Sunday, May 7, 2017

GEMA GEGARVAGANZA


Malam ini kak long ambil mood untuk menceriakan korang-korang pembaca setia RahsiaSihat.com ni dengan rancangan kegemaran kak long.

Kak long jarang menonton televisyen apatah lagi drama-drama. Namun satu program ini memang kak long tunggu-tunggu sejak trailer keluar di televisyen lagi. Inilah dia programnya... GEMA GEGAR VAGANZA. Kenapa kak long tunggu? Sebabnya kebanyakan kumpulan nasyid kegemaran kak long menyertai program ni.

Memang seronok apabila dapat mengimbau kenangan lagu-lagu nasyid masa zaman persekolahan dulu-dulu. Rasa macam masih muda remaja pula rasanya (sila jangan muntah ye).

Program ini berbeza dengan Gegar Vaganza kerana lagu-lagu yang dipertandingkan kebanyakannya adalah lagu berundur dakwah walaupun berbeza genre. Yang mana tidak pernah menonton atau tidak punya Astro, boleh sahaja menonton di youtube. Kumpulan kegemaran kak long tentulah Hijjaz dan Mirwana. Cara mereka membawa lagu yang diberikan oleh pihak produksi memang berbeza dan mereka memang membawa dengan gaya mereka tersendiri.

Cubalah menonton..In shaa Allah banyak yang boleh kita dapat. Bukan sekadar hiburan namun ilmu di sebaliknya.

Related image



Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970