Thursday, March 2, 2017

Air Dan Kita

Salam sayang

Image result for water

Dalam badan kita 60-70% adalah terdiri daripada kandungan air. Sebab itulah kita manusia takkan dapat hidup lebih dari 4 hari jika keputusan air. Tapi ramai di antara kita yang meremehkan pengambilan air ni.

Setiap hari kita digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas yang mana 1 gelas bersamaan dengan 250mL air dan ini menjadikan jumlah kesuluruhan air yang patut diambil adalah 2 Liter. Air yang kak long maksudkan ini adalah air kosong ye bukan jus atau air berperisa.

Image result for drinking water

Kenapa perlunya kita mengambil air kosong ni? Ini antara fungsi air yang penting buat kita

* Menggerakkan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang sistem dalam badan kita. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi. Air merupakan alat pengangkutan terbaik.

*Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan dan sayur-sayuran sekarang tak macam dulu. Kebanyakannya kini disembur dengan racun serangga malah baja yang digunakan pun kebanyakannya baja sintetik. Haiwan ternakan pula makanan mereka dicampur dengan hormon serta antibiotik yang membolehkan mereka matang dan besar dengan lebih cepat. Tak termasuk pula dengan air serta udara yang kita hirup, penuh dengan bahan tercemar

*Mengelakkan dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Antara tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia serta sembelit

Image result for benefits of drinking water
Antara kepentingan air:

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). 
Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan 8-10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” 

Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak. Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Ini menyebabkan kebanyakn kita mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak. Jadi apa kata kita ubah. Bila kita rasa lapar kita minum segelas air

Dah habis baca? Apa kata lepas baca ni kita minum segelas air. Ingat air kosong tau. Air kosong ni Zero Kalori :)

Image result for kids drinking water


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970