Thursday, February 16, 2017

Merancang Percutian Mesra Poket

Salam sayang 

Kawan-kawan kat luar tengah buat apa tu? Yang bekerja sila teruskan kerja ye..yang sedang bersantai-santai tu nikmatilah masa yang ada dengan penuh ceria

Bila cakap bercuti ni kan... Ramai yang nampak kena guna duit banyak, kena amik masa cuti sekolah, kena pergi jauh-jauh kan...Rasa kadang-kadang tu macam membazir pulak bila kita fikir nak pergi bercuti ni

Tapi sebenarnya kan, bercuti ni tak perlu belanja yang besar (tapi ni bergantung pada individu). Pada kak long, jika nak mendekatkan anak-anak dengan alam, nak mengeratkan silaturrahim dengan ahli keluarga..boleh je pilih tempat atau lokasi yang murah dan yang paling penting mesra poket anda sekeluarga.

Korang boleh sediakan tabung khas jugak untuk percutian ni. Sama ada korang masukkan setiap bulan amaun tertentu atau masukkan duit hijau atau oren ke dalam tabung percutian tu. Bila dah tiba masa, bolehlah pecahkan tabung tu :)

Biasanya bila nak bercuti, kita kena survey dulu kos yang diperlukan. Dan biasanya kalau cuti sekolah lebih sedikit harga pengangkutan dan penginapan kan... Jadi sebelum kita ambil keputusan untuk pergi ke mana-mana destinasi, survey dulu blog atau website. Secara tak langsung kita dah boleh buat anggaran jumlah perbelanjaan.

Untuk hotel atau apartment atau homestay, kak long galakkan korang baca review sekali. Kadang-kadang harga mahal tapi tak semestinya review bagus kan. Pilih yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga serta harga dan review ye.

Kalau pengangkutan pula, boleh survey tiket-tiket yang murah yang ada dipromosikan. Tawarn macam ni biasanya sekejap je. Jadi kalau rasa nak bercuti hujung tahun, dah kena ada mind setting dari awal tahun lagi. Jadi bila syarikat penerbangan terutamanya buat promosi tiket murah, kita pun dah bersedia.

Harap-harap entry kak long ni serba sedikit membantu korang-korang kat luar tu untuk merancang percutian yang mesra poket lagi bermakna bersama keluarga

Selamat Bercuti! Aloha!

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970