Sunday, April 2, 2017

Bekerja Dari Rumah - Akhirnya 1 Realiti

Salam sayang 

Kalian pembaca rahsiasihat.com sudah ambil makan tengah hari? Alhamdulillah kak long dan anak-anak baru selesai.

Image result for wahm

Lambat sedikit berblogging hari ini. Menyelesaikan tugas di rumah bersama anak-anak terlebih dahulu. Alhamdulillah, tugas telah selesai boleh lah jenguk-jenguk blog ini kan.

Macam ini lah apabila kita sudah menjadi ibu bekerjaya dari rumah. Memang perit di awalnya sebab tidak pernah betul-betul mengendalikan anak-anak sepenuh masa. Sebelum ini tugas mengasuh kita kontrakkan pada orang lain, jadi nampak mudah kan. Apabila kita sendiri yang mengasuh anak barulah tahu pahit manis masam masin pelbagai rasalah katanya.

Memang tidak mudah. Adakala kak long sendiri macam nak menangis sangat-sangat namun kembali mengingatkan diri yang inilah apa yang kak long impikan, Alhamdulillah Allah hilangkan rasa sedih dan bangkit dengan lebih cekal dan tenang. Bersyukur juga kak long dikurniakan pasangan yang boleh bertolak ansur dan memahami.

Yang mana ingin berhenti kerja dan ingin mencuba-cuba kerja dari rumah, pertimbangkan semasak-masaknya. Meninggalkan dunia profesional dan kembali bergelut dengan pelbagai rencam di ceruk rumah sememangnya sangat mencabar jiwa dan emosi. Usahakan untuk istikharah sebelum membuat apa-apa keputusan.

Doakan agar kak long berjaya dalam bisnes Shaklee kak long ini serta berjaya juga mencorakkan anak-anak dengan tangan kami suami isteri In shaa Allah

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

No comments:

Post a Comment

Jom share