Tuesday, April 18, 2017

MUDAHNYA BERSHAKLEE

Salam sayang 

Teringat semasa di awal pembabitan kak long dengan Shaklee.

Masa itu, tidak semudah sekarang. Segala pesanan dibuat melalui fax atau e-mel kepada pegawai Shaklee/ wakil cawangan atau Home Office. Selain itu, pesanan melalui telefon lebih mudah namun talian telefon agak sukar ditembusi. Kadangkala untuk membuat pesanan yang agak penting perlu menelefon minimum 3 kali.

Apabila tiba hujung bulan atau hari penutup, maka beramai-ramai berarak ke cawangan untuk mengambil GE (Genealogy Enquiry). Tetapi biasanya 2-3 hari sebelum hari terakhir bulan, kak long akan menelefon Shaklee dan meminta mereka memberitahu berkenaan kumpulan kak long.

Namun ia berubah menjelang October 2013 yang lalu. Satu sistem online iaitu shaklee2u.com.my telahpun dilancarkan. Dengan adanya sistem online ini, maka semua pengedar Shaklee aka SID boleh membuat pesanan secara dalam talian yang mana ia lebih mudah dan ringkas.


Bukan sekadar membuat pesanan, malah prestasi kumpulan juga dapat dilihat setiap hari. Ingin tahu jumlah bonus pada bulan tersebut juga boleh klik pada tab tertentu.

Selain itu, sistem online ini turut menjadi medium untuk pihak syarikat Shaklee memberitahu berita dan pengumuman terkini kepada pengedar tanpa mengira pangkat. Jadi ia turut memudahkan penyaluran maklumat yang sahih dan tepat.

Pendaftaran ahli baru secara online turut memudahkan tugas kami para SID Shaklee. Jadi sebenarnya, susah ke nak meniaga Shaklee ni ye?

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970

No comments:

Post a Comment

Jom share