Thursday, May 26, 2016

APA YANG SAYA DAPAT JIKA JADI AHLI SHAKLEE

Salam sayang 

Rata-rata bila sebut MLM je mesti ramai yang fobia...ada yang jijik dengar malah ada yang nak termuntah bila sebut je MLM ni...

Shaklee ni MLM ke?
Ye, Shaklee merupakan sebuah syarikat multi level marketing yang menjual produk kesihatan.

Jadi kalau saya join Shaklee ni saya kena menjual barang dan cari orang ke? 
Inilah antara persepsi kebanyakan dari kita. Bila sebut nak menjual dan cari orang ramai yang angkat tangan... Sebenarnya dalam Shaklee tiada paksaan untuk anda menjual atau mencari orang... Ia terserah pada diri kita sendiri...

Jadi apa kelebihan saya jadi ahli?
Korang pun ada yang jadi ahli JCard, Parkson atau Bonuslink kan... Jadi jika korang tak nak menjual atau mencari orang, korang boleh dapatkan pelbagai rebat, kumpul point tertentu dan yang paling seronok korang dapat membeli vitamin dengan harga yang lebih murah dari harga runcit. Jimat banyak!!!


Susah ke nak jadi ahli?
Tak susah pun, korang boleh je hubungi mana-mana pengedar Shaklee yang korang berkenan dan buat pembayaran sebanyak RM80... Pembayaran ini adalah untuk kit keahlian dan kos penghantaran. Selepas itu, korang dah pun bergelar ahli. Setiap ahli akan mempunyai ID dan password masing-masing yang mana korang boleh log in masuk dan membuat pesanan vitamin korang... Mudah kan...

Rasa-rasa nak bersama-sama dengan kak long... hubungi nombor di bawah...

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Wednesday, May 25, 2016

PROMOSI SEHARI SAHAJA!

Salam sayang 

Mesti terkejut kan....promosi sehari je... 

Sebabnya PROMOSI SEHARI ni sempena KONFERENS KEBANGSAAN SHAKLEE yang bakal diadakan pada 28hb Mei 2016 hari Sabtu ini bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre.



Apa yang syoknya PROMOSI SEHARI ni... Mai kak long nak habaq kat hangpa semua... ada 3 benda yang hangpa boleh dapat...

🎉🎁 Yang seronoknya tentang promosi ini adalah dengan setiap pembelian 4 set di atas, kita boleh dapat VITAMIN PERCUMA bergantung kepada jenis set yang kita ambil.

🎉🎁 Beli VITAMIN dapat EXTRA VITAMIN FREE! Seronok kan.... Dan lagi jika kita membeli tiket konferens dan membeli mana-mana set (untuk Set Ramadhan perlu beli 2 set), kita turut berpeluang mendapat LUCKY DIP (cabutan bertuah)

🎉🎁 Selain dari yang di atas, FREE MEMBERSHIP akan diperolehi jika anda membeli
2 Set A atau 1 Set B atau 1 set C atau 1 Set D
Untuk Set D, Shaklee akan membuat penghantaran secara PERCUMA. 
Jadi sambil membeli dapat keahlian percuma dan seronoknya dapat terus harga ahli tu...

Seronok ke seronok??? 

Untuk promosi di atas, kak long buka order untuk semua dan jika anda berminat, hari terakhir untuk membuat pesanan dan pembayaran adalah pada 27hb Mei 2016 (Jumaat) malam. 

Pesanan boleh dibuat melalui
sms/whatsapp/telegram ke 019-798 7970 (Nur Adha)


Monday, May 23, 2016

Ramadhan 2015 - episod #throwback

Kurang dari 2 minggu, Ramadhan Al-Kareem bakal menjelma,,, Tentu pelbagai perancangan dan agenda yang dah disiapkan... Buat ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, tentu dah mula berfikir bagaimana usaha untuk mempersiapkan si kecil dengan jadual Ramadhan dan seterusnya latihan berpuasa kan...

Ternyata Ramadhan yang bakal tiba ni kak long mengharapkan sesungguhnya ia Ramadhan yang sungguh  indah... Dapat berpuasa bersama sekeluarga, bersahur dan berbuka bersama di rumah (sama ada home cooked atau bazar cooked lah ye..)... Seterusnya bertarawih bersama-sama sekeluarga...

Bila teringat Ramadhan 2015, ia sangat menyiat hati dan perasaan... Tak terjangkau dek akal fikiran rasanya...dan jika ingin diulang semula, kak long memag menolak dengan sesungguh-sungguhnya...

Ramadhan 2015, kedatangannya memang dinanti... Namun perancangan dariNya tiada yang menghalang...

Malam pertama Ramadhan 2015, kami dalam debaran.. Anas diintubate dan bakal dipindahkan ke ICU kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Bainun(HRPB) dari Hospital Pantai Manjung. Namun, perjalanan tidak selancar dan semudah yang disangka... Memandangkan ia melibatkan urusan perpindahan dari hospital swasta ke hospital kerajaan...maka Anas dihantar ke Hospital Sri Manjung terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Ipoh. Sepatutnya malam yang sama Anas ke Ipoh, namun perjalanan hanya sempat mencecah Gelung Pepuyu sebelum ambulan berpatah balik... Bacaan SPO8 (oksigen) Anas tidak stabil dan doktor pengiring tidak mahu mengambil risiko maka Anas dibawa semula ke Hospital Sri Manjung...Anas terus dimasukkan ke dalam ICU dan dipantau sebaik mungkin oleh Pakar Paediatrik, doktor-doktor serta jururawat yang lain...

Entah bagaimana, tiada setitik air mata pun yang jatuh dan Alhamdulillah betapa bersyukurnya kak long dengan anugerah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah...

Keesokan harinya...tepat jam 9 pagi, ambulans bergerak membawa Anas ke HRPB. Ayah Anas mengiringinya di dalam ambulans tersebut. Kak long menyusul dengan kereta bersama beberapa teman sekerja....Ya, ia adalah 1 RAMADHAN.... Tarbiah Ramadhan yang cukup mengesankan jiwa... Urusan kemasukan Anas ke ICU kanak-kanak di HRPB berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... Panggilan telefon dari kedua-dua belah keluarga dapat kami jawab dengan lebih tabah...

Doktor Pakar telah mengesahkan yang Anas menghidapi RHEUMATOID CARDITIS. 2 injap jantung anas telah koyak dan menyebabkan jantung Anas membengkak dan darah bercampur...menyebabkan paru-paru Anas turut membengkak...

Anas ditahan di ICU HRPB selama 2 minggu sebelum dipindahkan semula ke Hospital Sri Manjung untuk pemantauan. Alhamdulillah, Anas semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya... Syukur kerana sakit yang Anas hidapi masih boleh diubati dan Anas masih terus di samping kami.... Ujian yang Allah beri buat kami tidaklah sebesar mana berbanding dengan ibu bapa lain yang kami jumpa sepanjang Anas di ICU. Sesungguhnya Allah hanya menguji yang setimpal dengan kemampuan hambaNya...

Sejak dari Anas sakitlah, maka kurangnya tulisan dan coretan kak long di blog ini. Jangan risau, kak long akan mula menulis kembali dengan lebih aktif...

In shaa Allah, Ramadhan tahun ini kami mendoakan hanya yang terbaik untuk kami dan anda pembaca semua... Semoga Ramadhan menjadi madrasah jiwa dan rohani yang terbaik!

Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970