Sunday, March 5, 2017

PERBEZAAN SHAKLEE

Salam sayang 

Shaklee sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan produk atau syarikat pengeluar makanan kesihatan yang lain

SHAKLEE SENTIASA SELAMAT

Kami telah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Kami menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Kami hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.

Produk kami tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapatdalam produk pesaing.

Kami bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan kami mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk kami.
350 Ujian bagi setiap kandungan | 23,000 Ujian Keaslian dan Keselamatan setiap tahun | 100,000 Ujian Kualiti Produk setiap tahun
TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida


































SHAKLEE SENTIASA BERKESAN

Bukti Saintifik & Klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Kami menjamin keberkesanan agar anda sentiasa yakin bahawa produk Shaklee Always Works.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suplemen Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suplemen langsung.


  



Penjelajah Bertaraf Dunia & Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, anda juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Ia membuktikan bahawa kami komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, kami telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan kami.

1983 | Mount Everest | First American ascent without OxygenGunung Everest
Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.
1986 | Voyager | 1st non-stop flight around worldVoyager
Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.
1986 | Will Steger | Olar ExplorationWill Steger
Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.
1987 | Daedalus | First human powered flight across AegeanDaedalus
Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.
1993 | Daedalus | First human powered flight across AegeanNASA
Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.






















































SHAKLEE SENTIASA MESRA ALAM

Hidup Harmoni dengan Alam Semula Jadi

Dr. Shaklee adalah pelopor Shaklee Corporation yang mengamalkan prinsip Living in Harmony with Nature®. Kami terus setia membawa legasi ini dan menjamin bahawa produk kami Always Green.

Kami sentiasa menggembleng usaha untuk mewujudkan dunia yang lebih baik. Kami berbangga menjadi syarikat diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti kami bagi menjana impak sifar bersih terhadap alamsekitar – dan kami melakukannya sebelum ia dipraktikkan secara meluas. Kami telah menghasilkan pencuci biorosot yang pertama, dan terus berusaha untuk menyediakan produk mampan yang Safe for You, Your Home and Your Planet®.

Safe for You, Your Home, and Your Planet®
 
Syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral®

Perintis produk pencuci rumah yang tidak beracun dan biorosot.



Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970