Saturday, July 8, 2017

GREEN SMOOTHIES MENU PILIHAN MEREKA YANG BERDIET

Salam sayang

Korang masih dalam mood raya lagi ke? Ya lah kan, raya kan sebulan katanya hihi.

Ni nak cerita, masa bulan puasa hari tu kejadiannya... Kak long ni ada mengikuti 1 kelas diet online. Sebenarnya join kumpulan ni tahun lepas tapi penganjur buka kembali penyertaan mereka yang nak ikut untuk bulan puasa kira macam alumni lah kan.

Grup diet ni memang sangat membantu kak long dalam merealisasikan impian untuk kekal sihat, bertenaga di samping mendapatkan berat idaman. Salah satu ilmu yang diajar dalam grup ni adalah pemakanan sihat. Menu yang kami wajib ambil setiap hari adalah Green Smoothies.

Green Smoothies ni adalah minuman sayuran mentah. Kak long tak pernah blend sayur untuk dibuat jus walaupun ada juga minum jus pegaga di kedai makan. Tapi jus pegaga tu rasanya masih boleh diterima. Bila buat sendiri ni macam-macam resipi boleh digunakan dengan bermacam sayuran.

Image may contain: food
Green Smoothies: Romaine + mangga + ESP + air sejuk 😋😋😋

Resipi Green Smoothies ni pun ringkas je iaitu sedikit buah (sebagai pemanis asli), sayur, serbuk protein dan air sejuk/ ais. Kak long gunakan blender Shake and Take untuk buat smoothies ni. Dalam bulan puasa, kitorang digalakkan ambil semasa sahur dan sebagai supper.

Korang, pertama kali kak long nak telan GS ni memang ambik masa sebab bau sayur yang tak berapa nak sedap ni (macam ada bau maung-maung sikit) tapi bila dah rasa, sebenarnya okay je. Kena tukar mentaliti kita sendiri bab-bab sayur ni.

Green Smoothies ni sangat membantu kelancaran proses pembuangan terutamanya di bulan puasa. Selain tu, jika kita mengambil Green Smoothies ni setiap hari, akan nampak perbezaan yang agak ketara dari segi kebuncitan perut, struktur kulit dan rambut.

Sekarang ni GS ni dah memang jadi makanan harian kak long. Memang syiokkkk


Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com