Sunday, February 19, 2017

Cara Naikkan Berat Si Kecil

Bila dah bergelar ibu, antara perkara utama yang paling kita risaukan adalah berat baby kita kan. Biasanya untuk 6 bulan pertama, berat baby tiada masalah untuk naik namun bila baby dah mula aktif, masa tu lah antara masa yang sangat mencabar kan

Image result for berat baby


Ada yang kata, tak perlu risau sebab baby dah boleh mula makan masa tu. Tapi kadang-kadang tu mungkin jumlah makanan yang diambil tak setanding dengan tenaga yang digunakan... Ye lah, 6 bulan kedua ni biasanya baby dah mula meniarap, angkat badan, merangkak malah berjalan.. Tentu perlukan lebih tenaga.

Image result for baby merangkak

Ada di kalangan ibu-ibu ni akan memberi bubur yang diblend bersama sayur-sayuran sahaja. Namun kak long ada terbaca artikel mengenai pemakanan baby ni. Untuk bubur tu, sebaiknya harus ada unsur protein seperti ikan atau ayam serta unsur lemak. Untuk unsur lemak biasanya kak long akan masukkan sesudu kecil minyak ke dalam bubur Hana. Baby ni memerlukan lemak dan minyak sebab lemak dan minyak ni adalah kategori makanan yang berkalori tinggi. Jika kita tak membekalkan lemak/ minyak dalam menu harian mereka, berat mereka kurang meningkat dan menu mereka tidak seimbang.

Pemakanan untuk bayi kenalah kreatif untuk mengolahnya. Kalau kita yang dewasa ni pun jemu jika dihadapkan dengan menu yang sama hari-hari apatah lagi mereka. Pelbagaikan unsur dalam sesuatu menu tu. Contoh, jika pagi ni kita dah beri baby kita bubur nasi + ikan + kubis bunga, tengahari tu cuba tukar ke kentang lecek + ayam + lobak merah dan dikisar. Boleh juga jika kita gorengkan keledek atau pisang dan kemudian, kopekkan isinya dan beri baby kita.

Image result for makanan baby

Jangan sekali-kali tambahkan bahan perasa (gula, garam dan bahan lain seumpamanya) sebab ia tidak membantu dalam membekalkan nutrien buat baby kita.

Buat ibu yang menyusu, teruskan penyusuan anda dan jika berat masih tak naik, kak long harap sangat agar ibu-ibu ni teruskan penyusuan anda dan cuba ubah menu atau waktu makan baby. Mereka sebenarnya tak perlukan susu formula pun malah jika kita tambahkan susu formula dalam diet harian mereka, mungkin mereka lagi tidak berminat terhadap makanan.

Ibu-ibu, enjoy feeding your baby :)

Friday, February 17, 2017

Vitamin untuk Anak yang Tonsil

Salam sayang 

Beberapa hari ni kerap kak long dapat kiriman sms dan whatsapp dari ibu-ibu yang mempunyai anak yang mengidap penyakit tonsilitis. Ada yang baru pertama kali kena dan ada yang berulang-ulang.

Image result for tonsillitis

Sebelum kita tengok apa vitamin yang boleh membantu, jom kita baca sikit tentang tonsilitis ni.

Pertama sekali APA ITU TONSILITIS?

Tonsillitis adalah jangkitan dan keradangan pada tonsil
Tonsil pula adalah kelenjar yang terdapat di sebelah belakang tekak dan di belakang lidah. Tonsil merupakan barisan pertama pertahanan badan kita terhadap serangan penyakit. Mereka adalah sebahagian daripada sistem imuniti dan membantu memerangkap kuman sebelum serangan yang lebih kuat merebak ke seluruh tubuh badan.

Tonsillitis adalah jangkitan yang paling biasa berlaku pada kanak-kanak dan remaja, namun orang dewasa pun boleh menghidapinya.  Bila kita mula dijangkit tonsillitis ia mungkin berasa sakit dan tidak menyenangkan, namun kebiasannya ia tidak serius. 

PUNCA

Tonsilitis biasanya disebabkan oleh serangan virus. Namun adakalanya ia juga disebabkan oleh jangkitan bakteria dari species Streptococcus sp.

KENAPA Kanak-kanak mudah dijangkiti tonsilitis?

Kanak-kanak dari usia 5-15 tahun merupakan antara mereka yang berisiko dan mudah dijangkiti tonsilitis ini. Ini kerana pada jarak umur inilah, sistem imuniti mereka sedang berkembang dan menjadi lengkap menjelang usia remaja. Tambahan pula pada usia ini, mereka sudah mula bersekolah dan lebih terdedah pada persekitaran luar. Oleh itu, jangkitan virus seperti ini sangat mudah sekali terkena pada mereka.

CARA MENGATASI

Di Shaklee, terdapat beberapa vitamin khusus untuk kanak-kanak. Vitamin-vitamin ini diformulasikan khusus untuk mereka dan ada di antara vitamin ini boleh diambil sejak usia 1 tahun. 

Gambarajah di bawah merupakan SET VITAMIN KANAK-KANAK. Set ini membantu membina ketahanan sistem imuniti kanak-kanak. Ia menjadi perisai dalam diri kanak-kanak dari mudah terkena sebarang jangkitan virus mahupun bakteria.

SET VITAMIN KANAK-KANAK ini mengandungi 
i) Chewable Vita-C
ii) Omega Guard
iii) Vitalea for Kids
iv) Mealshake
Image result for set kanak-kanak shaklee

Sebaik-baiknya untuk mendapatkan perlindungan penuh, Set ini perlu diambil sepenuhnya. Untuk konsultasi lebih terperinci mengenai set ini boleh hubungi



Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

Thursday, February 16, 2017

Merancang Percutian Mesra Poket

Salam sayang 

Kawan-kawan kat luar tengah buat apa tu? Yang bekerja sila teruskan kerja ye..yang sedang bersantai-santai tu nikmatilah masa yang ada dengan penuh ceria

Bila cakap bercuti ni kan... Ramai yang nampak kena guna duit banyak, kena amik masa cuti sekolah, kena pergi jauh-jauh kan...Rasa kadang-kadang tu macam membazir pulak bila kita fikir nak pergi bercuti ni

Tapi sebenarnya kan, bercuti ni tak perlu belanja yang besar (tapi ni bergantung pada individu). Pada kak long, jika nak mendekatkan anak-anak dengan alam, nak mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga..boleh je pilih tempat atau lokasi yang murah dan yang paling penting mesra poket anda sekeluarga.

Korang boleh sediakan tabung khas jugak untuk percutian ni. Sama ada korang masukkan setiap bulan amaun tertentu atau masukkan duit hijau atau oren ke dalam tabung percutian tu. Bila dah tiba masa, bolehlah pecahkan tabung tu :)

Biasanya bila nak bercuti, kita kena survey dulu kos yang diperlukan. Dan biasanya kalau cuti sekolah lebih sedikit harga pengangkutan dan penginapan kan... Jadi sebelum kita ambil keputusan untuk pergi ke mana-mana destinasi, survey dulu blog atau website. Secara tak langsung kita dah boleh buat anggaran jumlah perbelanjaan.

Untuk hotel atau apartment atau homestay, kak long galakkan korang baca review sekali. Kadang-kadang harga mahal tapi tak semestinya review bagus kan. Pilih yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga serta harga dan review ye.

Kalau pengangkutan pula, boleh survey tiket-tiket yang murah yang ada dipromosikan. Tawarn macam ni biasanya sekejap je. Jadi kalau rasa nak bercuti hujung tahun, dah kena ada mind setting dari awal tahun lagi. Jadi bila syarikat penerbangan terutamanya buat promosi tiket murah, kita pun dah bersedia.

Harap-harap entry kak long ni serba sedikit membantu korang-korang kat luar tu untuk merancang percutian yang mesra poket lagi bermakna bersama keluarga

Selamat Bercuti! Aloha!

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, February 13, 2017

Di Sebalik Sunk Into The Womb

Salam sayang 

Malam tadi kak long berkesempatan nak melihat sebuah cerita yang popular di Jepun yang berdasarkan kisah benar. Cerita tu bertajuk "Sunk into the Womb".

Image result for sunk into the womb

Kak long takdelah menonton sepenuhnya namun menonton sekejap-sekejap ni pun dah merobek perasaan keibuan kak long.

Cerita ni diadaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 (kalau tak silap kak long) di Osaka, Jepun. Ia berkenaan sebuah keluarga yang mana si suami telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil (lebih kurang 3 tahun dan seorang dan kurang dari setahun yang seorang lagi).

Untuk menanggung kehidupan mereka 3 beranak, si ibu ni telah keluar bekerja. Pada mulanya, kehidupan mereka ceria dan bahagia namun apabila si ibu ni tersilap memilih kawan (kawan ni yang cadangkan agar si ibu menjadi pelayan) maka pengakhiran mereka sekeluarga menjadi tarumatik

Kak long tak sanggup nak tengok setiap scene selepas si ibu meninggalkan anak-anaknya hampir 3 bulan tanpa ada bekalan makanan sehinggakan anak yang paling kecil tu dah berulat bila si ibu kembali ke rumah. Namun yang lebih menyedihkan apabila si ibu tergamak untuk melemaskan anak yang sulung di dalam tab mandi.

Image result for sunk into the womb

Apa yang terjadi seterusnya (jika mengikut cerita asal) si ibu ini kemudiannya ditangkap dan dibicarakan. Si ibu ini dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengabaikan sehingga menyebabkan kematian kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Kat negara kita pun pernah digemparkan dengan penemuan kanak-kanak OKU yang dibiarkan dalam sebuah bilik dan bila ditemui kanak-kanak tersebut sangat uzur keadaannya kerana kurang zat.

Kat sinilah sebenarnya peranan hidup berjiran dan bermasyarakat tu. Nampak kan kepentingannya. Nasihat untuk diri kak long sendiri, supaya sentiasa menghargai anak-anak serta keluarga dan tak lupa menjadi jiran tetangga yang baik dan berfungsi.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Sunday, February 12, 2017

Pil Cuci Usus aka Julap Shaklee

Salam sayang 

Sebelum ni kak long kongsikan bagaimana cara nak mengatasi masalah SEMBELIT kan... Hari ni kak long nak kongsi pula produk yang membantu mereka yang sukar nak membuang air besar...tapi bukan sembelit.. Ni jenis yang membuang sekali seminggu atau sangat sukar nak membuang.

Sangat digalakkan jika kita dapat membuang isi perut kita setiap hari sebenarnya. Mereka yang tidak melalui proses ini mungkin disebabkan oleh diet harian mereka tidak seimbang atau keadaan usus mereka tidak sihat.

Jangan risau, kami di Shaklee ada penyelesaiannya





Apa kandungan dalam Herb Lax Shaklee? Terdapat 9 jenis HERBA dalam HERB-Lax
Bukhorn Bark
Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan pada usus.

Licorise root
Membantu proses detoksifikasi

Fennels Seeds
Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus.

Anise Seeds
Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

Rhubarb Root
Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik

Blue Malva Flower
Membantu proses Detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

Culver's root
Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

Alfalfa Leaf
Membersihkan usus,darah dan hati

Senna Leaf
Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


Herb Lax Shaklee juga dikenali sebagai julap moden

Nak tau BEZA Herb Lax dengan julap lain?
  • Permbersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
  • Membantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihannya yang boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Cara Pengambilan Herb Lax pula ia sesuai diambil seperti biasa (telan 4 biji tablet sebelum tidur) atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba

Berminat dengan  produk di atas?

Boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Saturday, February 11, 2017

Sembeli Semasa Pantang - Mohon Dijauhkan

Salam sayang 

Antara pengalaman yang paling tak dapat kak long lupakan dan memang minta dijauhkan adalah SEMBELIT KETIKA PANTANG. Kak long yakin ramai je ibu-ibu berpantang kat luar sana sangat fobia bila berhadapan dengan masalah ini.

Image result for sembelit ketika berpantang

Ye lah kan, dah lah baru lepas melahirkan. Jika dijahit, kena pula jahitannya panjang maka memang perasaan takut, seram dan ngeri untuk membuang tu memang wujud. Masa belum kenal Shaklee, sayur sawi dan buah betik adalah perkara wajib kak long makan setiap hari. Alhamdulillah, takde lah masalah sembelit masa tu.

Tapi bila dah kenal Shaklee ni, lagilah mudah... Cuma ambil 4-6 biji sehari cik OSTEMATRIX, masalah sembelit boleh hilang. Bukan itu sahaja, ia datang dengan pakej badan cergas dan susu banyak.. Seronok kan..

Korang nak tahu tak bagaimana sebenarnya  CIK OSTEMATRIX melancarkan sistem pencernaan kita?

Dalam Ostematrix ada 3 unsur utama iaitu Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.

Magnesium dan vitamin D membantu penyerapan yang optimum kalsium dalam badan.

Unsur kalsium dan magnesium ini merupakan unsur yang pergerakkan peristalsis (pergerakan macam ombak dalam usus).Peristalsis juga menolak makanan ke dalam perut kita.

Magnesium membantu menenangkan otot dalam usus untuk menghasilkan ritma yang lancar, dan seterusnya membantu mengurangkan sembelit.

Magnesium pula bertindak memerangkap air dan secara tak langsung menyebabkan pertambahan jumlah air dalam kolon. Hasilnya najis yang lembut dan pergerakkan najis lebih lancar. Sekaligus dapat mengelakkan sembelit berlaku.

Jelas tak mekanisma Ostematrix ni bertindak kat dalam usus kita. Harap-harap korang faham ye apa yang kak long cuba terangkan ni :)

Kalau berminat, roger sahaja kak long tau.

Ingat Shaklee Ingat Kak Long

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970



Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Friday, February 10, 2017

RAHSIA ALFALFA YANG PATUT KITA TAHU

Salam sayang 

Kak long memang ada alahan sejak kecik lagi. Setiap pagi kalau tak bersin lebih dari 4 kali bukan kak long lah namanya.

Masa zaman belajar dulu,kak long rajin ambil vitamin C sebab nak kurangkan alahan ni lah...Masa tu beli kat farmasi dan cuba pelbagai brand..nak cari yang sedap je masa tu ;). Tapi ambil vitamin C sahaja pun tak lah membantu sangat,kak long masih berhadapan dengan selesema dan bersin di waktu pagi (atau ketika sejuk). Bersin-bersin tu tetap ada tapi ada kurangnya...

Bila kenal Shaklee, kak long ambil full set untuk resdung dan alahan yang ada ALFALFA, B Complex dan Vitamin C. Alhamdulillah nampak perubahan yang positif. Kurang dah bersin-bersin di waktu pagi tu.. Takde lagi sesi menggosok-gosok hidung (sampai tanggal katanya hahaha). Dan yang paling best tu, sejak amik set resdung ni, bau-bau badan yang ala ala kepam tu pun hilang weiii...

Rupa-rupanya ni semua penangan si ALFALFA ni lah...

Image result for alfalfa shaklee

Alfalfa ni kan akarnya boleh mencecah 6 meter panjang. Bila akarnya panjang, dapatlah ia menyerap nutrein dari dalam tanah dengan lebih banyak dan efisien. Pada masa yang sama, daun alfalfa menghasilkan lebih banyak klorofil melalui proses fotosintesis secara semulajadi.

Alfalfa ni mengandungi vitamin antioksidan seperti ACE serta mikronutrien lain seperti kalsium, magnesium, fosforus serta zat besi. Selain itu, alfalfa ni juga kaya dengan kandungan fiber dan vitamin K.

Beza antara Alfalfa Shaklee dengan jenama Shaklee adalah, Alfalfa Shaklee ditanam secara organik tanpa menggunakan sebarang racun serangga sintetik. Di Shaklee, tablet alfalfa ni adalah hasil pemampatan daun-daun yang telah dikeringkan dan dijadikan serbuk. Hanya daun matang sahaja diambil kerana daun alfalfa yang matang kaya dengan klorofil.

Alfalfa ni juga dikenali sebagai salah satu agen detoks yang lembut. Alfalfa membantu "mencuci" darah serta usus. Sebab itulah, mereka yang mempunyai alahan sangat sesuai untuk mengambil Alfalfa sebagai salah satu vitamin mereka. Apabila usus dan darah lebih "bersih", faktor-faktor intrinsik yang menjadi penyebab alahan dapat dikurangkan.

Ada yang berminat nak dapatkan PRMOSI ALFALFA bulan ni?

Boleh klik link kat sebelah tu ye


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970