Monday, May 23, 2016

Ramadhan 2015 - episod #throwback

Kurang dari 2 minggu, Ramadhan Al-Kareem bakal menjelma,,, Tentu pelbagai perancangan dan agenda yang dah disiapkan... Buat ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil, tentu dah mula berfikir bagaimana usaha untuk mempersiapkan si kecil dengan jadual Ramadhan dan seterusnya latihan berpuasa kan...

Ternyata Ramadhan yang bakal tiba ni kak long mengharapkan sesungguhnya ia Ramadhan yang sungguh  indah... Dapat berpuasa bersama sekeluarga, bersahur dan berbuka bersama di rumah (sama ada home cooked atau bazar cooked lah ye..)... Seterusnya bertarawih bersama-sama sekeluarga...

Bila teringat Ramadhan 2015, ia sangat menyiat hati dan perasaan... Tak terjangkau dek akal fikiran rasanya...dan jika ingin diulang semula, kak long memag menolak dengan sesungguh-sungguhnya...

Ramadhan 2015, kedatangannya memang dinanti... Namun perancangan dariNya tiada yang menghalang...

Malam pertama Ramadhan 2015, kami dalam debaran.. Anas diintubate dan bakal dipindahkan ke ICU kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Bainun(HRPB) dari Hospital Pantai Manjung. Namun, perjalanan tidak selancar dan semudah yang disangka... Memandangkan ia melibatkan urusan perpindahan dari hospital swasta ke hospital kerajaan...maka Anas dihantar ke Hospital Sri Manjung terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke Ipoh. Sepatutnya malam yang sama Anas ke Ipoh, namun perjalanan hanya sempat mencecah Gelung Pepuyu sebelum ambulan berpatah balik... Bacaan SPO8 (oksigen) Anas tidak stabil dan doktor pengiring tidak mahu mengambil risiko maka Anas dibawa semula ke Hospital Sri Manjung...Anas terus dimasukkan ke dalam ICU dan dipantau sebaik mungkin oleh Pakar Paediatrik, doktor-doktor serta jururawat yang lain...

Entah bagaimana, tiada setitik air mata pun yang jatuh dan Alhamdulillah betapa bersyukurnya kak long dengan anugerah kekuatan yang dikurniakan oleh Allah...

Keesokan harinya...tepat jam 9 pagi, ambulans bergerak membawa Anas ke HRPB. Ayah Anas mengiringinya di dalam ambulans tersebut. Kak long menyusul dengan kereta bersama beberapa teman sekerja....Ya, ia adalah 1 RAMADHAN.... Tarbiah Ramadhan yang cukup mengesankan jiwa... Urusan kemasukan Anas ke ICU kanak-kanak di HRPB berjalan dengan lancar, Alhamdulillah... Panggilan telefon dari kedua-dua belah keluarga dapat kami jawab dengan lebih tabah...

Doktor Pakar telah mengesahkan yang Anas menghidapi RHEUMATOID CARDITIS. 2 injap jantung anas telah koyak dan menyebabkan jantung Anas membengkak dan darah bercampur...menyebabkan paru-paru Anas turut membengkak...

Anas ditahan di ICU HRPB selama 2 minggu sebelum dipindahkan semula ke Hospital Sri Manjung untuk pemantauan. Alhamdulillah, Anas semakin pulih walaupun bukan sepenuhnya... Syukur kerana sakit yang Anas hidapi masih boleh diubati dan Anas masih terus di samping kami.... Ujian yang Allah beri buat kami tidaklah sebesar mana berbanding dengan ibu bapa lain yang kami jumpa sepanjang Anas di ICU. Sesungguhnya Allah hanya menguji yang setimpal dengan kemampuan hambaNya...

Sejak dari Anas sakitlah, maka kurangnya tulisan dan coretan kak long di blog ini. Jangan risau, kak long akan mula menulis kembali dengan lebih aktif...

In shaa Allah, Ramadhan tahun ini kami mendoakan hanya yang terbaik untuk kami dan anda pembaca semua... Semoga Ramadhan menjadi madrasah jiwa dan rohani yang terbaik!

Salam sayang 

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970