Wednesday, October 19, 2016

Teknologi Makanan Belajar Apa?

Salam sayang 

Sejak berkenalan dengan DIET EAT CLEAN ni, memang bermacam-macam istilah zaman belajar tu didengar balik 😁. Maklumlah akak kan dulu belajar teknologi makanan jadi banyak istilah dalam makanan tu kita boleh jumpa di label-label makanan.

Image result for food technology

Memang kitorang belajar pasal gluten, pasal hydrogented oil, pasal parboiled rice, pasal blast freezing, pasal IQF...cumanya kitorang lebih fokus pada teknik pemprosesan serta sifat makanan itu sendiri.

Kitorang belajar Akta Makanan sebab untuk makanan terproses, setiap bahan tambah/ food additive termasuk pengawet, perisa dan pewarna yang digunakan ada sukatan tertentu yang dibenarkan... Tak boleh letak sesuka hati...yang ada nombor siri E tu, kitorang ada buku khusu untuk nombor E tu... jadi mudah untuk kita rujuk (sangat berguna untuk kak long tau masa bekerja ni)

Kitorang belajar macamana nak buat sosej, nak buat aiskrim, macamana nak buat makanan terperam macam tempe, teh kombucha. Ada juga belajar bioteknologi, yang mana kalau masuk makmal biotek ni macam masuk hospital...bau lysol (pembasmi kuman) memang kuat...kitorang diajar ekstrak enzim dan guna alat berteknologi tinggi macam HPLC

Image result for food technology

Tentang nutrisi makanan, memang bukan kepakaran kami di bidang teknologi makanan ni. Tapi kami belajar tentang functional food. Iaitu bagaimana nak hasilkan makanan berfungsi yang bagus untuk kesihatan contohnya makanan tambahan untuk kanak-kanak berasaskan soya. Selain tu, kami turut mempelajari perkara asas dalam pelabelan makanan, sistem keselamatan dan kebersihan makanan untuk kilang. Kami turut membuat analisis untuk sample-sampel makanan untuk mengetahui nutrisi sesuatu makanan itu.

Kesimpulannya, seronok belajar teknologi makanan ni sebab kita belajar tentang apa yang kita makan. Cuma, makanan terproses ni sebenarnya kurang berkhasiat bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta teknik pemprosesannya.


Kalau korang berminat nak mencuba produk Shaklee....

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970