Wednesday, May 10, 2017

PERCUTIAN KELUARGA - PERLU KE?

Salam sayang 

Image result for family vacation quotes

Kak long memulakan tradisi bercuti bersama keluarga ini sejak tahun 2015. Sebelum itu, bila bercuti sekadar pulang ke kampung kak long di Batu Pahat, Johor atau Seremban, Negeri Sembilan atau pulang ke kampung suami di Mersing, Johor.

Destinasi pertama kami adalah PULAU LANGKAWI. Kedua-dua kami suami isteri pernah ke Langkawi namun ketika zaman belajar. Maklum bila pergi zaman belajar, jadual tentu berbeza dan perbelanjaan pun berbeza kan.

Tahun berikutnya, kami ke TERENGGANU pula. Niat asal adalah ingin menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Kemaman. Namun disebabkan adik bongsu kak long menetap di Dungun, kami pun memanjangkan cuti dan berjalan-jalan ke sekitar Kuala Terengganu. Menarik namun perlu lebih masa untuk cover lebih banyak tempat lagi yang tidak sempat kami jelajahi.

Dan kali ini, tahun 2017 ini kami ingin ke Langkawi sekali lagi. Ini kerana semasa percutian semasa 2015, kami tidak dapat menaiki kereta kabel kerana masalah penyelenggaraan. Jadi besar harapan kami untuk menaiki kereta kabel kali ini.

Okay, sebenarnya PENTING ke untuk kita bawa keluarga pergi BERCUTI?

Kak long rasa ia sangat penting. Selain untuk meningkatkan ukhuwah antara kita, ia juga membantu kita untuk lebih mengenali peribadi ahli keluarga yang lain. Secara tak lansung, jalinan silaturrahim akan lebih erat

Selain itu, ia dapat membuka mata kita tentang perbezaan budaya, cara bercakap serta jenis makanan yang ada di satu-satu tempat (Malaysia ni kan pelbagai budaya). Untuk anak-anak, aktiviti percutian membuka minda serta memberi pengalaman baru buat mereka. Jauh berjalan, luas pengalaman kan

Bercuti juga merehatkan minda serta masa untuk kita mengatur kembali urusan kehidupan berkeluarga kita. Jika sebelum ini kita sibuk bekerja, masa bercuti inilah kita recharge kembali idea dan tenaga. Percayalah sebaik sahaja kita habis bercuti dan mula masuk kerja kembali, tenaga serta idea yang lebih baik dapat diberikan.

Dah ada perancangan untuk bercuti tahun 2017? Jika belum, apa kata korang sediakan perancangan dan bajet percutian. Ambillah masa untuk bercuti. Bagus untuk fizikal serta mental dan emosi kita

Nur Adha @ Kak Long
Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut
019-7987970