Sunday, February 19, 2017

Cara Naikkan Berat Si Kecil

Bila dah bergelar ibu, antara perkara utama yang paling kita risaukan adalah berat baby kita kan. Biasanya untuk 6 bulan pertama, berat baby tiada masalah untuk naik namun bila baby dah mula aktif, masa tu lah antara masa yang sangat mencabar kan

Image result for berat baby


Ada yang kata, tak perlu risau sebab baby dah boleh mula makan masa tu. Tapi kadang-kadang tu mungkin jumlah makanan yang diambil tak setanding dengan tenaga yang digunakan... Ye lah, 6 bulan kedua ni biasanya baby dah mula meniarap, angkat badan, merangkak malah berjalan.. Tentu perlukan lebih tenaga.

Image result for baby merangkak

Ada di kalangan ibu-ibu ni akan memberi bubur yang diblend bersama sayur-sayuran sahaja. Namun kak long ada terbaca artikel mengenai pemakanan baby ni. Untuk bubur tu, sebaiknya harus ada unsur protein seperti ikan atau ayam serta unsur lemak. Untuk unsur lemak biasanya kak long akan masukkan sesudu kecil minyak ke dalam bubur Hana. Baby ni memerlukan lemak dan minyak sebab lemak dan minyak ni adalah kategori makanan yang berkalori tinggi. Jika kita tak membekalkan lemak/ minyak dalam menu harian mereka, berat mereka kurang meningkat dan menu mereka tidak seimbang.

Pemakanan untuk bayi kenalah kreatif untuk mengolahnya. Kalau kita yang dewasa ni pun jemu jika dihadapkan dengan menu yang sama hari-hari apatah lagi mereka. Pelbagaikan unsur dalam sesuatu menu tu. Contoh, jika pagi ni kita dah beri baby kita bubur nasi + ikan + kubis bunga, tengahari tu cuba tukar ke kentang lecek + ayam + lobak merah dan dikisar. Boleh juga jika kita gorengkan keledek atau pisang dan kemudian, kopekkan isinya dan beri baby kita.

Image result for makanan baby

Jangan sekali-kali tambahkan bahan perasa (gula, garam dan bahan lain seumpamanya) sebab ia tidak membantu dalam membekalkan nutrien buat baby kita.

Buat ibu yang menyusu, teruskan penyusuan anda dan jika berat masih tak naik, kak long harap sangat agar ibu-ibu ni teruskan penyusuan anda dan cuba ubah menu atau waktu makan baby. Mereka sebenarnya tak perlukan susu formula pun malah jika kita tambahkan susu formula dalam diet harian mereka, mungkin mereka lagi tidak berminat terhadap makanan.

Ibu-ibu, enjoy feeding your baby :)