Macamana dengan hari semalam?

Untuk kak long sendiri, semalam memang sungguh hari yang sangat memenatkan... Macam orang tak pernah puasa pulak kan hehe

Bukannya apa, biasanya kak long hanya melalui sama ada tempoh mengandung atau tempoh menyusu sahaja semasa bulan puasa, namun tahun ni, kak long mendapat pengalaman baru iaitu mengandung pada trimester ke3 dan juga menyusukan anak yang berusia 3 tahun.... Perghhh...memang sungguh mengujakan dan meletihkan...

Apatah lagi pada hari semalam juga, kak long dan suami perlu ke Ipoh untuk temujanji Anas bersama pakar di Ipoh...maka ujian 1 Ramadhan sangat terasa... namun syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana kami sekeluarga dapat berkumpul untuk bersahur dan berbuka berbanding tahun lalu....

Bulan puasa ni tentu macam-macam perancangan yang korang semua buat kan.... Ada tak yang berjanji tak nak jejak Bazar Ramadhan? Pada kak long, tak salah nak ke bazar Ramadhan namun harus tetapkan kos dan bajet yang perlu dikeluarkan. Ini untuk mengelakkan sebarang pembaziran. Masa lapar memang semua nampak sedap kan namun kena beringat-ingat juga ye sama ada apa yang dibeli tu mampu atau tidak untuk dihabiskan.

Semalam kak long cuma berbuka dengan kurma, semangkuk bubur lambuk, pecal dan air lemon laici... Tak mampu nak masuk nasi dah....Anak-anak dan suami berbuka dengan nasi, ayam percik dan pecal. Encik suami tak lupa dengan pengat keladi yang dibeli di bazar. Cukuplah untuk kami sekeluarga...

Semoga hari-hari seterusnya, kami dapat menempuh puasa dengan lebih baik lagi...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Thursday, May 26, 2016

APA YANG SAYA DAPAT JIKA JADI AHLI SHAKLEE

Salam sayang 

Rata-rata bila sebut MLM je mesti ramai yang fobia...ada yang jijik dengar malah ada yang nak termuntah bila sebut je MLM ni...

Shaklee ni MLM ke?
Ye, Shaklee merupakan sebuah syarikat multi level marketing yang menjual produk kesihatan.

Jadi kalau saya join Shaklee ni saya kena menjual barang dan cari orang ke? 
Inilah antara persepsi kebanyakan dari kita. Bila sebut nak menjual dan cari orang ramai yang angkat tangan... Sebenarnya dalam Shaklee tiada paksaan untuk anda menjual atau mencari orang... Ia terserah pada diri kita sendiri...

Jadi apa kelebihan saya jadi ahli?
Korang pun ada yang jadi ahli JCard, Parkson atau Bonuslink kan... Jadi jika korang tak nak menjual atau mencari orang, korang boleh dapatkan pelbagai rebat, kumpul point tertentu dan yang paling seronok korang dapat membeli vitamin dengan harga yang lebih murah dari harga runcit. Jimat banyak!!!


Susah ke nak jadi ahli?
Tak susah pun, korang boleh je hubungi mana-mana pengedar Shaklee yang korang berkenan dan buat pembayaran sebanyak RM80... Pembayaran ini adalah untuk kit keahlian dan kos penghantaran. Selepas itu, korang dah pun bergelar ahli. Setiap ahli akan mempunyai ID dan password masing-masing yang mana korang boleh log in masuk dan membuat pesanan vitamin korang... Mudah kan...

Rasa-rasa nak bersama-sama dengan kak long... hubungi nombor di bawah...

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Wednesday, May 25, 2016

PROMOSI SEHARI SAHAJA!

Salam sayang 

Mesti terkejut kan....promosi sehari je... 

Sebabnya PROMOSI SEHARI ni sempena KONFERENS KEBANGSAAN SHAKLEE yang bakal diadakan pada 28hb Mei 2016 hari Sabtu ini bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre.



Apa yang syoknya PROMOSI SEHARI ni... Mai kak long nak habaq kat hangpa semua... ada 3 benda yang hangpa boleh dapat...

🎉🎁 Yang seronoknya tentang promosi ini adalah dengan setiap pembelian 4 set di atas, kita boleh dapat VITAMIN PERCUMA bergantung kepada jenis set yang kita ambil.

🎉🎁 Beli VITAMIN dapat EXTRA VITAMIN FREE! Seronok kan.... Dan lagi jika kita membeli tiket konferens dan membeli mana-mana set (untuk Set Ramadhan perlu beli 2 set), kita turut berpeluang mendapat LUCKY DIP (cabutan bertuah)

🎉🎁 Selain dari yang di atas, FREE MEMBERSHIP akan diperolehi jika anda membeli
2 Set A atau 1 Set B atau 1 set C atau 1 Set D
Untuk Set D, Shaklee akan membuat penghantaran secara PERCUMA. 
Jadi sambil membeli dapat keahlian percuma dan seronoknya dapat terus harga ahli tu...

Seronok ke seronok??? 

Untuk promosi di atas, kak long buka order untuk semua dan jika anda berminat, hari terakhir untuk membuat pesanan dan pembayaran adalah pada 27hb Mei 2016 (Jumaat) malam. 

Pesanan boleh dibuat melalui
sms/whatsapp/telegram ke 019-798 7970 (Nur Adha)


Monday, May 23, 2016

Ramadhan 2015 - episod #throwback

Kurang dari 2 minggu, Ramadhan Al-Kareem bakal menjelma,,, Tentu pelbagai perancangan dan agenda yang dah disiapkan... Buat ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, tentu dah mula berfikir bagaimana usaha untuk mempersiapkan si kecil dengan jadual Ramadhan dan seterusnya latihan berpuasa kan...

Ternyata Ramadhan yang bakal tiba ni kak long mengharapkan sesungguhnya ia Ramadhan yang sungguh  indah... Dapat berpuasa bersama sekeluarga, bersahur dan berbuka bersama di rumah (sama ada home cooked atau bazar cooked lah ye..)... Seterusnya bertarawih bersama-sama sekeluarga...

Bila teringat Ramadhan 2015, ia sangat menyiat hati dan perasaan... Tak terjangkau dek akal fikiran rasanya...dan jika ingin diulang semula, kak long memag menolak dengan sesungguh-sungguhnya...

Ramadhan 2015, kedatangannya memang dinanti... Namun perancangan dariNya tiada yang menghalang...

Malam pertama Ramadhan 2015, kami dalam debaran.. Anas diintubate dan bakal dipindahkan ke ICU kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Bainun(HRPB) dari Hospital Pantai Manjung. Namun, perjalanan tidak selancar dan semudah yang disangka... Memandangkan ia melibatkan urusan perpindahan dari hospital swasta ke hospital kerajaan...maka Anas dihantar ke Hospital Sri Manjung terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Ipoh. Sepatutnya malam yang sama Anas ke Ipoh, namun perjalanan hanya sempat mencecah Gelung Pepuyu sebelum ambulan berpatah balik... Bacaan SPO8 (oksigen) Anas tidak stabil dan doktor pengiring tidak mahu mengambil risiko maka Anas dibawa semula ke Hospital Sri Manjung...Anas terus dimasukkan ke dalam ICU dan dipantau sebaik mungkin oleh Pakar Paediatrik, doktor-doktor serta jururawat yang lain...

Entah bagaimana, tiada setitik air mata pun yang jatuh dan Alhamdulillah betapa bersyukurnya kak long dengan anugerah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah...

Keesokan harinya...tepat jam 9 pagi, ambulans bergerak membawa Anas ke HRPB. Ayah Anas mengiringinya di dalam ambulans tersebut. Kak long menyusul dengan kereta bersama beberapa teman sekerja....Ya, ia adalah 1 RAMADHAN.... Tarbiah Ramadhan yang cukup mengesankan jiwa... Urusan kemasukan Anas ke ICU kanak-kanak di HRPB berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... Panggilan telefon dari kedua-dua belah keluarga dapat kami jawab dengan lebih tabah...

Doktor Pakar telah mengesahkan yang Anas menghidapi RHEUMATOID CARDITIS. 2 injap jantung anas telah koyak dan menyebabkan jantung Anas membengkak dan darah bercampur...menyebabkan paru-paru Anas turut membengkak...

Anas ditahan di ICU HRPB selama 2 minggu sebelum dipindahkan semula ke Hospital Sri Manjung untuk pemantauan. Alhamdulillah, Anas semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya... Syukur kerana sakit yang Anas hidapi masih boleh diubati dan Anas masih terus di samping kami.... Ujian yang Allah beri buat kami tidaklah sebesar mana berbanding dengan ibu bapa lain yang kami jumpa sepanjang Anas di ICU. Sesungguhnya Allah hanya menguji yang setimpal dengan kemampuan hambaNya...

Sejak dari Anas sakitlah, maka kurangnya tulisan dan coretan kak long di blog ini. Jangan risau, kak long akan mula menulis kembali dengan lebih aktif...

In shaa Allah, Ramadhan tahun ini kami mendoakan hanya yang terbaik untuk kami dan anda pembaca semua... Semoga Ramadhan menjadi madrasah jiwa dan rohani yang terbaik!

Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970