Tuesday, June 7, 2016

Hari Pertama Berpuasa di 2016

Salam Ramadhan untuk semua pembaca setia RahsiaSihat.com

Macamana dengan hari semalam?

Untuk kak long sendiri, semalam memang sungguh hari yang sangat memenatkan... Macam orang tak pernah puasa pulak kan hehe

Bukannya apa, biasanya kak long hanya melalui sama ada tempoh mengandung atau tempoh menyusu sahaja semasa bulan puasa, namun tahun ni, kak long mendapat pengalaman baru iaitu mengandung pada trimester ke3 dan juga menyusukan anak yang berusia 3 tahun.... Perghhh...memang sungguh mengujakan dan meletihkan...

Apatah lagi pada hari semalam juga, kak long dan suami perlu ke Ipoh untuk temujanji Anas bersama pakar di Ipoh...maka ujian 1 Ramadhan sangat terasa... namun syukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana kami sekeluarga dapat berkumpul untuk bersahur dan berbuka berbanding tahun lalu....

Bulan puasa ni tentu macam-macam perancangan yang korang semua buat kan.... Ada tak yang berjanji tak nak jejak Bazar Ramadhan? Pada kak long, tak salah nak ke bazar Ramadhan namun harus tetapkan kos dan bajet yang perlu dikeluarkan. Ini untuk mengelakkan sebarang pembaziran. Masa lapar memang semua nampak sedap kan namun kena beringat-ingat juga ye sama ada apa yang dibeli tu mampu atau tidak untuk dihabiskan.

Semalam kak long cuma berbuka dengan kurma, semangkuk bubur lambuk, pecal dan air lemon laici... Tak mampu nak masuk nasi dah....Anak-anak dan suami berbuka dengan nasi, ayam percik dan pecal. Encik suami tak lupa dengan pengat keladi yang dibeli di bazar. Cukuplah untuk kami sekeluarga...

Semoga hari-hari seterusnya, kami dapat menempuh puasa dengan lebih baik lagi...



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970