Sunday, March 26, 2017

Aktiviti Cuti Sekolah

Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Al-Baghdadi Cawangan Seri Manjung




Alhamdulillah. Selesai sudah program anak-anak bersama dengan Al-Baghdadi Seri Manjung. Jumaat lepas adalah hari terakhir Anas dan Muaz mengikuti kem sempena cuti sekolah anjuran Al-Baghdadi Seri Manjung.

Ini kali pertama kak long menghantar anak-anak mengikuti kem sebegini. Sebelum ini, masa mereka banyak dihabiskan di rumah sahaja. Niat awal kak long adalah untuk mengurangkan kebergantungan anak-anak daripada gajet serta untuk mereka mengisi masa lapang. Di samping mengurangkan lah aktiviti pertengkaran dan pergaduhan di rumah :). Alhamdulillah, ada kesan positif yang lain pula sepanjang mereka mengikuti program ini.

Antara kesan positif yang kak long boleh nampak adalah jika sebelum ini, Anas terutamanya agak liat untuk disuruh bersolat, namun sejak menghadiri kem ini, kak long dan encik suami kurang bising-bising menyuruh solat. Seakan faham, sebaik sahaja azan berkumandang, Anas terus mengajak adik-adik (Muaz dan Hanis) mengerjakan solat. Kadang-kadang ada kak long tersentap juga, ya lah kita pun ada masanya terlewat namun syukur peringatan yang sangat baik untuk kami berdua.

Al-Baghdadi ini secara asasnya adalah pusat tahfiz yang mengajar anak-anak sedari 4 tahun lagi supaya dekat dengan Al-Quran. Sepanjang kem ini berlangsung, mereka didedahkan dengan surah tertentu dan perlu menghafaz beberapa ayat dari surah yang ditugaskan. Mereka menggunakan teknik hafazan Al-Baghdadi.

Anas nampaknya berminat untuk menyertai kelas tahfiz ini. In shaa Allah, bermula April 2017 ini, kelas tahfiz hujung minggu Anas akan bermula. Setakat ini, Muaz belum lagi menunjukkan minat untuk menghafaz Al-Quran, mungkin minatnya akan timbul sebaik dia melihat abangnya menghafaz. In shaa Allah. Yang pasti doa dan redha kak long dan suami akan sering mengiringi anak-anak dan semoga mereka menjadi anak soleh dan solehah.

Selain beraktiviti di dalam kelas, terdapat juga aktiviti lain seperti jom kreatif. Mereka berpeluang menunjukkan bakat seni mereka. Ada juga slot chef cilik. Muaz teruja membuat sandwich sendiri dan asyik memuji yang sandwich yang dibuatnya sangat sedap.

Dan hari Khamis lepas adalah hari yang mereka sangat tunggu. Apa tidaknya, aktiviti pada hari Khamis adalah pergi ke Kidzoona (kawasan permainan di Aeon Jusco Manjung) serta berkuda. Mereka berpeluang menunggang kuda sendirian dengan pemantauan. Siap minta kak long belikan kuda seorang seekor lagi (alahai anak...kalaulah semudah membeli kucing :) )

Siapa yang tidak suka melihat anak-anak seronok dengan aktiviti yang pelbagai kan. Alhamdulillah, kali ini cuti mereka lebih terarah. In shaa Allah jika ada kesempatan dan kemampuan, pada musim cuti akan datang, kak long akan daftarkan mereka sekali lagi. Kali ini termasuk mek Hanis juga :)
Ada yang berminat untuk mencuba produk Shaklee?

Hubungi
Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970