Sunday, March 26, 2017

Kelas Euphoria Leader Build Leaders (LBL) 2

Salam sayang 

Teks: Nur Adha Mansor
Gambar: Nur Adha Mansor




Ini entri tertunggak sebenarnya. Pada bulan Februari 2017 yang lalu, lebih tepatnya tarikh 19 Februari, bertempat di Hotel Sri Petaling, Kumpulan Euphoria di bawah bimbingan Kak Norita (bonda bisnes kak long) telah mengadakan Kelas Leader Build Leader Module 2. Kelas tersebut bermula jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang.

Secara dasarnya dalam kelas ini, kami pengedar sah Shaklee di bawah Grup Euphoria telah diajar
- Bagaimana sebagai seorang SID ingin mengembangkan organisasi?
- Bagaimana menjadi leader yang berkesan?
- Apakan tugasan seorang leader dan apa yang perlu leader uruskan dalam memastikan organisasi semakin mantap.
- Apakah profil seorang leader.

Kelas ini sangat menarik sebab kadangkala kita tidak tahu teknik sebenar dalam menguruskan organisasi bisnes kita. Selain dari belajar teknik-teknik di atas, kami turut dibekalkan dengan nota yang boleh dirujuk apabila pulang ke rumah. Kami turut diajar bagaimana hendak mengenalpasti keistimewaan produk Shaklee supaya mudahlah memberi konsultasi apabila berurusniaga dengan pihak pelanggan nanti.

Kak N turut menekankan fungsi seorang SID yang bergelar isteri. Walau apa jua bidang pun kita ceburi, jangan sekali-kali kita lupakan tugas utama sebagai isteri dan ibu. Redha suami paling penting kerana itulah kunci kejayaan kita dalam kehidupan. Redha suami membawa kepada keredhaan Allah kan. Sebab dalam hidup ini kita kumpulkan untuk pelaburan akhirat kelak. Sia-sia sahaja jika kita hanya ingin berjaya semata di dunia namun muflis di akhirat.

Alhamdulillah kak long dipertemukan dengan Grup Euphoria ini. Banyak membimbing dan mendidik agar keseimbangan dunia dan akhirat sama dititikberatkan. Doakan agar kumpulan SuriJutawan kak long berjaya dan In shaa Allah ilmu yang diperolehi dalam kelas ini dapat dipraktikkan.

Ingin mencuba produk Shaklee?

Hubungi

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

No comments:

Post a Comment

Jom share