Monday, February 13, 2017

Di Sebalik Sunk Into The Womb

Salam sayang 

Malam tadi kak long berkesempatan nak melihat sebuah cerita yang popular di Jepun yang berdasarkan kisah benar. Cerita tu bertajuk "Sunk into the Womb".

Image result for sunk into the womb

Kak long takdelah menonton sepenuhnya namun menonton sekejap-sekejap ni pun dah merobek perasaan keibuan kak long.

Cerita ni diadaptasi dari sebuah kisah benar yang berlaku pada tahun 2010 (kalau tak silap kak long) di Osaka, Jepun. Ia berkenaan sebuah keluarga yang mana si suami telah meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak yang masih kecil (lebih kurang 3 tahun dan seorang dan kurang dari setahun yang seorang lagi).

Untuk menanggung kehidupan mereka 3 beranak, si ibu ni telah keluar bekerja. Pada mulanya, kehidupan mereka ceria dan bahagia namun apabila si ibu ni tersilap memilih kawan (kawan ni yang cadangkan agar si ibu menjadi pelayan) maka pengakhiran mereka sekeluarga menjadi tarumatik

Kak long tak sanggup nak tengok setiap scene selepas si ibu meninggalkan anak-anaknya hampir 3 bulan tanpa ada bekalan makanan sehinggakan anak yang paling kecil tu dah berulat bila si ibu kembali ke rumah. Namun yang lebih menyedihkan apabila si ibu tergamak untuk melemaskan anak yang sulung di dalam tab mandi.

Image result for sunk into the womb

Apa yang terjadi seterusnya (jika mengikut cerita asal) si ibu ini kemudiannya ditangkap dan dibicarakan. Si ibu ini dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun atas kesalahan mengabaikan sehingga menyebabkan kematian kedua-dua kanak-kanak tersebut.

Kat negara kita pun pernah digemparkan dengan penemuan kanak-kanak OKU yang dibiarkan dalam sebuah bilik dan bila ditemui kanak-kanak tersebut sangat uzur keadaannya kerana kurang zat.

Kat sinilah sebenarnya peranan hidup berjiran dan bermasyarakat tu. Nampak kan kepentingannya. Nasihat untuk diri kak long sendiri, supaya sentiasa menghargai anak-anak serta keluarga dan tak lupa menjadi jiran tetangga yang baik dan berfungsi.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970