Monday, July 10, 2017

LECITHIN KURANGKAN BENGKAK SUSU DISEBABKAN GS

Salam sayang 

Rentetan dari perkongsian kak long tentang Green Smoothies yang lepas. Sebenarnya kak long tak sedar pun yang GS ni boleh jadi milk booster. Sebab biasanya bila kak long ambil ESP setiap hari pun tiada masalah bengkak susu.

Namun sebaliknya terjadi selepas kak long mula mengamalkan GS ni. Hari pertama kak long rasa biasa je dan mek Hana pun menyusu seperti biasa. Masuk hari ketiga, kak long dah rasa kelainan. Hana mula mengelak minum susu pada bahagian kanan. Dan rasa berdenyut-denyut dah mula.
Menjelang petang, rasa berdenyut dah mula sakit. Masa ni sakit masih boleh bertahan dan kak long masih terus menyusukan Hana pada kedua-dua belah. Bila malam, belah kanan semakin sakit dan Hana menolak untuk menyusu pada belah kanan. Memikirkan yang kak long berpuasa, pelbagai usaha luaran kak long lakukan seperti mengurut dengan sikat, tuaman panas dan tuaman sejuk. Masih bengkak susu tidak mahu surut.

Satu benda yang tak seronok bila bengkak susu ni selain sakit adalah, pengaliran susu menjadi tersekat-sekat kerana munculnya ketulan “susu beku” yang menyebabkan baby tidak boleh menghisap dengan baik. Alhamdulillah, Hanis masih mahu menyusu, dial ah yang menjadi mesin pengepam susu paling setia kak long. Hanis membantu untuk mengurangkan bengkak secara tidak langsung.

Sebaik berbuka, kak long terus mengambil 6 biji LECITHIN. Lecithin ni memang suplemen yang paling mujarab untuk kak long bila bengkak susu melanda. Masih ada bengkak bila kali pertama kak long ambil lecithin. Dan sebelum tidur, kak long ambil sekali lagi 6 biji LECITHIN.

Apabila bangun keesokannya semasa sahur, Alhamdulillah bengkak dah menyusut walaupun ketulan susu masih boleh dirasa. Jadi semasa sahur ni kak long ambil juga 3 biji LECITHIN untuk mengurangkannya. Pagi sahur ni kak long cutikan dulu pengambilan GS. Nampaknya seharian berpuasa ni masalah bengkak susu hampir pulih. Mungkin esok kita cuba berGS semula dan jangan lupa ambil 6 biji LECITHIN juga.

LECITHIN berfungsi mencairkan lemak. Jadi apabila bengkak susu melanda, susu yang terdiri dari unsur protein dan lemak menjadi berketul-ketul. Untuk mengurangkan atau mencairkan “ketulan” susu itu tadi, unsur pencair susu perlu ada. Dalam kes ini, LECITHIN bertindak mencairkan ketulan susu yang membeku. Jumlah yang perlu diambil mengikut pada badan seseorang. Kak long memang mengamalkan LECITHIN 6 biji setiap hari. Jadi apabila ada masalah ini, mungkin 6 biji tidak mencukupi.

Berminat nak mencuba produk Shaklee?

Hubungi saya

~ Nur Adha Mansor
~ Shaklee ID: 852417
~ sms|whatsapp: 019-7987970
~ Emel: nuradhamansor@yahoo.com




Nur Adha @ Kak Long Pengedar Shaklee Sitiawan, Manjung & Lumut 019-7987970