Sunday, March 26, 2017

Alahan Protein Susu Lembu

Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Google

Image result for alahan susu lembu

Sekarang ini, banyak iklan di televisyen yang mempromosikan susu yang berasaskan soya. Kenapa? Kerana ada di antara bayi dan kanak-kanak yang menghadapi masalah ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU. Ingin tahu lebih lanjut mengenai alahan ini? Jemput baca perkongsian di bawah ye.

Apa itu ALAHAN PROTEIN SUSU LEMBU?

Alahan protein susu lembu merupakan alahaan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindakbalas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Sistem imun tersilap mengesan protein susu lembu sebagai sesuatu yang perlu dielakkan lalu ia mencetuskan tindak balas alergi/ alahan.

Terdapat 5-8% kanak-kanak di seluruh dunia yang mengalami alahan protein susu lembu. Masalah ini berterusan sehingga mereka melalui peringkat remaja. Statistik menunjukkan 1.0-17.5% kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak prasekolah dan 1.0-13.5% adalah kanak-kanak berusia 5-16 tahun.

Bagaimana kita boleh mengesan gejala alahan protein susu lembu?

Tanda-tanda alahan boleh dilihat selepas anak-anak terdedah kepada protein susu lembu. Ia tidak terhad kepada susu sahaja tetapi turut merangkumi produk tenusu seperti keju dan mentega. Sesetengah kanak-kanak mungkin menunjukkan lebih dari 1 tanda sahaja.

Antara tanda anak anda mengalami alahan protein susu lembu adalah:
* ekzema atau gatal-gatal pada mana-mana anggota badan
* mata berair, merah serta gatal
* cirit-birit
* muntah serta loya
* hidung berhingus dan kerap bersin
* batuk yang berterusan

Jika anak anda ada mengalami tanda di atas, kemungkinan besar anak anda alah terhadap protein susu lembu. Jadi hentikan sementara dan boleh cuba kenalkan kembali dengan susu atau produk berasaskan susu lembu kemudian hari.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970