Tuesday, April 18, 2017

Mengidam ketika hamil, FAKTA atau AUTA?


Sudah menjadi kebiasaan kita, sebaik sahaja disahkan hamil, pasti akan diikuti dengan sindrom MENGIDAM. Lazimnya, apabila MENGIDAM ia berkait rapat dengan makanan. 

Image result for mengidam ketika hamil

Keinginan yang membuak-buak tanpa dapat ditahan terhadap sesuatu makanan sama ada yang biasa dimakan atau yang luar biasa mungkin definisi yang agak tepat untuk maksud MENGIDAM ini.

Kak long sendiri ketika hamil anak kedua, Muaz, boleh dikatakan 3-4 kali dalam seminggu akan pekena Char Koay Teow. Rasanya itulah menu yang sangat sedap dan tidak boleh digantikan dengan yang lain. 

Tetapi adakah MENGIDAM KETIKA HAMIL ini suatu FAKTA atau AUTA ye? Kak long kongsikan sedikit artikel yang diperolehi dari www.majalahpama.my untuk rujukan kalian

1. Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

2. Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

3. Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

4. Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya
~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Jom share