Wednesday, November 2, 2016

Tabung untuk Sesi Persekolahan Baru

Salam sayang 

Masuk bulan November, maka ibu dan ayah dah mula mencari-cari dana tambahan sempena musim persekolahan baru tahun hadapan.

Untuk kak long, biasanya tabung sekolah dah dibuka seawal Januari lagi, ini untuk mengelakkan kak long dan encik suami pening...sama juga dengan tabung raya...sebaik sahaja habis raya, maka tabung raya tahun hadapan terus dibuka dan belanja ikut jumlah tabungan.

Pada kak long, penting untuk kita sediakan tabung-tabung ni awal-awal terutamanya tabung sekolah anak-anak. Sekurang-kurangnya hasil tabungan tu dapat menampung yuran sekolah, uniform serta yuran tambahan lain. Malah hasil tabungan tu boleh membnatu membeli peralatan sekolah yang lain seerti kasut, beg serta alatulis.

Untuk anak-anak, biasanya jika beg sekolah serta alat tulis masih ada, maka tak perlulah beli yang baru...guna sahaja semula sehingga barang-barang tersebut rosak atau tidak boleh dipakai. Secara tak langsung, ia membantu anak-anak erti berjimat cermat

Lazimnya, setiap tahun kasut dan uniform akan bertukar. Maklumlah, anak-anak kan mudah membesar lagi-lagi anak lelaki, mereka lebih lasak. Kasut bila hujung tahun tu pasti dah koyak serta lusuh.

Berapa banyak yang nak disimpan? Itu bergantung kepada berapa anggaran perbelanjaan persekolahan untuk keluarga tersebut. Macam kak long, memandangkan kedua-dua anak ni bersekolah di sekolah ABIM, yuran lebih tinggi berbanding sekolah kerajaan. Anggaran kasar untuk seorang anak RM1000. Itu tak termasuk beg dan peralatan sekolah yang lain. Jadi lebih kurang hampir RM2000 juga kami perlukan untuk persiapan anak bila buka sekolah nanti. Kalau tak menabung, tentu perit kan :)

Banyak manfaatnya jika kita rajin menabung.

Jom menabung!


Nur Adha @ Kak Long Pengedar
Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970