Thursday, March 9, 2017

Bila Anak Tak Sihat

Salam sayang 

Pagi Jumaat lepas, masa kak long bawa si kecil Hana ke klinik ( demam selsema) ramai sungguh ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Dari sekecil bayi hinggalah yang berusia 12 tahun. Kebanyakan daripada mereka menghidapi demam, batuk dan selesema.

Kak long suka nak kongsikan apa yang boleh kita ibu bapa lakukan ketika anak-anak kita sakit selain dari berjumpa doktor.

i) Antara petua atau pesanan yang pernah guru kak long berikan adalah dengan bersedekah atas nama si anak yang sakit itu. Hikmah bersedekah ni kan salah satunya adalah membentengkan diri dari segala macam kecelakaan, jadi semoga dengan niat sedekah itu, kesihatan anak kita bertambah baik

ii) Membaca dan mensedekahkan Surah Yaasiin serta Al-Waqiah buat mereka. Dengan bacaan surah-surah ini, ia membantu meniupkan semangat yang positif kepada roh kita sekaligus ia membantu dalam menentang/ melawan sakit yang mereka hadapi

iii) Membuat solat hajat untuk mereka. Doa ibu dan ayah terutamanya ibu adalah doa yang tiada hijabnya. Jadi walaupun hanya sekadar demam, tak salahkan kita buatkan solat hajat untuk mereka

Inilah antara apa yang kak long buat. Ubat doktor serta vitamin tetap kak long berikan. Dan sebagai salah satu usaha spiritual, 3 perkongsian di atas boleh dilakukan.

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970