Wednesday, April 26, 2017

SET NUTRIWHITE - JOM KENAL

Salam sayang 

Seperti yang kak long janjikan, entri kali ini kak long kongsikan setiap item yang ada di dalam SET LENGKAP NUTRIWHITE

Di bawah adalah senarai bahan penjagaan kulit yang terdapat pada 
SET LENGKAP NUTRIWHITE:

Gentle Deep Foam Cleansing
Soothing Radiance Whitening Softener 
Daily Defense Whitening Essence
Ultimate Protection Whitening Lotion
Overnight Renewal Whitening Cream
Gentle Action Makeup Remover
Spot Whitening Treatment

Gambarajah di bawah menunjukkan bagaiman setiap satu item berfungsi serta waktu yang sesuai untuk kita memakainya




Jika berminat untuk mendapatkan set NUTRIWHITE seperti di atas, boleh hubungi

Nur Adha @ Kak Long 
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 
019-7987970

MISI KULIT CANTIK dengan NUTRIWHITE

Salam sayang 

Ramai yang tidak tahu Shaklee turut mempunyai rangkaian penjagaan kulit. Terdapat 2 jenis iaitu Enfuselle dan Nutriwhite. Hari ini kak long ingin berkongsi mengenai SET NUTRIWHITE terlebih dahulu

Info tentang Nutriwhite Shaklee
  • Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
  • 3 tahun pembangunan produk
  • Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
  • Ujian yang menyeluruh
  • Ramuan gabungan yang optimum
  • Selamat dan berkesan
  • Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti 
  • Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya

Inilah set lengkap penjagaan kulit NUTRIWHITE. 

NUTRIWHITE dihasilkan dari bahan semulajadi berunsurkan tumbuhan. Senarai di bawah adalah bahan-bahan yang terdapat dalam NUTRIWHITE Shaklee. Terdapat 16 jenis tumbuhan kesemuanya.
  1. Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
  2. Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
  3. Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
  4. Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
  5. Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
  6. Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
  7. Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
  8. Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
  9. Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
  10. Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
  11. Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
  12. Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
  13. Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
  14. Marshmallow - melembapkan dengan tanin
  15. Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
  16. Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan
Melihat kepada senarai di atas, tidak hairan lah kenapa NUTRIWHITE ini menjadi kegilaan ramai sehinggakan kerapkali item di dalam SET NUTRIWHITE ini hilang dari stok.

Ini baru bab pengenalan NUTRIWHITE. Nanti kak long sambung semula apa item yang ada dalam SET LENGKAP NUTRIWHITE dalam entri seterusnya ya. Selamat membaca 


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Friday, April 21, 2017

HQ Shaklee yang Baru!

Salam sayang 

Buat semua pembaca setia rahsiasihat.com ini, kak long nak beritahu yang bermula 25 April 2017 (iaitu Selasa hadapan), HQ Shaklee tidak lagi beroperasi dari The Pinnacle Sunway. 

Sepanjang kak long berShaklee, ini adalah kali ketiga Home Office Shaklee berpindah. Sebelum ini, HQ Shaklee beroperasi dari Empire Tower Subang. Pada 25 Ogos 2014, HQ Shaklee meneruskan operasi di tempat baharu iaitu di Sunway Pinnacle sehingga ke hari ini.

Memilih tarikh 25 April 2017, sekali lagi HQ Shaklee berhijrah ke tempat yang baru.

Alamat terbaharu HQ Shaklee:
Level 2,  Sunway Geo Tower, Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway

Jadi selepas ini, jangan pula ke Pinnacle Sunway ye. Tandakan siap-siap alamat baru HQ Shaklee ni dalam waze anda :)



Ingat Shaklee Ingat Kak Long

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Tuesday, April 18, 2017

MUDAHNYA BERSHAKLEE

Salam sayang 

Teringat semasa di awal pembabitan kak long dengan Shaklee.

Masa itu, tidak semudah sekarang. Segala pesanan dibuat melalui fax atau e-mel kepada pegawai Shaklee/ wakil cawangan atau Home Office. Selain itu, pesanan melalui telefon lebih mudah namun talian telefon agak sukar ditembusi. Kadangkala untuk membuat pesanan yang agak penting perlu menelefon minimum 3 kali.

Apabila tiba hujung bulan atau hari penutup, maka beramai-ramai berarak ke cawangan untuk mengambil GE (Genealogy Enquiry). Tetapi biasanya 2-3 hari sebelum hari terakhir bulan, kak long akan menelefon Shaklee dan meminta mereka memberitahu berkenaan kumpulan kak long.

Namun ia berubah menjelang October 2013 yang lalu. Satu sistem online iaitu shaklee2u.com.my telahpun dilancarkan. Dengan adanya sistem online ini, maka semua pengedar Shaklee aka SID boleh membuat pesanan secara dalam talian yang mana ia lebih mudah dan ringkas.


Bukan sekadar membuat pesanan, malah prestasi kumpulan juga dapat dilihat setiap hari. Ingin tahu jumlah bonus pada bulan tersebut juga boleh klik pada tab tertentu.

Selain itu, sistem online ini turut menjadi medium untuk pihak syarikat Shaklee memberitahu berita dan pengumuman terkini kepada pengedar tanpa mengira pangkat. Jadi ia turut memudahkan penyaluran maklumat yang sahih dan tepat.

Pendaftaran ahli baru secara online turut memudahkan tugas kami para SID Shaklee. Jadi sebenarnya, susah ke nak meniaga Shaklee ni ye?

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Mengidam ketika hamil, FAKTA atau AUTA?


Sudah menjadi kebiasaan kita, sebaik sahaja disahkan hamil, pasti akan diikuti dengan sindrom MENGIDAM. Lazimnya, apabila MENGIDAM ia berkait rapat dengan makanan. 

Image result for mengidam ketika hamil

Keinginan yang membuak-buak tanpa dapat ditahan terhadap sesuatu makanan sama ada yang biasa dimakan atau yang luar biasa mungkin definisi yang agak tepat untuk maksud MENGIDAM ini.

Kak long sendiri ketika hamil anak kedua, Muaz, boleh dikatakan 3-4 kali dalam seminggu akan pekena Char Koay Teow. Rasanya itulah menu yang sangat sedap dan tidak boleh digantikan dengan yang lain. 

Tetapi adakah MENGIDAM KETIKA HAMIL ini suatu FAKTA atau AUTA ye? Kak long kongsikan sedikit artikel yang diperolehi dari www.majalahpama.my untuk rujukan kalian

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

3. Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

4. Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

Tuesday, April 4, 2017

KeUNIKan VIVIX

Salam sayang 

Sekarang Ini setiap pagi Encik suami tidak perlu diingatkan lagi. Langsung ke dapur, ambil sudu dan membuka peti sejuk. Objek pertama yang dituju adalah sebotol VIVIX. 1 sudu VIVIX dan segelas air setiap hari sudah menjadi rutin buat beliau. Semalam masuk botol ketiga. Ini adalah salah satu usaha kak long untuk mengurangkan ketagihan merokok encik suami. Moga dipermudahkan ya.

Kak long nak cerita keUNIKan dan keISTIMEWAan VIVIX ni pada kalian.

Image result for muscadine dan vivix

Salah satu bahan dalam Vivix adalah ANGGUR MUSCADINE. Saiz anggur sahaja sudah sebesar bola golf. Harga sebiji kalau tidak cecah ratusan bukan Muscadine lah tu. Anggur Muscadine ini banyak mengandungi antioksidan dan fitokimia yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

ISTIMEWA sangat MUSCADINE kerana:

 satu-satunya anggur yang mempunyai lebih 1 kromosom
 mempunyai kandungan antioksida 40x lebih tinggi berbanding anggur biasa
 mengandungi polifenol ANTOSIANIN yang bertindak sebagai antibiotik dan anti-inflammasi semulajadi
 mengandungi ASID ELLAGIK yang berfungsi sebagai bahan antikanser dan serta mengurangkan tekanan oksidatif. Satu kajian yang telah diterbitkan oleh "Journal of Agricultural and Food Chemistry" menemukan anggur Muscadine kaya dengan Asid Ellagik. Menurut American Institute for Cancer, Asid Ellagik boleh merencatkan perkembangan kanser


Menurut Harvard School of Public Health, apabila kita mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan secara konsisten, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, alzheimer, kanser dan penyakit kronik yang lain.


Ada yang mengatakan harga VIVIX ni mahal namun barang yang premium tentu bertepatan dengan harganya bukan. Jika dibandingkan dengan kos perubatan yang bakal kita bayar kelak, rasanya harga VIVIX bukan lagi persoalan.


Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Monday, April 3, 2017

Nak turunkan dan kawal KOLESTEROL

Salam sayang 

Hai semua 😄

Kak long harap korang semua sihat dan ceria-ceria selalu ye.

Kebelakangan ini, kak long sering menerima berita tentang sahabat seumur yang menderita akibat strok. Dalam usia yang tidak berapa nak remaja lagi ni, memang kak long rasa sangat bimbang. Kadangkala kita dah jaga gaya hidup namun mungkin disebabkan tekanan sama ada di tempat kerja mahupun persekitaran rumah, ia juga menjadi faktor penyumbang.

Hari ini kak long nak kongsikan lebih kepada menjaga cara pemakanan yang betul yang boleh membantu mengurangkan risiko berlakunya serangan jantung atau angin ahmar yang berpunca dari KOLESTEROL TINGGI.

Kolesterol yang tinggi memang sangat berbahaya kepada kesihatan kita secara amnya. Ini kerana ia boleh menyebabkan salur darah tersumbat. Yang menjadi kerisauan apabila salur darah yang tersumbat adalah salur darah di organ jantung.

Shaklee telah menyediakan 2 rumusan khusus untuk masalah kolesterol ini.

i) Phytocol-ST

Image result for phytocol shaklee

   🍀 Dihasilkan dari gabungan 2 bahan iaitu sterol dan stanol
   🍀 Membekalkan sehingga 2000mg fitosterol yang berasaskan tumbuhan setiap hari
   🍀 Membekalkan sehingga 100% fitosterol seperti yang dicadangkan oleh National Institute of Health
   🍀 Mencegah penyerapan kolesterol dan menurunkan kolesterol jahat (LDL)

ii) Omega Guard

Image result for omega guard

  🍀 Dihasilkan dari proses penyulingan molekul berperingkat (Triple Molecullar Distillation) 
   🍀 1 sajian Omega membekalkan sehingga 905mg asid lemak Omega-3, EPA dan DHA
   🍀 Ketulenan dijamin dan berGRED Farmasi
   🍀 Mencegah penyerapan kolesterol dan menurunkan kolesterol jahat (LDL)

Berminat untuk mendapatkan SET KOLESTEROL?

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

VITAMIN UNTUK KULIT

Salam sayang

Rajin tak korang membelek-belek muka kat cermin tu.

Ada tak bintik-bintik hitam atau putih terutamanya di bahagian T (T-Zone). Kalau ada, senasib lah kita ye. Memang sangat rimas bila ternampak je makhluk putih dan hitam ni kan. Kekadangan tu rasa nak cungkil aje bagi keluar dan bersih kulit kita.

Selain masalah bintik atau noda hitam dan putih, apabila usia meningkat ke 40an, masalah jeragat pula akan timbul. Jeragat seringkali dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon serta kekurangan sumber kolagen di dalam badan.

Untuk mengatasi masalah kulit sebenarnya pengambilan VITAMIN yang betul banyak membantu



i) Vitamin C

Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen. Ramai di antara kita yang mengamalkan produk berunsurkan kolagen. Tetapi sebenarnya dengan pengambilan vitamin C yang konsisten ia membantu penghasilan kolagen yang lebih baik

Keistimewaan Vitamin C Shaklee >>> Terdiri daripada gabungan 120mg Bioflavonoid yang membantu tindakan vitamin C lebih efektif serta bertindak secara pelepasan masa. Ini bermaksud 1 biji tablet 500mg akan dilepaskan setiap 1 jam dengan kadar 100mg

ii) Vitamin E

Turut digelar vitamin awet muda kerana ia membantu melambatkan penuaan. Vitamin E juga dikatakan menyeimbangkan hormon serta mengawal kandungan minyak/ sebum pada liang roma kulit.

Keistimewaan Vitamin E Shaklee >>> Vitamin E dari unsur semulajadi (d- alfa-tokoferol) sebanyak 400iu per kapsul. Mengandungi unsur Selenium (10mcg) yang mana selenium dan vitamin E bertindak bersama-sama secara sinergistik. Selain itu, Vitamin E Shaklee mempunyai ekstrak biji anggur yang memberikan kadar antioksidan 20x ganda lebih tinggi berbanding vitamin E.

iii) Protein

Membantu mengurangkan kesan hitam akibat kulit mati. Menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Kulit yang tidak cukup protein akan lebih mudah kusam dan tidak bersinar.

Keistimewaan ESP Shaklee >>> lengkap dengan 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Dihasilkan tanpa melibatkan proses beralkohol. ESP dihasilkan daripada soya yang asli dan bukan diubahsuai genetik. Melalui program pemantauan penghasilan soya yang berkualiti iaitu IPP (Identity Preservation Program). 1 hidangan ESP bersamaan dengan 14g protein dan mempunyai GI yang rendah iaitu 39 sahaja



Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970

Sunday, April 2, 2017

Bekerja Dari Rumah - Akhirnya 1 Realiti

Salam sayang 

Kalian pembaca rahsiasihat.com sudah ambil makan tengah hari? Alhamdulillah kak long dan anak-anak baru selesai.

Image result for wahm

Lambat sedikit berblogging hari ini. Menyelesaikan tugas di rumah bersama anak-anak terlebih dahulu. Alhamdulillah, tugas telah selesai boleh lah jenguk-jenguk blog ini kan.

Macam ini lah apabila kita sudah menjadi ibu bekerjaya dari rumah. Memang perit di awalnya sebab tidak pernah betul-betul mengendalikan anak-anak sepenuh masa. Sebelum ini tugas mengasuh kita kontrakkan pada orang lain, jadi nampak mudah kan. Apabila kita sendiri yang mengasuh anak barulah tahu pahit manis masam masin pelbagai rasalah katanya.

Memang tidak mudah. Adakala kak long sendiri macam nak menangis sangat-sangat namun kembali mengingatkan diri yang inilah apa yang kak long impikan, Alhamdulillah Allah hilangkan rasa sedih dan bangkit dengan lebih cekal dan tenang. Bersyukur juga kak long dikurniakan pasangan yang boleh bertolak ansur dan memahami.

Yang mana ingin berhenti kerja dan ingin mencuba-cuba kerja dari rumah, pertimbangkan semasak-masaknya. Meninggalkan dunia profesional dan kembali bergelut dengan pelbagai rencam di ceruk rumah sememangnya sangat mencabar jiwa dan emosi. Usahakan untuk istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan.

Doakan agar kak long berjaya dalam bisnes Shaklee kak long ini serta berjaya juga mencorakkan anak-anak dengan tangan kami suami isteri In shaa Allah

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

Cycle 2017/2018 - Cycle Baru Shaklee

Salam sayang 

Alhamdulillah semalam 1 April 2017 bermula lah cycle bisnes kami yang baru iaitu CYCLE 2017/2018

Masih banyak yang perlu kak long lakukan untuk mengembangkan bisnes Shaklee kak long ini. Lebih ramai lagi yang perlu kak long bantu untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Masih ramai yang mencari vitamin yang boleh membantu masalah kesihatan mereka. 

Apa yang kak long lakukan sekarang masih belum cukup sebenarnya. Korang yang membaca, doa-doakan kak long agar dapat membantu lebih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan kak long dan team kak long ye.

Semoga cycle 2017/2018 membawa kejayaan yang lebih banyak pada kak long dan tim GPM (terutamanya tim Ignite)


Image result for shaklee

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970