Monday, September 5, 2016

VIVIX untuk SUAMI

Salam sayang 

Buat apa hari ni. Hari ni hari pertama untuk anak-anak yang mengambil UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)...Kak long doakan agar anak-anak ini diberi kemudahan dan kelancaran dalam menjawab peperiksaan ini ye... In shaa Allah jika dah ulangkaji dan berusaha pasti pertolongan ALLAH sampai jua.

Sebelum ni kak long pernah kongsikan pasal VIVIX untuk orang merokok kan... Alkisahnya, dalam sebulan dua ni kak long mula konsisten memberi VIVIX pada encik suami. Sebelum ni, ambil celup-celup... Vivix tu pun dah nak masuk botol kedua...

Encik suami dah berhenti merokok? Belum lagi namun ada beberapa perkara yang kak long perasan ada perubahan.

Encik suami lebih cergas dan bertenaga... Nak tau kenapa kak long cakap macam tu, sebab sebelum ni encik suami mudah tertidur terutamanya ketika memandu.. Paling lama pun beliau cuma bertahan 1-2 jam...kiranya kalau balik kampung tu banyak kali juga lah kami berhenti sama ada untuk tidur sekejap atau beliau berhenti merokok. Namun sejak amalkan Vivix, beliau boleh memandu berterusan 3-4 jam tanpa mengantuk, jadinya masa perjalanan dapat dipendekkan dan kuranglah kuantiti beliau merokok kan... Tu kesan pertama yang kak long nampak

Kesan kedua... Tiada lagi "bau busuk" bila encik suami bersin. Orang merokok ni biasanya bila bersin ada satu bau yang sangat tidak menyenangkan...Setiap kali bersin, kitorang (kak long dan anak-anak) mesti buka tingkap nak bagi bau tu hilang... Tapi semenjak dua menjak ni, takde lah pula bau tu bila encik suami bersin..

Nampak kan kesan walaupun sedikit yang Vivix sedang merawat dalaman encik suami. Untuk berhenti merokok total, kak long percaya ia perlukan masa memandangkan encik suami ni perokok tegar sejak sekolah menengah lagi.

In shaa Allah, dengan doa serta usaha melalui VIVIX kak long yakin encik suami akan berhenti merokok juga.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970