Wednesday, March 8, 2017

BENGKAK JANTUNG

Salam sayang 

Sejak 2 minggu yang lalu, Anas batuk-batuk dan sakit-sakit badan. Berulang ke doktor beberapa kali dan kemuncaknya bila dia mengadu sakit dada.

Disebabkan Anas ni memang ada menghidap Rheumatoid carditis maka kami terus menuju ke kecemasan. Anas diperiksa dengan terperinci termasuk melakukan x-ray dan echocardiogram. Alhamdulillah ketika menerima keputusannya tiada apa yang serius dan doktor menjangkakan yang batuk menyebabkan dada Anas sakit. Kami dibekalkan dengan ubat batuk dan demam sahaja.

Itu cerita 20 Februari yang lalu.

Tiada banyak perubahan selepas lawatan ke kecemasan hari tu. Anas masih mengadu sakit badan dan masih tidak boleh tidur berbaring. Beberapa bantal harus diletakkan di bahagian belakang supaya dia lebih selesa. Keadaan ini mengingatkan kami apa yang terjadi 2 tahun lepas.

Sejujurnya hati kak long ada sedikit resah. Dan ia terbukti apabila kami membawa Anas ke pemeriksaan rutin bersama Pakar Pediatrik, Dr Khairi di Hospital Manjung semalam.

Sekali lagi, x-ray dilakukan. Nampak beza saiz jantung Anas dan ia mengesahkan yang jantung Anas kembali bengkak. Ini juga punca kenapa batuk Anas tidak juga sembuh walaupun berbotol ubat batuk dah diambil. Doktor pakar menambah sejenis lagi ubat untuk Anas serta meningkatkan dos ubat untuk jantung Anas.

Perjumpaan semula dengan Dr Khairi adalah pada 21 Mac 2017, 2 minggu dari sekarang. Semoga Anas kembali sembuh.

Mohon doa juga dari kalian yang menjadi pembaca www.rahsiasihat.com ini. Doakan agar Anas cepat sembuh dan doakan kami agar diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi ujian ini.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970